Tuesday, 2 December 2014

DAH PUAS MERAWAT TAPI KENAPA JERAWAT SELALU MUNCUL?

salam sejahtera....

tak kira berapa pun usia kita, penampilan atau keadaan kulit wajah adalah antara perkara yang paling diberi perhatian.
kulit yang bersih tanpa cela menjadi idaman semua.tapi bagaimana jika jerawat selalu muncul?
selepas dirawat dan sembuh,ia kembali muncul semula.pastinya rasa tertekan dan tertanya-tanya di mana silapnya kita dalam menangani masalah jerawat berulang ini.



KENAPA JERAWAT SELALU MUNCUL


pada usia melepasi remaja, jerawat masih boeh berlaku.

1. punca utama jerawat adalah jangkitan bakteria dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah.tanpa mengira usia, masalah ini tetap akan berulang.
perubahan hormon menjelang haid serta semasa hamil juga boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat.

2. keturunan
jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah jerawat berulang,kita akan juga berkemungkinan besar untuk turut mengalaminya.

3. stress/tekanan
tiada kaitan secara nyata antara tekanan hidup dengan kejadian jerawat.namun tidak dinafikan ada juga orang yang mengalami jerawat yang banyak apabila berada dalam keadaan stress sama ada di tempat kerja atau di rumah.

4. penggunaan alat solek
alat solek yang tidak sesuai boleh menggalakkan berlakunya jerawat.pastikan kita memilih alat solek yang hypoallergenic dan non-comedogenic/non-acnegenic.
elakkan alat solek berasaskan krim atau yang berminyak kerana ia boleh menutup pori-pori dan menyebabkan jerawat.

5. pemakanan
tiada kaitan secara langsung antara makanan berminyak atau coklat dengan masalah jerawat namun adalah lebih baik mengelakkan makanan yang tidak sihat seperti yang berminyak,terlalu manis atau yang mengandungi perisa kerana ia menjejaskan kesihatan secara umum.

6. sering mencuci namun masih mempunyai blackhead
cucian muka tidak dapat menghilangkan blackhead kerana ia terletak di bawah kulit akibat penutupan separa liang pori.jika liang pori tertutup sepenuhnya ia akan menyebabkan whitehead.
cuci muka sebanyak dua kali sehari menggunakan pencuci yang bersesuaian.




BILAKAH JERAWAT AKAN BERHENTI MUNCUL?

secara umumnya jerawat akan berhenti apabila usia menghampiri menopos.

maka sebelum usia tersebut kita perlu sentiasa merawat kulit dari luar dan dalam untuk mencegah berlakunya jerawat.




TIPS MUDAH ELAKKAN JERAWAT

1. elakkan menyentuh muka dengan tangan....atau kurangkan sentuhan.setiap kali menyentuh kulit muka,kita meletakkan kuman di situ.sentuhan yang kasar juga boleh merosakkan kulit muka.

2.   cuci muka dengan lembut...gunakan hujung jari dan bukannya kain atau medium yang kasar.

3.  elakkan penggunaan pencuci rambut yang berminyak kerana minyak dari rambut akan melekat di muka dan menutup pori-pori seterusnya menyebabkan jerawat muncul.




***SUPLEMEN UNTUK KULIT CANTIK DAN SIHAT
***CUCI MUKA DENGAN PENCUCI YANG SELAMAT DAN BERKESAN







PENGEDAR SAH SHAKLEE SUNGAI PETANI, JITRA, ALOR SETAR.

UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 



 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments: