Saturday, 11 October 2014

BONE SPUR

salam sejahtera...
anda pernah sakit tumit?
sakit yang sangat mengganggu terutamanya di waktu pagi...kali pertama memijak lantai selepas bangun tidur.terasa seperti ada sesuatu yang menyucuk di tumit.

keadaan ini berlaku akibat daripada keradangan yang terjadi di kawasan tulang tapak kaki.namun begitu,ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain iaitu berlaku pertumbuhan tulang yang berlebihan pada tulang tumit kai.ia di sebut bone spur @ exostosis.
tulang yang berlebihan ini biasanya kecil sahaja.tidak dapat dirasakan dengan sentuhan tangan.ia hanya dapat dilihat dengan cara melakukan x-ray kaki berkenaan.
berada dibahagian bawah tumit kaki, tulang berlebihan (bone spur) ini akan menyebabkan berlaku keradangan pada tendon  dan fascia (struktur yang terdapat di belakang kaki dan di bawah tapak kaki).keradangan ini menyebabkan pengidapnya merasa kesakitan apabila memijak lantai.
heel spur (google pic)
 
 


rawatan adalah secara mengambil ubat penahan sakit dan ubat anti keradangan.ada kalanya doktor memberikan suntikan untuk kelegaan yang cepat.
pengidap dinasihatkan untuk sentiasa memakai alas kaki yang mempunyai tapak yang tebal dan lembut.mereka juga digalakkan untuk mengurangkan berat badan demi mengurangkan bebanan kepad tapak kaki.
pembedahan pembuangan bone spur ini adalah pilihan rawatan yang terakhir sekali seandainya pengidap mengalami kesakitan yang teruk serta tidak boleh dikurangkan dengan rawatan biasa yang lain.walaupun pembendahan pembuangan dilakukan,bone spur ini boleh tumbuh semula.

kesimpulannya...jika mengalami sakit tumit yang berterusan,sila dapatkan pemeriksaan untuk mengenalpasti punca masalah yang sebenar sebelum mengambil rawatan atau suplemen.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: