Tuesday 20 May 2014

ZINC COMPLEX

Zink...

merupakan salah satu nutrien yang penting dalam tubuh manusia.
ia membantu kebanyakan enzim di dalam badan untuk berfungsi dengan sempurna.
ia paling banyak di dapati dalam otot dan tulang.

kepentingan zink

1. tumbesaran dan pembahagian sel
dalam kehamilan,zink sangat penting untuk tumbesaran janin.ia juga membantu mencegah kecacatan kongenital dan kelahiran pra matang.
penting dalam menggalakkan tumbesaran kanak-kanak dan remaja

2. kesuburan
bagi lelaki,zink melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan (prostatitis) dan pembengkakan.
memastikan kualiti dan kuantiti sperma dalam keadaan optima
membantu mengawal paras hormon testosteron
bagi perempuan, zink dapat membantu meredakan simtom pra haid (PMS)

3. sistem imun
zink meningkatkan fungsi T-cells yang terlibat dalam sistem imun kita.kekurangan zink menyebabkan T-cells tidak mampu melawan sesetengah jangkitan seperti pneumonia dan cirit-birit.zink juga mampu mengurangkan keterukan jangkitan saluran pernafasan yang ringan.

4.kesihatan kulit,rambut dan kuku
mempercepatkan proses pemulihan sel dimana ia mampu mempercepatkan penyembuhan luka,meredakan ruam lampin bayi (krm),mengurangkan jerawat serta mengurangkan gejala psoriasis.
mengurangkan keguguran rambut terutamanya pada ibu-ibu yang baru bersalin.
mengurangkan berlaku uban pada usia muda

5.penglihatan
mengelakkan risiko berlakunya kehilangan penglihatan akibat degenarasi makula yang sering berlaku bila usia meningkat.
membantu mengurangkan kejadian rabun malam dan katarak.

6.mengaktifkan bahagian otak yang menerima dan memproses deria rasa dan bau.ia juga mampu membantu menambahkan selera makan.


semua peringkat umur memerlukan zink yang cukup di dalam tubuh untuk fungsi sel yang sempurna serta memastikan pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan berlaku dengan baik.


antara sumber makanan yang mngandungi zink ialah daging merah,ayam,bijirin dan produk tenusu.juga terdapat dalam sayuran hijau.


kekurangan zink boleh menyebabkan:
1.   mudah mendapat jangkitan seperti pneumonia dan cirit-birit
2.   mengganggu tumbesaran kanak-kanak dn remaja
3.   mengganggu perkembangan intelek dan daya fikir serta memori
4.   menjejaskan kesihatan rambut (kusam dan mudah gugur) dan kulit (kering dan kasar serta berjerawat)
5.   kuku mudah pecah dan bertanda putih
6.   menjejaskan tahap kesuburan lelaki
7.   luka lambat sembuh
8.   lambat beradaptasi di dalam gelap
9.   emosi yang tidak stabil
10. kehilangan deria rasa dan bau

secara umumnya keperluan zink harian adalah mengikut umur seperti berikut:
bayi                            5 mg
kanak-kanak               10mg
wanita                        12mg
wanita hamil              15mg
wanita menyusu         16mg
lelaki                         15mg

paras maksima yang selamat bagi yang berusia 19 tahun ke atas adalah 40mg sehari.


 ZINC COMPLEX Shaklee 

telah diformulasikan tanpa gluten untuk memastikan pengguna yang alah kepada gluten dapat mengambil zinc tanpa sebarang masalah sampingan.

SHAKLEE sentiasa prihatin terhadap setiap penggunanya.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: