Sunday 16 November 2014

TEST ANAK TENGOK WAYANG

salam sejahtera...

aktiviti keluarga di hujung minggu semalam.
waktu pagi ummie dan abah masih ada tugasan....keluar berasingan selesaikan tugas masing-masing untuk jimatkan masa.lebih kurang jam 2 petang ummie dah settle tapi abah sambung sikit lagi kerja dia hingga waktu asar.

plannya....abahnya ajak keluar petang ronda-ronda ke Penang tapi ummie tak setuju sebab macam sekejap sangat masa yang ada.maka bertukarlah menjadi aktiviti tengok wayang.

dah lama tak tengok wayang sekeluarga sebenarnya....last masa Pengembaraan Upin dan Ipin dulu.bawa budak kecik tapi dia ketakutan dek bunyi yang kuat...berpeluk dengan abah sepanjang show.sebab tu macam tak confident nak bawa.malam tadi tawakkal saja...dengan harapan dia tak ketakutan lagi.

alhamdulillah kali ni dia seronok...tak takut dengan bunyi kuat lagi.
kami tengok cerita ni...

Big Hero 6...

cerita kartun tapi kelakar dan ada pengajaran di sebalinya.
kisah tentang seorang budak berusia 14 tahun yang genius dan tak minat nak sekolah tapi sangat bijak dalam membina robot.
cuba membalas dendam atas kematian abangnya dalam satu kebakaran.
bangkit dengan semangat dan bantuan sahabat-sahabat sejati abangnya serta robot ciptaan abangnya.dendamnya dikawal oleh sahabat-sahabat abangnya agar tidak terbawa-bawa sehingga mencederakan musuhnya.

menerapkan nilai kemanusiaan iaitu tidak menyakiti orang lain sekalipun musuh sendiri.
juga menyemai semangat keyakinan diri agar sentiasa berusaha tanpa putus asa.melihat dan mencari jalan penyelesaian sekalipun dalam keadaan yang dirasakan 'tiada harapan lagi'.

gabungan episod kelakar dan sedih walaupun hanyalah kartun.memang terhibur.pada yang ada anak kecil atau yang bersekolah memang elok tengok cerita ni...pengajaran dalam hiburan.



animation memang best terutama sekali bab terbang-terbang...nabila sampai lintuk liuk ikut pergerakan gambar.

penuh panggung juga malam tadi walaupun show jam 9.30 malam.plannya nak tengok yang pukul 8.45 malam tapi dah penuh.





"LOOK FROM DIFFERENT ANGLE"