Saturday, 25 April 2015

KELUARGA ITU REZEKI

salam sejahtera..

terbaca tips rezeki saudara Irfan Khairi tadi....
salah satu daripadanya
"dalam kita mengejar kekayaan, usah abaikan keluarga kerana keluarga itu juga adalah rezeki"

terkesan sekali.......
ramai antara kita yang mengabaikan ahli keluarga atas tiket mencari nafkah kewangan.saya sendiri ada kala terleka dengan kerja.
usah takut untuk mengaku kesilapan kerana apabila kita mengakuinya bermakna kita sedar akan kesilapan.seterusnya berusaha untuk memperbaikinya.

kadang-kadang kita mengambil mudah dengan rezeki 'keluarga' ini sehinggalah kita kehilangan sebahagian daripadanya.maka, sedarlah sebelum terlewat.bila sebahagiannya telah tiada, ia sudah terlewat.masa tak dapat dikembalikan.

dari sudut lain:
rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.bukan sekadar dalm bentuk duit atau harta benda.
- ahli keluarga yang harmoni
- kesihatan yang baik
- sahabat yang prihatin
adalah antara anugerah rezeki yang sering kita terlepas pandang.

teringat satu kisah...
seorang anak lelaki yang telah berkeluarga yang dibiarkan bersendirian menjaga ibu yang sakit tanpa sokongan adik beradik yang lain.
alhamdulillah isteri dan anak-anaknya memahami.namun beliau tetap kecewa kerana terasa bersendirian memikul tanggungjawab.bukan kerana tidak mahu menjaga ibunya tetapi sekadar mahukan perkongsian tugas.

sahabat juga tidak banyak membantu dari segi emosi.berpeluang berbicara dengannya....memberikan panduan dalam melayani kerenah ibu yang sakit dan agak terganggu fikiran berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui telah sedikit sebanyak memberi semangat dan cahaya baru untuk pemuda ini.

antara yang saya katakan adalah...rezeki kamu diberi peluang untuk menjaga ibu kamu ini.tidak ramai yang mendapat peluang seperti kamu.
rezeki kamu memiliki isteri yang mahu sama-sama menjaga ibu kamu tanpa merungut.
tengok juga rezeki yang Allah bagi kepada kamu bila kamu melayani ibu kamu ini.kamu mungkin tidak nampak dari segi kebendaan tapi tengoklah kepada anak-anak kamu (3 orang yang masih kecil).semasa anak-anak orang lain sakit, demam dan sebagainya, anak-anak kamu sihat sahaja.

wajahnya kelihatan berubah lebih bersemangat bila disebutkan tentang rezeki kesihatan anak-anak.sungguhlah...bagi ibubapa, anak-anak adalah sumber semangat dan kekuatan.

ada kalanya kita terlupa perkara asas sebegini.hanya pengalaman hidup yang dapat mengajar kita untuk melihat dengan skala yang lebih meluas.


kesimpulannya...
rezeki hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa.dalam kita berusaha memenuhi tuntutan rezeki kewangan, janganlah kita terabai rezeki anugerah terhebat buat kita iaitu 'rezeki berkeluarga'.
ramai yang tidak memilikinya.



semoga kita semua berada dalam limpahan rezeki yang dirahmati Allah.




2 comments:

Kakzakie said...

Benar bagai dikata. Keluarga kita adalah rezeki juga. Nikmat sihat juga rezeki bukan duit semata-mata yg dikatakan rezeki..

Moga kita mampu mendpt yg terbaik dari rezeki yg dikurniakan ini.

ieda abdullah said...

kakzakie...
insyaAllah...