Friday 5 September 2014

KENAPA RAHIM MEMBENGKAK?

salam buat semua..
meriah pula cerita tentang rahim bengkak dan cyst di FB serta kaitannya dengan GLA.
kembali kepada asas....
ketahui keadaan kesihatan diri sendiri sebelum ambil apa-apa suplemen jadi bila sesuatu masalah timbul taklah terkejut dan mula menyalahkan suplemen pula.
nak ambil suplemen pun kena pilih yang betul-betul berkualiti dan selamat.tukang jual suplemen pun kena berilmu supaya tak hanya jual semata-mata untuk duit.jadikan diri penjual yang berhemah.

RAHIM BENGKAK

apakah punca rahim bengkak?
rahim adalah organ yang boleh membesar tanpa memberi sebarang kesan kepada empunya tubuh pada peringkat awal.logiknya....ada orang tak sedar pun dia hamil sehingga kandungan berusia 5 bulan..itupun sebab bayi mula menendang.saya ada customer yang hanya sedar dia hamil setelah kandungan hampir cukup tempoh..dua minggu lepas scan terus bersalin.bayi sihat walafiat.
ok...itu salah satu punca rahim bengkak atau membesar...kehamilan.

punca ke dua yang kerap di temui adalah FIBROID.
fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang kerap dialami oleh wanita.kebanyakannya ditemui secara kebetulan semasa ujian ultrasound.fibroid yang kecil tidak mendatangkan sebarang tanda kepada pengidapnya tetapi bila semakin membesar kesannya mula di rasai.
antara tanda-tanda yang boleh dialami adalah:
1. haid yang banyak & lama tempohnya berbanding biasa
2. sakit atau rasa tidak selesa pada kawasan bawah abdomen
3. sakit semasa hubungan intim
4. haid tidak teratur (pendarahan di antara kitaran haid)
5. sembelit
6. kerap membuang air kecil

JENIS-JENIS FIBROID

FIBROID YANG TELAH DIKELUARKAN

saiz fibroid berbeza-beza dan ia boleh membesar melebihi berat 1 kg.
pembesaran fibroid berkait dengan hormon estrogen.apabila seseorang itu menopos,saiz fibroid berpotensi untuk mengecil.
rawatan bergantung kepada saiz fibroid dan usia pesakit.saiz yang kecil biasanya hanya memerlukan pengawasan.manakala saiz yang besar dan mempunyai simtom yang mengganggu pengidap,fibroid akan dibuang sama ada hanya melibatkan fibroid atau beserta pembuangan rahim.
tiada cara yang dikenalpasti untuk mengelakkan pembentukan fibroid.

punca ke tiga ialah ADENOMYOSIS
ia berlaku bila sel yang melapisi bahagian dalam rahim bergerak masuk ke dalam otot dinding rahim dan kemudiannya membesar.pengidap akan mengalami:
1. haid yang banyak dan panjang
2. sakit semasa haid dan menjadi semakin teruk
3. sakit semasa melakukan hubungan intim


rawatan adalah dengan pengambilan ubat penahan sakit atau pembedahan membuang rahim.


punca-punca bengkak rahim yang lain termasuklah kanser rahim atau serviks (pangkal rahim).penggunaan pil perancang juga boleh menyebabkan rahim membengkak melebihi saiz normal namun tidak membahayakan.



masalah-masalah di atas boleh mengganggu kesuburan seseorang.begitu juga dengan kehadiran cyst.andai mengalami masalah untuk hamil terutamanya disertai dengan sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian bawah abdomen,pastikan anda menjalani pemeriksaan yang teliti sebelum beralih kepada pengambilan suplemen.rawat dahulu semua masalah yang ditemui.

"jadilah pengguna suplemen yang bijak"

benarkah?  GLA MEMBANTU KESUBURAN WANITA
nak tahu?   SET KESUBURAN SHAKLEE

boleh lihat KISAH TENTANG CHOCOLATE CYST

NAK ORDER SUPLEMEN YANG SESUAI?


 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA/TELEGRAM : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah


(gambar ihsan google)
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

No comments: