Saturday 13 December 2014

MAIN GAMBAR DI PENANG TRICK ART MUSEUM

Salam sejahtera...
Menyambung cuti hari ini tapi ke destinasi lebih hampir...Pulau Pinang.tujuan asal suami adalah untuk menjamu selera namun alang-alang dah masuk pulau kita singgahlah ke tempat yang belum pernah diterjah.


Jam 5 lebih kami sampai di bangunan muzium trick art atau lebih dikenali dengan nama Trick Art Museum yang terletak di Lebuh Penang Pulau Pinang.


Ramai juga yg berbaris menunggu giliran untuk masuk kerana bilangan pengunjung dihadkan untuk setiap kumpulan.jika terlalu ramai akan menjadi sukar untuk bergambar.

Harga tiket adalah rm15 bagi dewasa dan rm10 bagi kanak-kanak di umur 3 tahun hingga 12 tahun dengan syarat membawa mykad.tanpa mykad tiket bagi dewasa adalah rm25.

Ruang di dalam muzium adalah sederhana luas dan berada di aras bawah dan tingkat pertama bangunan.

Lukisan dinding dalam bentuk tiga dimensi memenuhi ruang.tiada tema tertentu namun dikaitkan dengan beberapa aksi dalam filem.seln daripada dinding,ada juga lukisan yang dibuat di lantai serta dalam bilik tersendiri untuk menjadikan suasana lebih realistik.

Pengunjung dibiarkan bebas untuk bergambar di mana-mana ruang.tiada had masa yang ditetapkan.terpulang kepada pengunjung untuk mencipta kreativiti masing-masing bersama lukisan yang disediakan.
Petugas disediakan disetiap ruang untuk membantu mengambil gambar jika diperlukan.
Sesuai untuk seisi keluarga terutamanya yang rajin bermain kamera.

Di penghujung ruang disediakan lot yang menjual beberapa cenderamata seperti t shirt, key chain,fridge magnet dan beberapa item kecil yang lain.cuma yang kurang di sini,tiada cenderamata berkenaan Trick Art Museum di jual di sini.cenderamata yang ada semuanya berkaitan sejarah Pulau Pinang.


Secara keseluruhannya Trick Art Museum Pulau Pinang boleh dimasukkan dalam destinasi anda jika ingin melawat Pulau Pinang bersama anak-anak.tempat yang menarik untuk mencipta kelainan dalam fotografi keluarga anda.











No comments: