Tuesday 25 November 2014

KENAPA JAMBU BAIK UNTUK KESIHATAN?

salam sejahtera...

petang tadi kemas-kemas peti sejuk kat ofis ni terjumpa sebiji jambu batu...dah berapa minggu tersadai dalam tu...terlupa nak makan.
maka alang-alang dah terjumpa, jadilah ia santapan petang saya hari ni.jambu ni suami beli di R&R Semanggol masa balik dari KL beberapa minggu lepas.anak-anak tak makan, maka ummie habiskan sorang selepas bagi 2 biji kepada mak mertua.


makan sebiji jambu dah terasa kenyangnya.
alhamdulillah.
jambu mengandungi serat yang tinggi. sebab itulah ia mampu mengenyangkan dengan cepat.kandungan serat juga baik untuk membersihkan usus kita.

khasiat jambu batu 

1.mengandungi vitamin A, C, potasium dan zat besi yang tinggi

2.jambu biji merah mengandungi lycopene iaitu sejenis antioksida yang membantu mengurangkan radikal bebas yang merosakkan sel badan.

3.kandungan serat yang tinggi turut membantu dalam proses menurunkan berat badan dan paras kolesterol dalam darah

4.potasium membantu menurunkan tekanan darah dan melindungi kesihatan jantung

5.vitamin C membantu meningkatkan tahap imuniti badan melawan penyakit terutamanya serangan virus serta membantu menghasilkan kulit yang cantik.vitamin C juga membantu memelihara kesihatan gusi.

6.zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah untuk mencegah berlakunya anaemia.


apabila mengambil buah-buahan adalah lebih baik diambil secara segar berbanding yang dijerukkan.kandungan vitamin C dalam buah-buahan segar adalah lebih tinggi. 


antara jambu batu berbiji putih dengan berbiji merah,saya lebih suka yang merah tetapi agak susah nak jumpa.
****kena cari benih tanam sendiri kot.....




2 comments:

anmashealthcare said...

Biasanya jambu yang isi merah tu dikenali sebagai guava kan ? ke salah :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Unknown said...

guava adalah general term untuk jambu batu.