Friday 2 December 2016

PROMOSI CANTIK DISEMBER

salam sejahtera....


Disember 2016
meraikan anda yang mementingkan kecantikan dan sentiasa inginkan kulit yang menawan.

harga promosi istimewa untuk anda....

dapatkan diskaun 5% untuk belian 2 kotak Collagen Powder atau:



 lebih menawan...
belian 7 kotak pada harga 6 kotak...
berbaloi-baloi.....



tidak ketinggalan untuk anak-anak tercinta...
multivitamin kunyah yang sedap dan berkhasiat.



wassap cikter untuk konsultasi dan belian hebat
@0107796751

Monday 16 May 2016

CAROTOMAX BERBALOI UNTUK CERAHKAN PENGLIHATAN

salam sejahtera....

rasa lapang dada minggu ni.
selama ni mata rasa tak selesa, ingatkan makin rabun.jadi mula makan CAROTOMAX lebih sebulan yang lepas.memang ambil secara konsisten.masuk botol ke 2 mulalah culas....selang seli jadinya.

hari Sabtu baru-baru ni sambil COD Omegaguard untuk sahabat, teruslah periksa mata. rupa-rupanya power mata kanan menurun dari 75 kepada 25....alhamdulillah.mata kiri bertahan pada power 100. cuma ada rabun dekat. itu yang buatkan mata kurang selesa sebab mata perlu 'adjust' untuk stabilkan penglihatan.

dah nampak kesan ni baru bersemangat semula nak sambung CAROTOMAX  secara konsisten.

carotomax shaklee


APA ADA DALAM CAROTOMAX?


Carotomax Shaklee mengandungi gabungan nutrien yang diperlukan untuk mata yang sihat.
ia mengandungi:
* Beta carotene (ditukar kepada vitamin A di dalam badan)
* Lycopene
* Lutein
* Alpha carotene
* Astaxanthin
* Zeaxanthin

makula (dalam mata) merupakan kawasan yang sangat penting dalam fungsi penglihatan.
nutrien yang terdapat dalam carotomax membantu meningkatkan pigmen yang terdapat di kawasan makula ini untuk memastikan fungsi penglihatan sentiasa elok.

nutrien-nutrien ini juga membantu mengawal kemasukan sinaran UV yang tidak baik ke dalam mata serta memastikan proses penuaan organ mata kita berjalan dengan sihat dan sempurna.


Hanya dengan sebiji sehari, Carotomax Shaklee boleh membantu kita menjaga organ yang sangat penting ini.

yang indah untuk dinikmati

untuk anda yang perlukan suplemen ini boleh saja hubungi saya:

ieda abdullah @ 0107796751 (wassap)



atau anda boleh juga membuat belian sendiri menggunakan debit card atau credit card dengan menekan gambar di bawah.





jika ada sebarang keraguan, sila hubungi saya seperti nombor di atas.


Thursday 12 May 2016

DUA PERKARA PENTING UNTUK BERAT BADAN IDEAL

salam sejahtera...
selamat pagi.

dah sarapan? selamat berpuasa kepada yang berpuasa.sesungguhnya berpuasa adalah satu cara untuk mengawal berat badan dan langkah detoks yang sangat berkesan.untuk anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan boleh amalkan berpuasa 2 kali seminggu secara konsisten.


TIPS DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL



dalam usaha mengawal berat badan serta mencapai berat yang ideal, ada dua perkara penting yang perlu kita lakukan.









1. KAWAL PEMAKANAN

* minimakan atau hentikan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat (nasi, roti, kuh muih, pasta, biskut serta semua makanan berasaskan tepung).
gantikan dengan protein dan makanan yang mengandungi lemak yang sihat.
di dalam badan, karbohidrat akan ditukarkan mnjadi gula.

*minimakan pengambilan gula ringkas dalam makanan dan minuman.

*kehadiran gula yang tinggi dalam darah akan meningkatkan paras insulin.
Insulin itu sendiri adalah penggalak kepada penyimpanan lemak di dalam badan kita.semakin banyak insulin dikeluarkan semakin banyak lemak tersimpan. maka semakin bertambahlah berat badan kita.





*pengambilan serat yang tinggi membantu usus kita bekerja dengan sempurna dalam menyingkirkan sisa kumuhan.









2.KAWAL STRESS

                                   

* stress atau tekanan meningkatkan paras hormon CORTISOL dalam darah.
bila paras hormon ini berada dalam keadaan yg tinggi ia meningkatkan penyimpanan lemak (visceral fat). 
kebanyakan visceral fat tersimpan di bahagian perut (abdomen).
* lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stress mengikut kesesuaian masing-masing.
senaman, yoga, berkebun adalah antara aktiviti sihat yang boleh mengurangkan tekanan.










KESIMPULANNYA:

MAKANAN RENDAH KARBOHIDRAT DAN GULA + BEBAS TEKANAN (STRESS) = BERAT BADAN IDEAL.


jom sama-sama usahakan...
moga berjaya.





Friday 6 May 2016

PANAS, HUJAN DAN AEDES

salam sejahtera...

setelah lama berpanas, hujan kembali turun.
syukur alhamdulillah.


DEMAM DENGGI


cuma satu yang perlu diberi perhatian.negara kita merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kes denggi yang tinggi.bila ada hujan, air akan mula bertakung dan membolehkan pusingan pembiakan nyamuk aedes bermula kembali.
ledakan demam denggi berkemungkinan berlaku lagi.

semasa saya di Klang suatu ketika dahulu, kes denggi meningkat dengan mendadak pada sekitar bulan Julai dan Ogos. 

bagi yang menakung air untuk kegunaan harian, eloklah diperiksa dengan lebih kerap.jika air takungan dijangka tidak digunakan setiap hari, pastikan bekasnya ditutup rapat agar nyamuk tidak boleh membiak di dalamnya.

peminat-peminat tanaman hiasan, pastikan kawasan sekitar bersih dan tiada air bertakung.

demam denggi secara umumnya tidaklah mendatangkan masalah yang serius tetapi apabila ia memasuki fasa komplikasi (bukan semua pengidap akan mengalaminya) maka situasi yang mengancam nyawa boleh berlaku.
pendarahan bukan sahaja berlaku di kulit tetapi juga di bahagaian anggota dalam yang boleh menyebabkan kematian.

sesungguhnya ajal maut di tangan Allah namun kita manusia sewajarnya berusaha menjaga kesihatan masing-masing.


sekiranya ada ahli keluarga yang mengalami demam berlarutan melebihi 3 atau 4 hari walaupun telah mengambil rawatan, segeralah jalani pemeriksaan darah untuk memastikan adanya jangkitan virus denggi ataupun tidak.

rawatan peringkat awal biasanya berunsur 'supportive' iaitu  mengawal suhu serta hidrasi tubuh. pemeriksaan berkala (harian) bilangan sel darah beku (platelet) dilakukan sebagai penanda aras. semakin menurun paras platelet, semakin perlu pesakit diawasi. ada ketikanya transfusi platelet dilakukan untuk mengelakkan berlakunya pendarahan.


apa yang penting adalah pengambilan air yang mencukupi, makan makanan yang memberi tenaga serta rehat yang banyak.



SUPLEMEN UNTUK DEMAM DENGGI


suplemen yang baik YANG BOLEH digunakan pengidap demam denggi sebagai ikhtiar membantu pemulihan dan mengelakkan komplikasi adalah:

1. NUTRIFERON




membantu meningkatkan aktiviti sistem imuniti tubuh dengan segera bagi membantu melawan jangkitan virus.


2. PERFORMANCE DRINK



menambahkan serta mengekalkan hidrasi tubuh agar pesakit merasa segar dan mengelakkan kelesuan.sangat sesuai bagi yang mengalami muntah atau cirit-birit serta demam panas.

ia membekalkan elektrolit kepada tubuh badan, menggantikan air yang hilang serta mengembalikan tenaga kepada sel tubuh.





pengidap demam denggi juga digalakkan mengambil buah-buahan segar kerana kandungan vitamin serta airnya yang tinggi.




UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/BELIAN:
WASSAP IEDA aka CIKTER @ 0107796751






Saturday 30 April 2016

SARAPAN BERAT ITU PERLU.....BENARKAH?

salam sejahtera

semoga hari ini kita adalah insan yang lebih baik dari semalam...


selamat bercuti kepada semua...panjang weekend kali ini.dah sarapan?
agaknya apa sarapan pada pagi ni?
jika ingin menjaga kesihatan, ambillah sarapan yang ringan dan kurang kandungan karbohidrat serta gula.

jangan ledakkan kandungan gula dalam darah kita terutama sekali selepas semalaman tubuh berehat.pengambilan sarapan yang berat akan membuatkan insulin terpaksa bekerja keras.mengulangi perkara yang sama pada setiap waktu makan dan pada setiap hari akan menyebabkan kita mengalami situasi yg disebut "insulin resistance".
bila keadaan ini berlaku kita akan mengalami kandungan gula yang tinggi dalam darah (kencing manis).inilah permulaan kepada semua penyakit kronik.

antara pilihan yang baik untuk sarapan adalah telur rebus, buah-buahan, salad atau sekadar jus sayuran bagi yang berusaha menurunkan berat badan.

kepercayaa bahawa mengambil sarapan yang berat untuk keperluan tenaga semasa bekerja adalah tidak benar.ia sebenarnya membebankan organ tubuh kita. adalah lebih baik mengambil makanan dalam kadar yang sederhana serta seimbang untuk sepanjang hari.




marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula.lebihkan serat, lemak dan protein supaya badan kita dapat berfungsi dengan sempurna.


**saya sarapan jagung rebus dan air kosong hari ni.






Tuesday 26 April 2016

STRESS DENGAN SEMBELIT?

salam sejahtera....

sembelit.....
dah letih telan ubat..
dah jemu makan pil..
masalah tak juga selesai.


*tak suka sayur
*tak minat buah-buahan
*kurang minum air

inilah antara punca utama berlakunya sembelit.




jadikan waktu ke tandas itu satu kebiasaan yang selesa tanpa rasa rungsing dan tanpa rasa takut.


jika masih tercari-cari produk untuk membantu mengatasi sembelit, ini adalah antara produk yang baik serta boleh diambil secara berterusan tanpa risau akan kesan sampingan.

tidak ada cirit-birit..
tidak ada rasa cramp pada usus.

SUPLEMEN UNTUK MASALAH SEMBELIT



1. OSTEMATRIK

mengandungi kalsium dan magnesium yang memastikan otot pada usus berfungsi dengan sempurna.
tindakbalas peristalsis pada otot di usus kita membantu pergerakan najis untuk proses pembuangan yang lancar.
magnesium membantu mengekalkan kandungan air di dalam usus untuk melembutkan najis.





 2. HERBLAX
mengandungi daun Senna serta Buckthorn Bark yang membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pembersihan usus.




3. MEAL SHAKES
sesuai untuk kanak-kanak.
mengandungi serat yang tinggi serta magnesium untuk melawaskan pembuangan najis.
juga membantu meningkatkan selera makan anak.




Untuk anda yang masih mencari produk yang selamat, jangan ragu-ragu untuk memulakan langkah mengamalkan suplemen ini.

boleh wassap akak untuk belian/konsultasi.

@0107796751





Monday 25 April 2016

TELUR OH TELUR......

salam sejahtera...


antara menu yang sesuai untuk berdiet ialah telur.
selain daripada pelbagai khasiat yg terdapat di dalamnya, telur juga membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

tetapi ramai yg takut nak makan telur sebab percaya ia akan meningkatkan kolesterol dalam darah.hakikatnya, kandungan kolesterol dalam sebiji telur adalah rendah sahaja.
yang paling penting, kolesterol bukanlah penyebab penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, darah tinggi dan seumpamanya.
malah kolesterol sangat penting dalam pembentukan hormon-hormon yang berperanan dalam menjaga kesihatan kita.


telur yang baik adalah yang mempunyai kuning telur berwarna terang (bright) kerana ia mengandungi omega 3 yang tinggi.omega 3 bersifat anti keradangan yang berupaya melindungi kerosakan saluran darah.


kebaikan dalam sebiji telur:


1. mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin A, D, E, B12, zat besi, folate, kalsium dan omega 3.vitamin-vitamin ini penting untuk kesihatan tulang, gigi dan rambut serta sel-sel tubuh yang lain.

2. kandungan protein yang tinggi berbanding daging merah.

3. mengandungi kolina (choline) yang sangat penting untuk sel-sel otak. ia penting dalam perkembangan memori kita.untuk ibu hamil, bekalan kolina sangat diperlukan untuk pembentukan sel otak bayi yg sempurna.

4. mengandungi antioksidan yg baik iaitu lutein dan zeaxanthin. dua bahan ini penting untuk menjaga kesihatan mata. memastikan penglihatan yang baik, mencegah katarak dan degenerasi makula.


ubahlah persepsi kita. amalkan pengambilan telur dengan sederhana dan konsisten.bagi yang tinggal di kampung atau mempunyai akses yang mudah, amalkan telur ayam kampung yang dipelihara secara lepas bebas. telur ini mengandungi khasiat yang lebih baik.


kegemaran saya:
1. telur rebus....taburkan lada sulah dan renjis sedikit kicap...mmmm.....

2. telur separuh masak....pecahkan atas sekeping roti bakar kemudian taburkan serbuk lada hitam...


****AWAS YA!!!
bila kita mengendalikan telur, pastikan ia dicuci dengan sempurna sebelum digunakan.
jangkitan kuman SALMONELLA mudah berlaku akibat dari pencemaran yang terdapat di kulit telur.jangkitan ini menyebabkan cirit-birit yang teruk dan boleh membawa kepada kematian.





  

BERDIET DENGAN PROTEIN.....AWAS PENGIDAP GOUT!

salam sejahtera:

pengidap GOUT....
salah satu cara nak kurangkan serangan gout adalah dengan menurunkan berat badan kepada berat yang ideal.


bagaimana nak kurus?
paling penting ialah elakkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, bihun, laksa, roti, kuih muih dan yang seangkatan dengannya.

apa yang tinggal untuk dimakan?
boleh ambil protein sebagai sumber tenaga.
makan sayur dan buah-buahan sebagai punca serat.walaupun buah-buahan mengandungi gula namun ia tidaklah sebanyak yang ada di dalam karbohidrat atau gula asas.
jangan lupa ambil juga makanan yang mengandungi lemak.


tapi AWAS....
bagi pengidap gout, jangan terleka.
pengambilan protein yang tinggi akan menyebabkan paras asid urik anda meningkat dengan mendadak.ini membolehkan anda mendapat serangan gout yang teruk secara tiba-tiba.
ini yang berlaku pada suami saya.



maka, 
1.bersederhanalah dalam pengambilan protein
2.banyakkan pengambilan serat
3.banyakkan minum air kosong
4.ambil makanan-makanan yang membantu menyingkirkan paras asid urik di dalam darah.





dinasihatkan juga mengambil suplemen yang membantu mengeluarkan asid urik seperti ALFALFA serta suplemen yang mengurangkan keradangan seperti minyak ikan OMEGAGUARD secara konsisten.









Thursday 31 March 2016

JANGAN LAYU DI MUSIM PANAS...

salam sejahtera....


panas-panas ni mudah sangat jadi lesu.....umpama pokok tak kena siram.

banyakkan minum untuk kembalikan kesegaran badan...air kosong boleh tapi mampu ka nak minum air kosong saja....
air botol berperisa banyak kandungan gulanya....tak elok untuk kesihatan.

antara pilihan minuman yang baik di musim panas ni adalah yang kat bawah ni..




                                        

mengandungi elektrolit yang mengembalikan tenaga dan kecergasan...memastikan air di dalam badan mencukupi.
satu keluarga boleh minum...
nak best...bancuh satu jug, masukkan dalam peti ais...dah sejuk ambil minum.....hmmmmm......lega tekak.badan pun sihat.
berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.


nak rasa?
sms/wasap saya:
IEDA @ 0107796751




SARAPAN....PENTING KE?

salam sejahtera....
selamat pagi...

dah sarapan?
jangan biar perut kosong lama-lama......masuk angin susah pula.tapi tak perlu ambil sarapan yang berat jika ingin menjaga kesihatan.

kepercayaan bahawa mengambil sarapan dengan banyak dan makanan yang berat untuk bekalan tenaga sepanjang hari bekerja adalah sesuatu yang silap dalam usaha kita menjaga kesihatan.apabila mengambil makanan dengan banyak terutamanya yang mengandungi gula dan karbohidrat, badan juga akan mengeluarkan insulin dengan banyak untuk proses penyerapan gula.

bila kita melakukannya secara berulang-ulang, pada satu tahap kita akan berada dalam situasi "insulin resistant" di mana insulin tidak lagi berfungsi dengan sempurna.pada ketika itu kita akan mengalami gejala kencing manis.

gula yang berlebihan di dalam darah akan mencetuskan proses inflamasi (melalui proses-proses kimia yang lain) dan merosakkan saluran darah seterusnya membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

insulin yang berlebihan (dicetuskan oleh pengambilan makanan yang banyak pada satu-satu masa) juga adalah agen kepada pengumpulan lemak yang menyebabkan obesiti.

jadi, mengambil sarapan yang berat dan meninggalkan pengambilan makanan pada waktu-waktu lain bukanlah cara yang baik untuk menguruskan dan menyihatkan badan.


mulakan hari kita dengan minum air kosong sebaik bangun tidur dan seterusnya mengambil sarapan yang ringan seperti sebiji telur rebus, oat, sepotong buah dan sebagainya. 

amalkan pemakanan yang sederhana dan pilih makanan tinggi serat, kurang gula dan karbohidrat untuk tampil lebih sihat.

jangan lupa bersenam kerana ia menghasilkan hormon yang boleh membantu kita meredakan tekanan.




Wednesday 13 January 2016

"APPLE SHAPE"....BAGAIMANA MENGATASINYA?

Salam sejahtera:

tak kira lelaki atau perempuan, kawasan yang menjadi tumpuan utama lemak berlebihan berkumpul adalah di bahagian abdomen.
tanpa kawalan, ia akan menjadikan badan kita berbentuk seperti buah epal.....(apple shaped).

kegemukan di bahagian abdomen meninggikan risiko untuk serangan jantung dan berlakunya penyakit-penyakit kronik seperti darh tinggi dan kencing manis.

lihat video di bawah yang diambil dari you tube untuk mengetahui antara cara yang mudah untuk mengurangkan saiz di bahagian abdomen seterusnya menghilangkan "apple shape".








Antara caranya adalah dengan mengawal pemakanan.
elakkan pengambilan karbohirat dan gantikan dengan pengambilan lemak sebagai sumber tenaga.

Karbohidrat yang tinggi akan menaikkan paras insulin seterusnya menggalakkan penambahan lemak di kawasan abdomen.
Berbeza dengan lemak di mana lemak tidak akan meninggikan paras insulin.

Lemak berasaskan haiwan seperti daging lembu dan ayam (terutamanya yang tidak diberi dedak) adalah antara lemak yang baik. Begitu juga dengan lemak daripada santan kelapa.Tidak perlu risau dengan paras kolesterol kerana kolesterol sebenarnya turut mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan sel tubuh badan kita.

Senaman juga perlu digabungkan untuk mendapat hasil yang sempurna...namun jika hanya mengharapkan senaman tanpa melakukan perubahan pada amalan pemakanan, ia akan menjadi sia-sia kerana hasilnya lambat dan tidak seberapa.

Di dalam video ini juga dinyatakan keperluan mengawal tekanan kerana tekanan yang berlebihan akan menghasilkan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak di bahagian abdomen.


Bersama kita berusaha melakukan perubahan untuk kesihatan yang lebih baik.