Thursday, 1 May 2014

FUNGSI LECITHIN

selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar pekerja...selamat menyambut bulan Rejab yang mulia...moga segala amalan kita dapat dipertingkatkan.

moga kesihatan kita juga sentiasa berada dalam tahap terbaik demi insan2 tersayang.

hari ni kita sama-sama berkongsi info tentang salah satu produk Shaklee iaitu LECITHIN.


apa itu lecithin?


lecithin ialah sejenis lipid yang terdapat pada setiap sel benda hidup sama ada haiwan atau tumbuhan.ia membentuk membran sel dan berfungsi mengawal fungsi-fungsi sel.


Lecithin Shaklee


kandungan lecithin Shaklee adalah 100% dari soya.satu capsule mengandungi 518 mg lecithin.pengambilan 6 capsule sehari adala disyorkan untuk mendapatkan kesan-kesan yang dikehendalki.


bagaimana Lecithin bertindak di dalam badan?


1. lecithin adalah sumber bagi pembentukan acetylcholine iaitu bahan utama dalam fungsi saraf.Acetylcholine penting dalam fungsi penghantaran mesej di dalam sel-sel otak.Ini akan membantu mempertingkatkan fungsi daya ingatan dan daya berfikir seseorang.

2. di dalam saluran darah.lecithin membantu melarutkan lemak (fat emulsifier) seterusnya mengeluarkan lemak dan kolesterol dari saluran darah.

3. lecithin juga terlibat di dalam proses metabolisma lemak di dalam hati dan membantu menggerakkan dan membawa keluar sel-sel lemak yang terhimpun di hati.

4. di saluran usus lecithin membantu meningkatkan penyerapan vitamin A dan D serta membantu fungsi vitamin E dan K.


secara umumnya, lecithin adalah sumber utama bagi choline dan inositol yang penting dalam fungsi sel otak.
lecithin juga mampu membantu mengurangkan paras kolesterol di dalam darah.

disertakan dengan amalan pemakanan seimbang dan senaman, lecithin boleh membantu seseorang untuk menurunkan berat badan.

oleh kerana lecithin adalah bahan yang terdapat di membran semua sel hidup dan membantu sel-sel berfungsi dengan sempurna maka adalah wajar untuk kita mengambil lecithin dalam jumlah yang mencukupi agar semua sel tubuh dapat berada dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan sempurna.

dapatkan bekalan lecithin anda dari LECITHIN Shaklee kerana ia 100% dari soya dan diproses dengan cara terbaik untuk manfaat maksima penggunanya.






*********************************************************************************
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: