Friday 19 December 2014

REZEKI KITA SEBENARNYA MILIK SIAPA?

salam sejahtera...

hari ni saya nak berkongsi cerita....
cerita tentang hakikat rezeki dalam kehidupan kita.
tentang aturan Allah dalam perjalanan hidup kita.



berdasarkan kisah benar yang baru dialami...

suatu petang, seorang lelaki dalam kesibukan urusan kerja hariannya telah singgah di sebuah outlet mesin ATM yang terletak di pusat membeli belah untuk mengeluarkan wang.

setibanya di situ, terdapat pekerja syarikat keselamatan sedang berurusan dan outlet ditutut untuk sementara.sementara menunggu, lelaki ini masuk ke pusat membeli belah dan meninjau kedai jam.memang lelaki ini sedang mencari jam baru dan kebetulan kedai jam tersebut mengadakan promosi jualan dengan potongan sehingga 50%.sibuk memilih yang berkenan di hati. dia mendapat jam dengan rekabentuk diingini namun warna tidak bertepatan.ada yang dengan warna yang dihajati namun rekabentuk pula tidak bersesuaian.puas membelek, tiada yang menepati citarasa lelaki ini secara total.

dalam berlegar di situ dia disapa oleh pengawal keselamatan pusat membeli belah tersebut.rupanya pengawal tersebut mengenali lelaki ini dan telah memerhatinya sejak dari awal.
mereka berbual dan lelaki ini kemudiannya mengajak pengawal untuk minum di kedai berhampiran sementara menunggu untuk berurusan di mesin ATM.dalam mereka berbual itu, pengawal ini berkata yang beliau tidak mempunyai telefon dan kerana itu beliau sukar berhubung dengan kawan-kawan lama.

seperti ada satu dorongan dalam hatinya....lelaki ini bangun dan meminta pengawal itu tunggu sebentar di meja makan.alasannya dia ingin ke bilik air.namun sebenarnya lelaki ini menuju ke kedai telefon berhampiran dan terus membeli sebuah telefon bimbit biasa (bukan smartphone).sejurus dia kembali ke meja makan dan telefon itu diserahkan kepada pengawal tersebut.

lelaki itu kemudiannya ke mesin ATM semula untuk berurusan namun mesin pula mengalami kerosakan dan alarm berbunyi kuat.tidak selesa dengan bunyi yang kuat dan tidak tega menunggu,lelaki itu kembali kepada pengawal tadi. dilihatnya pengawal tersebut sedang membelek telefon dan memasukkan kad sim.
berbual seketika, mereka kemudian berpisah meneruskan tugasan masing-masing.






kesimpulannya:

lihat bagaimana Allah mengaturkan pergerakan lelaki tersebut.....digerakkan untuk ke mesin ATM di bangunan tersebut...mesinnya pula sedang diselenggara....ingin membeli jam tetapi tidak menepati citarasa...kemudian bertemu si pengawal keselamatan tersebut dan didorongkan hati lelaki itu untuk membeli telefon kepadanya.

tujuan asal untuk mengeluarkan wang di ATM tidak pun dapat dilakukan.


lihat juga bagaimana rezeki yang Allah berikan kepada pengawal keselamatan itu...hanya bermula dengan menegur teman lama.
mungkin setiap hari dalam doanya, si pengawal keselamatan itu memohon kepada Allah...maka akhirnya Allah menghadirkan rezeki kepada beliau melalui teman yang sudah bertahun tidak ditemui.




maka dalam setiap detik kehidupan kita, usah kita lalai dan leka dengan apa yang dimiliki.ingati Allah setiap waktu.sesungguhnya perjalanan hidup kita hanya Dia yang mengetahui.namun usah pula sekadar menadah tangan berdoa tanpa sebarang usaha.

berusaha/bekerja disertai doa dan kemudian bertawakkal kepadaNya....
moga hidup kita sentiasa dirahmatiNya.





No comments: