Sunday 29 June 2014

RAMADHAN DAN SUPLEMEN

RAMADHAN 1

salam buat semua..
alhamdulillah Allah kurniakan hujan yang berterusan sejak malam tadi untuk hari pertama Ramadhan ini.kawasan saya ni dah lama tak disimbah hujan..panas berdenting.tanpa diduga cuaca mula redup sejak petang semalam dan hujan mula turun renyai-renyai malam tadi...semakin lebat hari ini...SYUKUR dengan nikmatnya.

selamat berpuasa kepada semua umat Islam...
semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih nikmat dan kebaikan buat kita semua...


JADUAL PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE DI BULAN PUASA

kepada pengguna suplemen Shaklee yang baru,tak perlu risau dengan jadual pengambilan suplemen anda.secara asasnya..
yang diambil selepas sarapan tukar kepada selepas berbuka
yang diambil selepas makan tengah hari/lunch tukar kepada selepas makan malam/moreh
yang diambil selepas makan malam tukar kepada selepas sahur.
yang diambil semasa perut kosong bolehlah ditukar kepada sebelum sahur.

ada yang kurangkan kekerapan atau bilangan suplemen...tak jadi masalah asalkan ia menepati kehendak dan keperluan anda.sila hubungi SID masing-masing untuk maklumat lengkap.
cuma pastikan jumlah air yang diminum mencukupi....antara 2.5 ke 3 liter sehari.
susah sebab waktu makan/minum berkurangan?...hendak seribu daya kannn...

untuk saya...
lecithin 2 biji sebelum mengambil makanan berat semasa berbuka.
alfalfa 2 atau 3 biji sebelum tidur (selangselikan dengan herblax untuk detox).
zink sebelum sahur (sebelum siapkan makanan untuk sahur).
cinch tea sebelum sahur.
sahurnya...ikut keadaan..
awal pagi tadi makan nasi..sebenarnya nak sahur ESP tapi terlupa bawa balik...ada kat ofis.
maka sahur malam nanti adalah ESP campur kurma & milo.

motif....jaga kesihatan & turunkan berat badan sebelum masuk musim perayaan...saya jenis yang tak boleh nampak benda sedap...mesti nak makan.
yang saya ambil itu bukanlah sukatan yang mencukupi jika anda benar-benar ingin turunkan berat badan dengan banyak sebab berat saya taklah terlebih-lebih sangat (uhhhh!!!!...masih perasan slim!!)..
tapi saya yakin berat akan turun sebab makan bulan puasa ni memang tak banyak sedangkan aktiviti harian masih sama...rumah,ofis & garden...masih boleh bakar kalori.



SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA
MOGA ANDA SIHAT & BAHAGIA SEPANJANG MASA

BERPUASALAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN
BERBUKALAH DENGAN PENUH KESEDERHANAAN



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Friday 27 June 2014

CARA MINUM COLLAGEN POWDER SHAKLEE

salam sejahtera buat semua...
selamat menyambut Ramadhan yang mulia...


ada yang baru nak start guna collagen untuk cantikkan kulit di musim perayaan.
hari ni kita tengok cara minum collagen powder Shaklee.
Colagen powder Shaklee didatangkan dalam kotak comel ja.ada 15 sachets di dalam satu kotak.sekali minum satu sachets.kalau minum tiap-tiap hari dapatlah bertahan untuk 15 hari (2 minggu).ada yang minum berselang hari.tapi kalau nak kesan cepat kenalah minum tiap-tiap hari.

cara minum collagen powder Shaklee.

senang ja pun...
campur  satu sachet tu dengan apa saja minuman yang anda suka...
milo ka...air buah ka....terpulang pada diri masing-masing.kacau-kacau dan minum..nak minum sekali jalan atau nak minum dua tiga kali....terpulanglah.ini kan supplement maka ikut keselesaan sendiri.

HARGA SEKOTAK RM 298.00
mahal???
mestilah..
barang baik mesti mahal.
nak murah  DAFTAR SEBAGAI AHLI




******DAPATKAN COLLAGEN SHAKLEE ANDA SEKARANG..
KLIK LINK DI BAWAH

BELI COLLAGEN SHAKLEE SEKARANG

selamat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang sempurna.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Saturday 21 June 2014

G6PD

salam sejahtera..

G6PD...

ramai orang dah biasa dengar perkataan ni..
bila bayi dilahirkan,dia akan diuji untuk mengetahui status G6PD dan ia akan dicatatkan di kad bayi.ibu bapa juga akan dimaklumkan seandainya bayi mengalami kekurangan G6PD (G6PD deficient).
apabila bayi tersebut meningkat usia,dia juga selayaknya dimaklumkan tentang status G6PD ini.


apa itu G6PD

ia adalah sejenis enzim (glucose-6-phosphatase dehydrogenase)
keadaan kekurangan enzim G6PD adalah diwarisi secara genetik/keturunan.
di dalam badan,G6PD diperlukan dalam rangkaian tindakbalas untuk menghasilkan bahan yang diperlukan untuk melindungi sel darah merah dari mengalami kerosakan.
kekurangan enzim G6PD menjadikan sel darah merah mudah pecah apabila terdedah kepada bahan tertentu.

bahan yang membolehkan sel darah merah pecah
1. makanan seperti kacang parang

2. jangkitan yang serius
3. ubat gegat
4. ubat-ubatan seperti:
    *antimalaria
    *sulphur
    *aspirin
    *nitrofurantoin
    *NSAIDS
    *quinidine
    *quinine

antara tanda-tanda yang boleh dilihat apabila berlaku haemolysis (sel darah merah pecah) ialah:
1. pucat
2. lesu
3. jaundice (kulit kekuningan)
4. denyutan jantung meningkat
5. sesak nafas
6. warna air kencing bertukar gelap
7. limpa membengkak

rawatan hospital perlu diberikan dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.



bacaan lanjut di sini
G6PD

Thursday 19 June 2014

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

salam buat semua yang menjengah di sini..

Ramadhan makin menghampiri...

cuaca yang kebanyakannya panas pasti memberi cabaran kepada anak-anak yang baru belajar berpuasa.namun dengan iman dan semangat yang disemai dalam jiwa mereka,pasti semuanya dapat dilalui dengan mudah.
Indahnya Ramadhan...
bulan penuh berkat.bulan yang perlu dihayati dengan sebaiknya,bukan kerana kemeriahan menjelang raya seperti anak saya yang dah mula kalut nak beraya sejak beberapa minggu lepas.


bagi membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa dan bertenaga,Shaklee menyediakan produk berkualiti dan berperisa hebat untuk semua.


PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

dengan rasa oren yang enak,performance drink Shaklee mampu membantu anda mengekalkan tenaga dan air di dalam badan walaupun berada dalam suasana panas serta keadaan berpuasa.

kelebihan Performance Drink Shaklee
1. mempunyai lebih banyak elektrolit dan memberikan lebih tenaga berbanding minuman hidrasi jenama lain di pasaran
2. mengandungi campuran elektrolit Opti-Lyte proprietari dan campuran karbohidrat untuk bekalan tenaga segera dan berpanjangan serta menyokong hidrasi yang optima
3. terbukti secara klinikal dapat menyokong hidrasi tubuh dengan lebih cepat berbanding air
4. mengurangkan kehilangan bendalir tubuh dan memelihara paras gula agar sentiasa stabil.ini dapat meningkatkan tenaga dan stamina.ia telah terbukti dalam ujian yang dibuat terhadap atlet.
5. tiada perasa tiruan,pemanis atau bahan pengawet tambahan.

umumnya...

Performance Drink Shaklee sangat sesuai untuk:

1. orang yang berpuasa
2. atlet/ahli sukan
3. pelajar sekolah (yang sentiasa bergerak cergas)
4. pekerja yang banyak menggunakan tenaga



tak perlu tunggu lama-lama..
order sekarang untuk kebaikan selamanya..
satu tin (839 gm) hanya RM82.50
nak lagi jimat???
daftar sebagai ahli.
dapat harga murah...dapat bonus lagi..



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Saturday 14 June 2014

COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Apa itu kolagen?
Kolagen adalah sejenis protein semulajadi yang merupakan struktur asas kepada 'connective tissue'.lebih kurang satu pertiga daripada protein di dalam badan kita adalah kolagen.Ia boleh didapati dengan banyak di tulang, otot, tisu-tisu organ,saluran darah,ligamen,tendon dan intervetebral disc.
gabungan kolagen,keratin dan elastin membentuk struktur,keanjalan dan keteguhan kulit.

kolagen dibentuk secara semulajadi oleh badan kita oleh sel yang dipanggil fibroblast,namun ia akan semakin berkurang selari peningkatan usia.dipercayai bahawa kolagen akan hilang dari badan pada kadar 1% setahun.
kekurangan kolagen menyebabkan kulit menjadi kendur,kurang bermaya dan membentuk garis-garis halus yang berlarutan menjadikan kulit kelihatan kendur.
kekurangan kolagen juga boleh menjejaskan struktur tulang.


punca kehilangan kolagen dari badan
1. peningkatatan usia
2. pencemaran udara
3. pendedahan kepada asap rokok
4. pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan
5. penyalahgunaan dadah


bagaimana mengurangkan kehilangan kolagen

1. kurangkan kadar kehilangan kolagen.
kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari dan pencemaran udara.
gunakan sunblock yang sesuai dan berkualiti untuk mengelakkan kerosakan daripada cahaya matahari.

2. pemakanan yang seimbang

makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan antioksida seperti tomato, grape dan tembikai (mengandungi lycopene iaitu sejenis antioksida yang baik).
antioksida dapat mengurangkan kehilangan kolagen.
Vitamin C juga membantu mengurangkan kadar kehilangan kolagen.
bunga kobis, brokoli dan sayur berdaun hijau mengandungi glucosinolates yang menghalang radikal bebas dari bertindak ke atas kolagen.
Omega 3 juga bersifat antioksida dan anti inflamatori yang membantu melindungi kolagen
elakkan makanan manis dan mengandungi karbohidrat yang tinggi.

3. penjagaan kulit yang sempurna mencegah kerosakan kulit akibat stres.




LAGI TENTANG KOLAGEN



COLLAGEN POWDER SHAKLEE



 * mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


* bahan utama - ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B 

* digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.


* mudah larut dengan minuman dan makanan 




DAPATKAN COLLAGEN SHAKLEE DENGAN KLIK LINK INI:

SAYA MAHU BELI COLLAGEN











CARA MINUM COLLAGEN POWDER SHAKLEE



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Thursday 12 June 2014

KENAPA GAGAL MENYUSU?

HOSPITAL RAKAN BAYI....
apakah maksudnya?
Hospital Rakan Bayi dilancarkan pada tahun 1992 dengan tujuan menggalakkan penyusuan susu ibu yang dimulakan sejak bayi dilahirkan.Semua staf yang terlibat dalam proses kelahiran bayi dilatih untuk membantu ibu-ibu menyusukan bayi dengan susu ibu sebaik dilahirkan.
Satu inisiatif yang baik oleh pihak kerajaan untuk menjamin kesihatan bayi berada di tahap optima.Namun apakah ianya berjaya dilaksanakan sepenuhnya?

Tiada yang dapat menjamin kejayaan 100% dalam apa jua perkara yang kita lakukan.Banyak faktor positif dan negatif yang berlaku dan perlu diambil kira.

Bukan untuk membincangkan tentang polisi tersebut di sini....
sekadar mukadimah..

Yang ingin diperkatakan adalah punca-punca kegagalan penyususan susu ibu mengikut pengalaman saya yang sering berhadapan dengan pelanggan berkaitan.

Antara punca berlakunya kegagalan penyusuan susu ibu ialah:

1. tiada keyakinan dan kesabaran dalam diri ibu
Ibu cepat mengalah dan beralih kepada susu formula apabila melihat bayi menangis seolah-olah susu yang diberikan tidak mencukupi.

2. tiada sokongan orang keliling
saudara mara serumah seperti mertua/ibu/suami tidak memberi galakan ke arah penyusuan susu ibu malah menyuruh memberikan susu formula supaya bayi cepat kenyang.

3. pengasuh bayi yang tidak memberi kerjasama
ada pengasuh yang merasakan membancuh susu formula adalah lebih cepat dan mudah daripada menyediakan susu ibu yang telah dibekalkan oleh ibu bayi.

4. faktor fizikal ibu
fizikal ibu yang semulajadi seperti pembentukan puting yang tenggelam (inverted nipple) yang menyukarkan penyusuan.

5. masalah kesihatan ibu
ibu yang lemah kerana proses kelahiran yang sukar ataupun kerana penyakit-penyakit lain menjadikan penjaga bayi beralih kepada susu formula untuk memberi ruang kepada ibu untuk pulih.

6. masalah kesihatan bayi
bayi yang mengalami masalah kesihatan yang teruk dan memerlukan rawatan intensif di hospital.

7. masalah fizikal bayi
contohnya bayi yang dilahirkan dengan masalah sumbing (cleft lip/palate)

Bukan semua ibu yang baru melahirkan dianugerahkan dengan susu yang banyak pada awal kelahiran bayi.ada yang langsung tidak mengeluarkan susu.namun rangsangan awal dari pengisapan bayi akan merembeskan hormon untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu.kesabaran,keyakinan dan ketenangan emosi amat penting untuk menjayakan proses penyusuan  terutamanya bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan.
Ibu juga perlu memastikan berada dalam keadaan yang sihat dengan mengambil pemakanan yang seimbang.Amalan berpantang yang keterlaluan boleh menyebabkan pengeluaran susu terjejas sama ada dari segi kualiti atau kuantiti.
Selain daripada itu,sokongan ahli keluarga juga penting untuk memastikan ibu sentiasa bersemangat untuk meneruskan penyusuan  bayi dengan susu badan.

Saya pernah melihat seorang bapa yang berulang alik setiap hari menghantar susu ibu yang diperah kepada bayinya yang dirawat di unit rawatan rapi kerana kelahiran pra matang. kegigihan bapa tersebut amat mengkagumkan. alhamdulillah anaknya membesar dengan sihat tanpa sebarang komplikasi.


selamat maju jaya kepada semua ibu yang berusaha menyusukan bayi dengan susu ibu......susu ibu adalah anugerah terbaik untuk bayi anda.

antara suplemen asas dari Shaklee yang boleh diamalkan untuk membantu penyusuan yang berkualiti


vitalea
mengandungi semua vitamin yang diperlukan untuk memberikan tenaga kepada ibu

alfalfa
bertindak sebagai milk booster

ESP
protein soya yang memperkayakan susu ibu menjadikan bayi lebih cepat kenyang dan selesa




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Wednesday 11 June 2014

KEPUTIHAN YANG MEMBEBANKAN

salam sejahtera....

untuk kaum wanita...
pernahkah anda mengalami masalah keputihan?
resah dan tidak selesa kan?
pasti ramai yang pernah mengalaminya tidak kira di usia remaja atau dewasa.ia adalah satu keadaan yang kerap dialami oleh golongan wanita.kebanyakannya adalah jangkitan ringan dan sembuh sepenuhnya.namun terdapat sebahagian wanita yang mengalaminya secara berulang-ulang.

Ia berpunca daripada jangkitan kulat yang lazimnya menghuni kawasan alat sulit wanita iaitu dari jenis Candida Albicans.di kawasan yang sama juga terdapat bakteria Lactobacillus yang berfungsi menseimbangkan keadaan agar kulat tidak membiak.namun dalam keadaan-keadaan tertentu bakteria tidak mampu berfungsi dengan baik lantas menyebabkan kulat membiak dengan cepat lalu menghasilkan simptom-simptom jangkitan.

tanda-tanda jangkitan kulat:
1. pengeluaran cecair/discharge dari vagina
2. gatal di kawasan terlibat
3. kulit menjadi pedih
4. rasa panas dan bengkak

punca berlakunya ketidakseimbangan sistem kawalan oleh lactobacillus
1. penggunaan antibiotik berlebihan
2. kehamilan
3. kencing manis yang tidak terkawal
4. sistem imun yang lemah (cth AIDS.HIV,pesakit kanser,pesakit kronik)
5. amalan pemakanan yang tidak seimbang terutamanya jika melebihkan makanan manis.
6. kerap mencuci bahagian dalam vagina (douching)
7. stres
8. tidur yang tidak mencukupi

pencegahan
1. amalkan pemakanan sihat dan seimbang
2. jaga kebersihan diri terutamanya di kawasan vagina
3. elakkan memakai pakaian yang lembap dalam waktu yang lama
4. kawal status kencing manis 
5. elakkan memakai pakaian dalam yang ketat
6. elakkan douching
7. amalkan pengambilan yoghurt atau makanan yang mengandungi lactobacillus
8. kerap menukar pencuci (feminine wash)
    ***namun saya lebih cenderung kepada mengurangkan atau menghentikan penggunaan feminine wash untuk memastikan keseimbangan bakteria dan kulat di kawasan vagina terpelihara.


rawatan
krim atau ubat suppository
ubat kulat secara oral

terdapat pelbagai jenis ubat antikulat di pasaran.doktor akan menentukan yang mana sesuai untuk seseorang itu bergantung kepada keterukan jangkitan.

sebagai suplemen untuk membantu mengatasi masalah jangkitan kulat atau keputihan, anda boleh menggunakan produk Shaklee yang berikut:

Garlic dan Alfalfa


lagi tentang jangkitan kulat DI SINI


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

GARLIC SHAKLEE

salam sejahtera....
beberapa hari menghilang...
kepenatan dengan acara reunion setelah 20 tahun terpisah...menjalin semula silaturrahim di alam nyata bersama teman-teman seperjuangan.sekian lama sekadar berbicara di alam maya menjadikan reunion baru-baru ini sangat bermakna biarpun hanya disertai sebahgian daripada keseluruhan sahabat....almaklum,masing-masing sibuk dengan urusan seharian dan keluarga.

leaders Shaklee meneruskan hari dengan kenangan indah di National Conference...
kami kembali bertugas dengan kenangan indah reunion....ok la kannn...



untuk kali ini kita jengah pula kebaikan GARLIC


khasiat garlic/bawang putih:
1.menguatkan sistem imun dan mempercepatkan penyembuhan demam selsema dan batuk
2.mematikan kulat
3.mengurangkan paras kolesterol (LDL) dan melindungi jantung
4.mengandungi iodin.oleh itu ia membantu mengurangkan gejala hypertiroid.
5.mengandungi vitamin C dan boleh diguna untuk merawat scurvy
6.dipercayai dapat membantu merawat lemah tenaga batin (lelaki) @ impotensi
7.mengandungi vitamin B6 yang menguatkan sistem imun dan membantu menstabilkan emosi
8.membantu MENCEGAH kanser seperti kanser buah dada,usus,pundi kencing dan prostate.
9.membantu meningkatkan paras insulin lalu mengawal keadaan kencing manis.
10.dipercayai dapat menambahkan berat badan bayi dalam kandungan.

ramai orang tak suka makan bawang putih walaupun menyedari kebaikannya kerana risaukan bau badan dan nafas yang tidak enak.maka bukankah lebih mudah jika amalkan sahaja GARLIC SHAKLEE ini.sertakan dengan pengambilan air yang banyak setiap hari.

kesimpulannya:
Garlic sesuai digunakan oleh;
1. penghidap kencing manis dan darah tinggi
2. penghidap kolesterol tinggi
3. penghidap hyperthyroid
4. lelaki dengan masalah impotensi
5. penghidap jangkitan kulat/fungus
6. orang yang sering mendapat jangkitan virus spt demam selsema
7. orang yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser


BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN GARLIC SHAKLEE?
JANGAN MALU ATAU SEGAN UNTUK MENGHUBUNGI SAYA.




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
 FB (PM) iedaabdullah

Saturday 7 June 2014

SUPLEMEN.....APA BEZANYA?

salam sejahtera buat semua...

bagaimana dengan pengambilan suplemen anda?
tahniah kepada yang mengambil secara konsisten...apapun punca atau tujuan asalnya,yang pasti semua orang inginkan kesihatan yang baik.kita tidak boleh menghalang usia dari meningkat namun boleh berusaha untuk terus berada dalam sihat dan cergas.

terdapat pelbagai jenis suplemen di pasaran..buatlah pilihan dengan bijak.biarlah apa yang kita makan atau minum itu membawa kepada kesan-kesan yang positif bukan sebaliknya.ramai yang mengalami kesan buruk dari pengambilan suplemen...janganlah menjadi sebahagian daripada mereka.banyakkan pembacaan untuk mengeahui tentang sesuatu produk.setiap yang menjual pasti akan mengatakan produknya adalah yang terbaik.siapa yang nak menjatuhkan atau memburukkan produk sendiri,betul tak?

ada banyak sumber yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk.internet menyediakan ruang yang luas.yang penting kena rajin.jangan hanya membaca satu artikel dan terus mempercayainya..luangkan masa membaca sebanyak artikel yang boleh serta kajian-kajian klinikal.bandingkan setiap penulisan tersebut.pro dan kontra setiap produk yang dikaji.
cari juga testimoni-testimoni dari pengguna terdahulu.boleh juga membuat carian menggunakan perkataan "kesan negatif" atau "bad effect" sesuatu produk.saya suka search dengan cara ini...mencari penulisan tentang kesan negatif sesuatu produk untuk melihat apakah kesan sampingan yang dialami pengguna.

gunakan akal yang bijak untuk memilih.juga jangan dilupa...setiap kita dijadikan istimewa.berbeza antara satu sama lain.maka tindakbalas badan terhadap sesuatu produk juga mungkin berbeza.
begitu juga dengan ubat-ubatan.si A mungkin tidak alah kepada antibiotik P namun si B mengalami alahan teruk bila mengambil antibiotik P itu..

dari segi harga,terpulang kepada bajet masing-masing.produk yang baik pastiya lebih mahal berbanding dengan produk-produk yang tidak berkualiti.kajian saintifik sebelum mengeluarkan sesuatu produk menelan kos yang tinggi lantas mempengaruhi harga produk.begitu juga dengan kos bahan mentah yang digunakan..telur ayam pun ada gred A hingga D...kan?nak kualiti terbaik metilah gunakan telur gred A yang semestinya lebih mahal.namun packaging atau pembungkusan dalam kuantiti yang besar boleh membantu menurunkan harga produk.misalnya sebotol vitamin yang mengandungi 30 tablet dengan yang mengandungi 90 ablet yang sama jenis.jika dibahagikan harga mengikut bilangan tablet pastinya botol yang mengandungi 30 tablet itu lebih mahal.

SHAKLEE menyediakan produk yang dijamin berkualiti dengan harga yag setimpal.
tidak perlu ragu untuk menggunakannya.mampu berada di pasaran melebihi 50 tahun...pastinya ia bukan sembarangan.

hubungi saya untuk mendapatkan bantuan penjagaan kesihatan anda.


produk yang mahal namun kualitinya adalah yang terbaik.




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
 FB (PM) iedaabdullah