salam sejahtera...
cuaca panas berjerebu hari ini....dari dalam ofis memang tak sedar apa yg berlaku di luar.lunch break beru perasan.masuk dalam kereta pasang aircond pun masih membahang rasanya...sampai berpeluh.semalam cuaca cerah elok saja.tiba-tiba ja hari ni jadi kelabu berjerebu.
menghala ke petang ada ura-ura macam nak hujan.moga malam nanti Allah turunkan hujan untuk membersihkan udara.
dalam cuaca panas macam ni amat penting untuk kita menjaga tahap hidrasi masing-masing.kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kelesuan.berapakah jumlah air yang perlu diminum setiap hari untuk tubuh badan kita berfungsi dengan sempurna?
tiada jumlah yang tepat sebenarnya.ia bergantung kepada setiap individu berdasarkan usia,jantina dan aktiviti fizikal harian masing-masing.
MINUM AIR 3 LITER SEHARI...MAMPUKAH KITA?
secara umumnya kiraan jumlah air yang perlu diminum adalah sekitar 30ml bagi setiap kg berat badan untuk orang dewasa yang sihat...(jumlah air perlu dikurangkan bagi penghidap penyakit buah pinggang dan lemah jantung).
keperluan air meningkat apabila melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,semasa demam atau mengalami cirit birit atau sebarang jangkitan kuman.
cuaca panas dan berjerebu juga meningkatkan keperluan air tubuh.
apabila melakukan aktiviti lasak,seseorang itu bukan sahaja perlu meningkatkan pengambilan air tetapi perlu juga memastikan air yang diminum itu mengandungi garam mineral terutamanya sodium (natrium) untuk memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.
bagaimana menentukan pengambilan air setiap hari adalah mencukupi?
cara yang paling mudah bagi saya adalah dengan melihat warna air kencing/urin.warna yang jernih tanpa keladak menunjukkan pengambilan air adalah mencukupi.jika air kencing kelihatan kuning cubalah untuk menambah jumlah air yang dimnum dan lihat perubahannya (perlu juga diingat,pengambilan vitamin B complex boleh menyebabkan air kencing menjadi kuning).
jangan abaikan rasa dahaga kerana ia menandakan bahawa tubuh badan kita memerlukan air di saat tersebut.minumlah sebaik terasa dahaga dengan jumlah air yang berpatutan.
pengambilan buah-buahan yang mengandungi banyak air boleh menyebabkan keperluan untuk minum berkurangan dan ia bukanlah menjadi satu masalah.
kesimpulannya:
jangan abaikan keperluan air demi untuk memastikan sel-sel tubuh badan kita berfungsi dengan baik.
kurangkan pengambilan minuman bergula dan bergas untuk mengelakkan serangan penyakit kencing manis.
(***notes: google pictures)
##notes:
dahaga berlebihan....minum....masih lagi dahaga....berulangkali membuang air kecil dalam jumlah yang banyak...........
antara tanda-tanda seseorang itu mengidap kencing manis..
sila periksa kandungan gula dalam darah dengan segera.
untuk golongan yang aktif,dapatkan minuman penambah tenaga dari Shaklee
performance drink... rasa oren yang enak membekalkan tenaga sepanjang hari |
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH
SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah
No comments:
Post a Comment