Friday 12 December 2014

TRAGEDI KULIT DI KOLAM RENANG

salam sejahtera...

alhamdulillah...perjalanan percutian pendek kami berakhir dengan selamat.walaupun awalnya agak kelam kabut sebab ada dokumen tertinggal, ada kawan yang baru nak siapkan dokumen, jem di sempadan (sejam juga di situ) dan sebagainya, namun syukur semuanya gembira.kami bercuti 3 keluarga termasuk beberapa orang kanak-kanak.


tak jauh pun perjalanannya, sekadar ke Hadyai memenuhi hajat keluarga sahabat.mulanya bercadang untuk terus ke Songkhla untuk hiburkan anak-anak di zoo namun kekangan masa membuatkan kami sekadar ke Hadyai dan kembali bermalam di Danok.bermalam di KPK RESORT yang bersebelahan dengan I-City Danok.memang selesa di sini sebab ia adalah hotel baru dan yang penting ada kolam untuk budak-budak mandi....bapa-bapa budak pun pulun juga sebenarnya.

sepagian tadi kami biarkan saja semua kanak-kanak ini beriang-ria di kolam mandi.sejuk menggigil pun masih berendam juga.
budak kecik bambam kami memang super happylah dapat jumpa air.tenggelam timbul,tertelan air semua dia tak kisah.janji boleh berenang.

selepas lam bermain termasuk di bahagian yang lebih dalam, abahnya ternampak merah-merah pada lengan kanannya.dia pun mula dah tergaru-garu.abah pass saja kat ummie suruh tengok apa yang berlaku.orang lain semua tak ada masalah apa-apa pun.

bila ummie buka baju dia....wallaaaa....penuh dah satu badan terutamanya kat kawasan pusat...berbintik-bintik merah.dah dapat sopak garam atau terma saintifiknya URTICARIA.
tapi..."baby icah?" (ada baby kisah?)....kolam depan mata...garu-garu pun sambung mandi lagi.

ummie memang peliklah sebab dia tak pernah dapat urticaria dan tak ada alahan kepada apa-apa pun...fikir punya fikir, ummie rasa dia terkena sesuatu yang gatal (mungkin ulat bulu) masa abahnya letakkan atas simen di tengah-tengah kolam.jumlah bintik yang banyak buat ummie risau...jenuh ummie nak garu kejap lagi...hihi
memang tak bawa apa-apa ubat spare sebab pergi satu malam saja.dah merancang dengan abahnya masuk farmasi kat Danok saja selepas siap semua nanti.

kat batu sebelah kanan itulah abah
letakkan baby bambam...

balik bilik cepat-cepat mandikan.bintik tu pun makin banyak.ummie nak ambil gambar pun payah sebab dia tak boleh diam.



 gambar atas dan bawah...
kawasan perut

ummie teringat ada krim dalam handbag...sikit ja pun krim tu sebab ummie asingkan ke dalam bekas lain supaya senang nak bawa ke mana-mana.itu saja yang ada maka ummie sapukan pada semua tempat yang gatal.taklah sapu tebal pun sebab nak tengok tindak balasnya dulu.lepas sapu tu dia dah berhenti menggaru.lebih kurang setengah jam kebanyakan bintik merah dah hilang.


dah berkurangan

 all gone.....
syukur alhamdulillah


masa di kedai makan sejam selepas tu ummie cek lagi.alhamdulillah semua bintik merah dah tak ada.perfect.kulit dah seperti biasa.sampailah saat ini.dia dah 100% tak  ada gatal-gatal walaupun makan segala benda yang boleh menyebabkan kegatalan berulang semula.

apa krim yang saya gunakan?

krim inilah...apa lagi kan...


biasanya saya guna untuk lembapkan kulit dan ruam-ruam biasa.ini kali pertama untuk kes alahan/urticaria dan kesannya sangat cepat.tak payah nak menelan ubat alahan (prednisolone) yang pahit tu.

Herbal blend Shaklee....krim yang sangat laris...asal keluar ja sold out...tapi saya memang simpan stok untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga di rumah.

Herbal blend Shaklee berasaskan tumbuh-tumbuhan tanpa bahan kimia sebagai pengawet memang sesuai untuk semua golongan.





UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments: