Wednesday 3 December 2014

BERSIN DI AWAL PAGI...ADAKAH ITU TANDA RESDUNG?

salam sejahtera...

selalu bersin bila bangun pagi.....
adakah itu tandanya saya mengidap resdung?


gatal hidung, gatal tekak dan telinga...
gatal-gatal pada kulit badan...
sering sakit kepala...

kerap kali tanda-tanda ini dikaitkan dengan resdung.

resdung adalah istilah umum yang digunakan oleh kebanyakan daripada kita yang menggambarkan keadaan di atas.

hakikatnya, masalah tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu
allergic rhinitis (sejenis alahan yang melibatkan saluran hidung) dan sinusitis (jangkitan pada sinus).


ALLERGIC RHINITIS

sangat kerap berlaku.
ia biasanya disebabkan oleh alahan kepada habuk,suhu atau makanan.
pengidap akan mengalami bersin,hidung berair (jernih), hidung tersumbat, gatal pada hidung, mata dan kadang kala pada tekak.

rawatan biasanya adalah ubat antihistamin dan kadang kala diberikan steroid dalam bentuk spray.


SINUSITIS

sinus adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang tengkorak kita di bahagian hadapan (muka).sel di dalam saluran dan rongga sinus menghasilkan mukus untuk melembapkan ruang pernafasan dan melindungi dari bahan-bahan luar seperti habuk.


sinusitis

apabila ruang yang menyambungkan antara sinus-sinus ini sempit atau tersumbat,ia akan memudahkan berlakunya jangkitan dan pembiakan kuman.

tanda-tanda mengidap jangkitan pada sinus (sinusitis)


1. hingus yang berwarna hijau, kuning atau bercampur darah
2. sakit kepala yang kuat
3. sakit pada muka sama ada sebelah atau kedua-dua belah muka
4. demam
5. hidung tersumbat

doktor akan memeriksa untuk mencari punca berlakunya jangkitan sinus ini.ia biasanya dilakukan oleh pakar ENT.
rawatan adalah seperti antibiotik, ubat tahan sakit, ubat semburan hidung (steroid) atau irigasi saluran hidung (irrigation) untuk mencuci saluran yang terlibat.


jika mengalami tanda-tanda sinusitis terutamanya jika berulang kali, dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari pakar untuk mengenal pasti punca dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kepada tulang atau otak.

adakalanya penyakit lain seperti ketumbuhan dalam saluran hidung,keradangan saraf serta masalah sendi pada rahang boleh memberikan kesakitan yang hampir serupa.


TIPS MENGELAKKAN SINUSITIS

1. jika bersangkutan dengan alahan, elakkan punca berlakunya alahan tersebut.

2. letakkan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam ke muka untuk menggalakkan pengaliran mukus

3. sedut wap dari air panas antara 2 ke 4 kali sehari.ini juga menggalakkan pengaliran mukus dan membuka ruang yang tersumbat

4.  minum lebih banyak air berbanding hari biasa




JIKA MAHU MENGAMALKAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU MENGAWAL MASALAH ALAHAN/SINUSITIS BOLEHLAH MENGGUNAKAN SUPLEMEN BERIKUT:

1. ALFALFA COMPLEX
2. SUSTAINED RELEASED VITA C PLUS







UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 comments:

Unknown said...

Masalah resdung memang rasa tak selesa. Kalau waktu pagi, bersin-bersin je... Adik saya guna Alfalfa dan vitamin C. Alhamdulillah beransur kurang... bintik2 kecik kat muka pun dh kurang...

Menyusu dan Cara Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Unknown said...

anak-anak saya pun lebih baik keadaan mereka selepas amalkan alfalfa dan vitamin C.