Friday 27 February 2015

HANYA KERANA SEEKOR NYAMUK

salam sejahtera...

mengharungi musim panas sekarang ini terutama sekali di utara semenanjung. dengan keadaan cuaca seperti sekarang kadar kejadian demam panas adalah lebih tinggi.



kes demam denggi juga meningkat dengan ketara berbanding tahun lepas.tanda-tanda demam denggi pada peringkat awal tidak banyak berbeza dengan demam panas biasa.namun berbanding dengan demam panas biasa yang kebanyakannya sembuh tanpa sebarang komplikasi, demam denggi boleh membawa kepada komplikasi seperti pendarahan dan juga boleh membawa maut.


PUNCA DEMAM DENGGI


demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes.nyamuk aedes membiak di dalam takungan air yang bersih.ia didapati aktif menghisap darah pada waktu subuh dan senja.hanya nyamuk yang membawa virus sahaja yang menyebabkan berlakunya demam denggi.



TANDA-TANDA DEMAM DENGGI



pada peringkat awal, pesakit mengalami demam yang tinggi disertai sakit sendi dan anggota badan serta sakit di bahagian kepala dan rongga mata.

komplikasi seperti ruam biasanya muncul setelah demam agak reda iaitu pada hari ke 3 atau ke 4.tanda-tanda yang lebih teruk akan menyusul sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.



RAWATAN DEMAM DENGGI


oleh kerana ia adalah berpunca dari virus,tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
rawatan yang diberikan adalah untuk mengawal demam dan membantu mengatasi simptom-simptom yang dialami pesakit.

secara umumnya pesakit demam denggi memerlukan:

*rehat 
*hidrasi (air dalam badan) yang mencukupi
*makanan yang lembut 
*ubatan untuk melegakan simptom seperti demam,sakit badan,muntah, cirit birit dan sebagainya

bagi pesakit yang mengalami tanda-tanda kesakitan yang teruk, perlu dimasukkan ke wad bagi tujuan penstabilan dan pemantauan agar tidak memasuki ke peringkat komplikasi.

antara komplikasi yang boleh berlaku bagi pesakit demam denggi adalah denggi berdarah.
pada fasa ini pesakit mengalami pendarahan pada anggota tertentu seperti kulit, gusi,organ dalaman seperti hati,buah pinggang,usus dan otak.
pendarahan yang serius disertai penurunan platelet yang berfungsi untuk mengawal pendarahan membawa kepada situasi yang lebih parah seperti kegagalan buah pinggang, shock dan seterusnya kematian.

bagi kes yang serius doktor akan memberikan rawatan air melalui saluran darah (IV drip). ada yang memerlukan penambahan platelet dan plasma untuk mengelakkan berlakunya pendarahan.


BAGAIMANA MENGELAKKAN JANGKITAN VIRUS DENGGI?

hanya pencegahan yang boleh menurunkan kadar kejadian demam denggi.
jaga kebersihan alam sekitar terutamanya di sekeliling rumah sendiri seperti:
*buang bahan-bahan yang boleh menakung air
*pastikan pelapik pasu bunga tidak mengandungi air bertakung
*bersihkan longkang agar air mengalir sempurna
*elakkan menanam pokok hiasan yang boleh menakung air di celah daunnya
*sering membersihkan kolam ikan

oleh kerana kitaran hidupnya yang hanya 7 hari,
maka aktiviti pembersihan perlulah dilakukan dengan kerap iaitu dalam tempoh sela masa kurang dari seminggu.
ini mengelakkan jentik-jentik membesar menjadi nyamuk dewasa.


pada musim panas seperti sekarang,ada kalanya bekalan air terganggu.ada sesetengah dari kita menyimpan air sebagai bekalan untuk kecemasan.pastikan bekas yang digunakan mempunyai penutup yang rapat.





No comments: