Wednesday 26 April 2017

BODY MASSAGE.....ADAKAH IA MEMBANTU MENYIHATKAN BADAN?

salam sejahtera...

kembali bekerja setelah hujung minggu yang panjang di Kedah...

sempena cuti hujung minggu baru-baru ni, kami sekeluarga serta 2 keluarga sahabat lagi mengambil kesempatan bersantai di Thailand.
tujuan utama saya adalah untuk mengurut badan selepas lenguh-lenguh akibat bermain ombak laut dan memanjat bot di Pulau Perhentian.
sejak berkenalan dengan body massage di Thailand beberapa tahun yang lepas, saya sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.kenapa Thailand? tiada sebab yang spesifik. cuma di sana kosnya lebih murah dan dapat bersantai sambil massage (boleh dilakukan di bilik hotel).setakat ini lokasi massage saya di Thailand adalah di Hatyai.

di tempat-tempat lain adalah seperti Pantai Cenang Langkawi, hotel di Johor Bharu dan massage di rumah (panggil kawan datang ke rumah).pernah buat foot massage di Pulau Pinang tapi ia sangat menyakitkan....serik dah.



APA KEBAIKAN BODY MASSAGE (URUTAN BADAN)


1. MELEGAKAN KETEGANGAN OTOT
pastinya ia adalah untuk melegakan otot yang tegang.memang rasa ringan badan dan selesa selepas berurut terutama sekali jika melakukan urutan menggunakan minyak aromaterapi.


2.MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
stimulasi urutan membantu melancarkan perjalanan darah di bawah kulit kita. ini menjadikan kita lebih bertenaga dan kulit lebih sihat.


3.MENGURANGKAN SAKIT KEPALA/MIGRAIN
aktiviti urutan menggalakkan pengeluaran endorfin yang membantu menghasilkan mood yang ceria dan mengurangkan stress/tekanan


4.MENINGKATKAN IMUNITI BADAN
urutan badan membantu meningkatkan bilangan sel darah putih yang diperlukan dalam sistem pertahanan badan (sistem imun).


5.MEMBANTU TIDUR YANG LENA
urutan akan menghasilkan rasa tenang dan mengurangkan tekanan. dengan itu ia membantu seseorang untuk tidur dengan nyenyak. urutan juga baik untuk membantu mengurangkan keresahan bayi dan mendapatkan tidur yang nyenyak.


6.MENGURANGKAN KERESAHAN
urutan badan secara berkala dan teratur boleh membantu mengurangkan kemurungan dan memberikan ketenangan minda.ia juga boleh mengurangkan emosi marah seseorang.





MEMERLUKAN SUPLEMEN UNTUK MELEGAKAN SAKIT OTOT DAN STRESS?

WASSAP SAYA DI 0107796751

No comments: