Thursday 24 April 2014

PSORIASIS

salam sejahtera..

terdapat banyak penyakit yang bersangkut paut dengan sistem imun badan kita contohnya Rheumatoid Arthritis seperti dalam entry sebelum ini...(DI SINI).satu lagi ialah PSORIASIS ,sejenis penyakit kronik berkaitan sistem imun yang melibatkan organ kulit.Ia berlaku bila sistem imun badan seseorang itu menghantar mesej supaya sel-sel kulit dibentuk dengan cepat.Sel-sel baru akan tumbuh dengan cepat dalam tempoh beberapa hari berbanding masa sebenar iaitu dalam beberapa minggu.ini menyebabkan sel-sel kulit tidak dapat dipisahkan dari badan lalu membentuk lapisan kulit yang tebal.ia berlaku secara bertompok-tompok di keseluruhan bahagian badan namun pada peringkat awal ia mungkin melibatkan sebahagian kecil kawasan kulit sahaja.

Psoriasis diwarisi secara genetik.Ia bukan penyakit berjangkit walaupun secara kasar ia kelihatan seperti boleh berjangkit melalui sentuhan.
KOLEKSI GAMBAR DARI GOOGLE

tompokan pada kulit berbeza mengikut jenis Psoriasis.namun kebanyakannya adalah dari jenis PLAQUE (plak) di mana tompokan kelihatan berkulit tebal dan agak berkilat.ia berlaku di kawasan seperti lutut,siku, belakang badan serta kulit kepala(tapi boleh berlaku secara menyeluruh).adakalanya ia menjadi gatal.

ada juga dari jenis 
*tompokan-tompokan kecil di seluruh badan termasuk kulit kepala
*jenis yang bernanah
*jenis yang kulit menampakkan kemerahan secara menyeluruh
*tompokan merah dan sakit bila ditekan di kawasan ketiak,celah peha,bawah payudara dan di kawasan alat sulit.

Psoriasis boleh berlaku pada sebarang peringkat usia.

Rawatan Psoriasis perlulah dibuat oleh pakar kulit.Ia tidak boleh disembuhkan dengan 100% namun boleh dikurangkan.Rawatan yang sempurna boleh memperbaiki kualiti hidup pengidap Psoriasis.

Dengurangan  berat badan didapati mampu mengurangkan gejala psoriasis.di dalam sel lemak terdapat protein yang dipanggil TNF-alpha yang boleh merangsang tindakbalas keradangan (inflammation) di dalam badan.bila berat badan berkurangan,sel lemak juga berkurangan seterusnya paras protein ini turut menurun.

Dari segi pemakanan,tiada makanan yang menjadi punca atau sebaliknya iaitu boleh menyembuhkan psoriasis.namun pengidap Psoriasis digalakkan mengambil makanan seimbang dan tidak mengandungi gluten (gluten-free).gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum yang boleh mengaktifkan sistem imun seseorang bila dimakan.

Nutrien seperti vitamin D dan minyak ikan didapati boleh membantu mengurangkan gejala Psoriasis.
Vitamin D membantu sistem imun berfungsi dengan lebih sempurna manakala minyak ikan mempunyai sifat anti keradangan (anti inflammatory).
minyak ikan juga didapati mampu mengurangkan paras  trigliserids (lemak) yang terbentuk akibat pengambilan ubat psoriasis yang berterusan (tretinoids).



sumber minyak ikan dari Shaklee


sumber vitamin D dari Shaklee




*********************************************************************************
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: