Monday 20 October 2014

RAWATAN UNTUK BUASIR

salam sejahtera..

kesinambungan kisah buasir....

buasir (haemorrhoid) yang terjadi akibat pembengkakan saluran darah pada rektum dan anus merupakan satu penyakit yang sangat tidak menyenangkan.kegatalan dan rasa sakit menjadikan pengidap tidak selesa dan tertekan.tambahan lagi jika berlaku pendarahan semasa membuang air besar.


RAWATAN UNTUK BUASIR


Kes-kes buasir di peringkat awal biasanya dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan sama ada pil,krim atau supositori.ubat yang diberi adalah untuk menghilangkan bengkak,menghilangkan rasa gatal serta kesakitan.Jika pesakit mengalami sembelit, ubat untuk melawaskan pembuangan air besar turut diberikan.
ubat buasir

pesakit juga perlu mengambil cecair dan serat dalam jumlah yang mencukupi untuk mengelakkan sembelit.

Selain daripada ubat-ubatan,rawatan untuk buasir juga merangkumi:
1. banding (ikat)
  doktor akan meletakkan gelung yang elastik dan ketat di pangkal setiap buasir untuk menghentikan saluran darah.tanpa bekalan darah,buasir akan mati dan jatuh dengan sendiri.

banding for haemorrhoid

2. sclerotherapy
  suntikan bahan kimia ke dalam buasir untuk mengecutkan saluran darah di dalam buasir untuk mengecutkannya.

sclerotherapy

3. mematikan bekalan darah kepada buasir dengan menggunakan rawatan laser, cahaya infra merah (photocoagulatiobn) dan arus elektrik (electrocoagulation)

infrared coagulation

4. pembedahan kecil untuk membuang darah beku yang terkumpul di buasir luaran yang bengkak dan sakit

5. pembedahan membuang buasir (haemorrhoidectomy).

haemorrhoidectomy



mencegah adalah lebih baik dari merawat.
kawal berat badan dan amalkan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi serta minum air yang mencukupi untuk mengelakkan buasir.
bagi ibu yang berpantang,pastikan juga anda tidak mengalami sembelit kerana ia akan mebuatkan anda terdedah untuk mendapat buasir.kehamilan dan kelahiran seterusnya boleh membuatkan buasir menjadi lebih teruk.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: