Showing posts with label medical notes. Show all posts
Showing posts with label medical notes. Show all posts

Saturday, 3 June 2017

PANKREAS LEBIH SIHAT DENGAN BERPUASA

salam sejahtera...
memasuki minggu ke dua Ramadhan. moga kita semua terus diberikan peluang untuk menjalani ibadah ini dengan sempurna.
untuk anda yang diuji dengan masalah kesihatan, moga Allah memberi kesembuhan dengan segera.


sepanjang Ramadhan, mengikut pengalaman yang lepas saya dapati ramai yang mengidap kencing manis mengalami peningkatan paras gula berbanding sebelumnya. tambahan pula jika Ramadhan serentak dengan musim buah.

sepatutnya semasa berpuasa, paras gula menjadi lebih terkawal.malangnya tabiat pengambilan makanan yang berlebihan dari kumpulan karbohidrat serta minuman yang bergula tinggi menyebabkan status kencing manis menjadi lebih teruk.

lebihkan sayuran dalam menu anda
protein dan lemak yang sihat jangan dilupa
kurangkan karbohidrat dan gula

terdapat kajian yang dibuat ke atas tikus menunjukkan bahawa, berpuasa secara berselang seli (intermittent fasting) boleh mengembalikan fungsi pankreas. ia menjadikan sel beta lebih sensitif terhadap gula dalam darah dan juga menggalakkan pembentukan sel-sel beta yang baru yang lebih sihat dan mampu mengawal gula dengan lebih sempurna.
ujian di dalam makmal juga dijalankan terhadap sel manusia dan didapati menunjukkan respon yang serupa. belum ada kajian secara intensif terhadap manusia dijalankan. 

indahnya suruhan dan ajaran agama kita. dalam menjalankan ibadat, kita dapat mengumpul pahala sambil memulihkan kesihatan. namun penting untuk kita sentiasa bersederhana semasa berbuka dan sepanjang malam agar nikmat dan pahala yang sepatutnya dihimpun sepanjang Ramadhan tidak hilang dengan sia-sia.


baca lebih lanjut di SINI

selamat beribadat...
selamat menjaga kesihatan masing-masing.

walaupun berpuasa, vitamin jangan dilupa.


andai keletihan, pulihkan dengan PERFORMANCE DRINK semasa berbuka..juga semasa sahur.
sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.




Thursday, 20 April 2017

MASALAH PEMBENTUKAN TEMPURUNG KEPALA

salam sejahtera....

pada setiap kehamilan, setiap bakal ibu & bapa mengharapkan kehadiran bayi yang sihat dan sempurna.



namun ada ketikanya kita diuji dengan perkara-perkara yang tidak dijangkakan.

antara masalah yang mungkin berlaku kepada janin di dalam kandungan adalah masalah ANENCEPHALY



Apa itu Anencephaly

Situasi di mana pembentukan tempurung kepala tidak berlaku dengan sempurna
Termasuk dalam kategori NTD (neural tube defect)
Ia berlaku di peringkat pembentukan embrio (embryonic  phase) di mana neural tube tidak tertutup dengan sempurna (neural tube adalah lapisan sel yang membentuk  otak dan saraf tunjang/spinal cord).

Di dalam rahim, bila tempurung kepala tidak terbentuk dengan lengkap, tisu2 otak akan terdedah kepada cecair amnion (air ketuban) dan menyebabkan ianya rosak.
maka sebahagian besar tisu otak akan hilang dan mengakibatkan gangguan pelbagai fungsi utama bayi tersebut.



Punca Anencephaly

Tidak diketahui punca sebenar namun dipercayai  daripada gabungan tindakbalas genetik dan faktor luaran.
Ia berlaku secara random.
Bukan penyakit keturunan namun risiko berulang pada kandungan seterusnya adalah lebih tinggi.
Didapati ada kaitan dengan kekurangan folate (salah satu komponen vitamin B).
Factor lain adalah seperti kencing manis, obesity, pendedahan kepada suhu yang tinggi di awal kehamilan (demam atau sauna) dan interaksi ubat seperti ubat sawan.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas bagaimana perkara-perkara ini boleh menyebabkan berlakunya anencephaly.


Kadar kejadian
Ia agak kerap berlaku namun kebanyakan berakhir dengan keguguran menjadikan kadar kelahiran dengan masalah anencephaly adalah rendah.


Bila ia dikesan?
Boleh dikesan semasa dalam kandungan melalui pemeriksaan ultrasound pada usia kandungan sekitar 10 ke 11 minggu. Namun ujian ultrasound perlu diulang untuk memastikan ianya benar-benar anencephaly.


Pencegahan Anencephaly

Salah satu cara yang dikenalpasti adalah dengan memastikan wanita yang merancang untuk hamil mengambil asid folik yang mencukupi. Suplemen multivitamin yang mengandungi asid folik adalah digalakkan.
Kajian mendapati pengambilan asid folik membantu menurunkan kadar kejadian anencephaly dengan agak signifikan.


Kelahiran
Biasanya apabila pakar mengesahkan ia adalah kes anencephaly, nasihat diberikan untuk menggugurkan kandungan. Ini kerana bayi tidak mempunyai jangkahayat yang panjang selepas dilahirkan. Tambahan pula risiko-risiko kehamilan dan kelahiran lain lebih mudah berlaku.
Air ketuban biasanya melebihi paras normal (polyhydramnions) bila usia kandungan meningkat kerana bayi mempunyai masalah untuk menelan.
Risiko bahu tersangkut semasa kelahiran juga lebih tinggi.
Namun begitu proses menghentikan kehamilan (pengguguran)  tidak akan dilakukan jika tidak mendapat persetujuan ibubapa.




Keperluan asid folik untuk wanita

Untuk wanita yang merancang untuk hamil disarankan mengambil sekurang-kurangnya 400microgram sehari.
Semasa hamil sekitar 600 micrograms sehari.
Bagi yg pernah mengalami kehamilan bermasalah NTD disarankan sekitar 800 micrograms sehari.


Sumber dari makanan
Sayuran berdaun hijau, asparagus, brokoli, bunga kobis, buah-buahan sitrus,bendi, bijirin/kekacang,jagung, karot dan seleri.
Pelbagai makanan mengandungi sumber folate namun ianya mudah hilang jika dimasak kerana ia adalah larut air.



asid folik boleh diperolehi daripada suplemen untuk memastikan pengambilan yang mencukupi.

DI DALAM SETIAP TABLET VITALEA DAN B COMPLEX 
MENGANDUNGI ASID FOLIK SEBANYAK 200mcg


AMALKAN UNTUK KESIHATAN YANG OPTIMA




hubungi saya 
untuk sebarang pertanyaan atau belian 
wassap/sms ke 0107796751



Saturday, 25 February 2017

APA FUNGSI ANTIOKSIDA?

salam sejahtera..

kita selalu dengar tentang antioksida dan radikal bebas. tapi tahukah kita apa itu radikal bebas? apa itu antioksida?


jom fahamkan tentang perkara ini secara ringkas/simple.


badan kita terdiri daripada sel (pelbagai jenis sel).
secara strukturnya, setiap sel dibentuk oleh gabungan molekul.
molekul pula terdiri daripada gabungan atom.

atom+atom= molekul
molekul+molekul=sel


atom mengandungi nukleus dan lapisan luar.
nukleusnya terdiri daripada unsur proton yang bercas positif manakala lapisan luar mengandungi elektron yang bercas negatif.
sesuatu atom itu berada dalam keadaan stabil apabila bilangan elektron di lapisan luar menyamai bilangan proton.
oleh itu setiap atom akan berusaha untuk mencapai tahap kestabilan tersebut dengan cara:
1. mengambil elektron daripada molekul berhampiran
2.      bergabung membentul molekul baru


apabila atom-atom bergabung, ia membentuk molekul yang stabil.ikatan antara atom ini jarang terpisah kecuali bagi ikatan-ikatan yang lemah.
bila ikatan terpisah, ia menyebabkan terhasilnya molekul dengan bilangan elektron yang ganjil dan bebas yang disebut radikal bebas.


radikal bebas ini tidak stabil dan mula mencari elektron lain untuk bergabung dan mencapai kestabilan. biasanya ia mencuri elektron dari molekul yang paling hampir dan menjadikan molekul itu pula sebagai radikal bebas. proses ini berlaku secara berterusan dan akhirnya merosakkan/mengganggu fungsi sel yang normal.


radikal bebas terbentuk akibat pencemaran udara, asap rokok,radiasi dan racun perosak.
ia juga terbentuk secara semulajadi semasa proses metabolisma dalamtubuh.
ada kalanya badan menghasilkan radikal bebas untuk membunuh virus yang memasuki badan.



BAGAIMANA ANTIOKSIDA MEMBANTU?

antioksida berfungsi sebagai penderma eletron kepada radikal bebas ini dan menghentikan proses penghasilan radikal bebas secara keterlaluan.

vitamin C dan vitamin E contohnya, merupakan antioksida yang baik.

mereka mendermakan elektron tetapi tetap berada dalam keadaan stabil selepas mendermakannya kerana bersifat sebagai antioksida.


untuk itu, pastikan kita mengambil sayur dan buah-buahan yang mencukupi untuk memastikan sel badan kita berada dalam keadaan yang stabil dan dapat berfungsi dengan sempurna.


boleh juga mengambil suplemen untuk menangani masalah ini tetapi pastikan ambil suplemen yang selamat dan dalam jumlah yang selamat ((tidak berlebihan).



hubungi saya untuk dapatkan suplemen yang selamat dan berkesan dengan harga yang sepadan.



wassap ke 0107796751









Thursday, 23 February 2017

LAGI KES KANSER PAYUDARA

salam sejahtera...

baru saja selesai menghadapi satu lagi kes barah payudara (breast cancer).
wanita di pertengahan usia, tanpa sebarang penyakit kronik sebelum ini.

hadir dengan masalah ketulan di payudara selama beberapa bulan.awalnya mendapatkan rawatan tradisional namun tidak memberi kesan.

pemeriksaan secara fizikal mendapati sudah ada ketulan di kelenjar ketiak. ini menunjukkan bahawa sel-sel kanser telah merebak.
alhamdulillah, walau dalam ketakutan dan kesangsian beliau telah menjalani pemeriksaan terperinci di hospital dan telah selamat menjalani pembedahan membuang payudara serta semua kelenjar di bahagian terbabit.

kini di peringkat memulakan rawatan kimoterapi.moga semua urusan rawatan beliau dipermudahkan dan diberi kesembuhan oleh Allah swt.


sebanyak manapun kita didedahkan dengan makanan tambahan atau ubatan alternatif yang mampu membunuh sel-sel kanser, seandainya kanser tersebut boleh dikeluarkan dari badan adalah lebih penting untuk kita mengeluarkan dahulu bahagian yang terkena kanser itu.

membiarkan ia terus berada di dalam badan dan mengharapkan keajaiban ubatan/suplemen untuk menghilangkannya secara total adalah tindakan yang kurang bijak.

selepas bahagian yang terkena kanser dikeluarkan, bolehlah berikhtiar dengan cara-cara tambahan tanpa meninggalkan secara total rawatan kimoterapi dan radioterapi.

berikhtiarlah dan berusahalah dengan rasional dan bijak.moga kita semua terlindung daripada musibah penyakit yang memudaratkan.







Friday, 6 May 2016

PANAS, HUJAN DAN AEDES

salam sejahtera...

setelah lama berpanas, hujan kembali turun.
syukur alhamdulillah.


DEMAM DENGGI


cuma satu yang perlu diberi perhatian.negara kita merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kes denggi yang tinggi.bila ada hujan, air akan mula bertakung dan membolehkan pusingan pembiakan nyamuk aedes bermula kembali.
ledakan demam denggi berkemungkinan berlaku lagi.

semasa saya di Klang suatu ketika dahulu, kes denggi meningkat dengan mendadak pada sekitar bulan Julai dan Ogos. 

bagi yang menakung air untuk kegunaan harian, eloklah diperiksa dengan lebih kerap.jika air takungan dijangka tidak digunakan setiap hari, pastikan bekasnya ditutup rapat agar nyamuk tidak boleh membiak di dalamnya.

peminat-peminat tanaman hiasan, pastikan kawasan sekitar bersih dan tiada air bertakung.

demam denggi secara umumnya tidaklah mendatangkan masalah yang serius tetapi apabila ia memasuki fasa komplikasi (bukan semua pengidap akan mengalaminya) maka situasi yang mengancam nyawa boleh berlaku.
pendarahan bukan sahaja berlaku di kulit tetapi juga di bahagaian anggota dalam yang boleh menyebabkan kematian.

sesungguhnya ajal maut di tangan Allah namun kita manusia sewajarnya berusaha menjaga kesihatan masing-masing.


sekiranya ada ahli keluarga yang mengalami demam berlarutan melebihi 3 atau 4 hari walaupun telah mengambil rawatan, segeralah jalani pemeriksaan darah untuk memastikan adanya jangkitan virus denggi ataupun tidak.

rawatan peringkat awal biasanya berunsur 'supportive' iaitu  mengawal suhu serta hidrasi tubuh. pemeriksaan berkala (harian) bilangan sel darah beku (platelet) dilakukan sebagai penanda aras. semakin menurun paras platelet, semakin perlu pesakit diawasi. ada ketikanya transfusi platelet dilakukan untuk mengelakkan berlakunya pendarahan.


apa yang penting adalah pengambilan air yang mencukupi, makan makanan yang memberi tenaga serta rehat yang banyak.



SUPLEMEN UNTUK DEMAM DENGGI


suplemen yang baik YANG BOLEH digunakan pengidap demam denggi sebagai ikhtiar membantu pemulihan dan mengelakkan komplikasi adalah:

1. NUTRIFERON




membantu meningkatkan aktiviti sistem imuniti tubuh dengan segera bagi membantu melawan jangkitan virus.


2. PERFORMANCE DRINK



menambahkan serta mengekalkan hidrasi tubuh agar pesakit merasa segar dan mengelakkan kelesuan.sangat sesuai bagi yang mengalami muntah atau cirit-birit serta demam panas.

ia membekalkan elektrolit kepada tubuh badan, menggantikan air yang hilang serta mengembalikan tenaga kepada sel tubuh.





pengidap demam denggi juga digalakkan mengambil buah-buahan segar kerana kandungan vitamin serta airnya yang tinggi.




UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/BELIAN:
WASSAP IEDA aka CIKTER @ 0107796751






Wednesday, 16 December 2015

FUNGSI PANKREAS

SALAM SEJAHTERA

pankreas adalah organ yang dikaitkan dengan penyakit kencing manis kerana di sinilah berlakunya penghasilan hormon insulin yang mengawal paras gula di dalam badan kita.

bagaimanapun hanya sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan organ pankreas ini yang ditugaskan untuk memproses makanan bergula.

maka seandainya kebanyakan daripada makanan harian kita tergolong dalam kumpulan yang membentuk gula di dalam badan, bayangkan bagaimana 'letihnya' sel-sel pankreas ini menjalankan tugasnya.

kegagalan sel-sel pankreas ini akan membawa kepada berlakunya penyakit kencing manis.

awasi pemakanan untuk memastikan sel pankreas kita dapat berfungsi dengan sempurna dan mencegah penyakit merbahaya ini.













Wednesday, 26 August 2015

KERADANGAN OTAK

salam sejahtera....

malam tadi sambil rehat-rehat saya melayan rangkaian Animal Planet, siri Monsters Inside Me.
bagus siri ni....kisah-kisah benar tentang jangkitan yang amat jarang berlaku.

salah satu kisah malam tadi adalah tentang kejadian yang menimpa seorang anak gadis berusia 16 tahun yang hobinya adalah berenang.
setelah berenang di sebuah tasik, beliau mengalami sakit kepala yang teruk....berlarutan sehingga koma dan membawa maut.

puncanya adalah jangkitan sejenis organisma kumpulan amoeba yang hidup di dalam air jernih bersuhu panas.
Naegleria Fowleri adalah nama organisma satu sel tersebut.ia boleh didapati di dalam air tasik atau sungai yang bersuhu panas/suam, kolam mandi yang tidak diselenggara dengan sempurna,sistem paip yang tercemar serta di dalam tanah.

ia masuk ke badan manusia melalui hidung kemudian terus memasuki otak dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sel otak.mangsa kebanyakannya (97%) meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang seminggu selepas mendapat jangkitan.
sistem imun badan tidak dapat membunuh organisma ini.ubat-ubatan yang digunakan juga tidak berupaya memberi jaminan untuk sembuh.

gadis di dalam kisah malam tadi mendapat jangkitan semasa mandi di tasik tersebut dan kebetulan semasa terjun dia tidak menutup hidungnya.
jangkitan ke otak (meningoencephalitis) menyebabkan pesakit mendapat sakit kepala yang teruk, muntah, tegang leher (neck stiffness), 'disorientation' serta koma seterusnya meninggal dunia.

saya tidak pernah mendengar kes ini berlaku di sini tetapi sebagai negara beriklim khatulistiwa, semestinya ia tidak mustahil.

oleh kerana jangkitan hanya berlaku melalui hidung, pastikan kita serta ahli keluarga menjaga keselamatan semasa mandi di sungai, tasik atau mana-mana pusat peranginan yang mempunyai kolam air panas.elakkan daripada air memasuki hidung.
seandainya berasa tidak sihat selepas melakukan aktiviti di kawasan berair, dapatkan rawatan dengan segera.

pesakit di atas didiagnosakan dengan jangkitan tersebut setelah melalui pemeriksaan air tulang belakang (lumbar puncture) di mana organisma tersebut ditemui di dalam air tulang belakangnya yang diperiksa di bawah mikroskop.

untuk sebarang jangkitan melibatkan otak atau selaput otak, pemeriksaan air tulang belakang atau lumbar puncture ini sangat penting.jangan ragu-ragu untuk memberikan kebenaran sekiranya doktor meminta untuk melakukan ujian ini.





Friday, 21 August 2015

CEGAH GOUT

salam sejahtera:


antara masalah kesihatan paling utama adalah sakit sendi.
terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit sendi....antaranya adalah GOUT.

Gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik berlebihan yang kemudiannya membentuk kristal dan melekat pada mana-mana sendi di dalam tubuh manusia.Ia biasanya bermula dengan sendi-sendi kecil pada bahagian kaki dan jika tidak dikawal,ia boleh berlaku pada sendi yang besar seperti lutut dan siku.

Sendi menjadi bengkak, merah dan sakit yang kuat walaupun tanpa melakukan sebarang pergerakan (perbezaan dengan sakit sendi jenis lain yang sakit semasa bergerak).


PUNCA GOUT:

badan tidak boleh memproses makanan yang mengandungi purine menyebabkan asid urik terkumpul di dalam darah dan melekat pada sendi.


FAKTOR PENCETUS:
1. makanan yang mengandungi purine yang tinggi 
2. berat badan berlebihan
3. pengambilan alkohol berlebihan
4. ubatan seperti diuretik


CONTOH MAKANAN YANG MENCETUS GOUT

1. ikan bilis
2. sardin
3. sayuran seperti bayam, tomato, kumpulan kacang
4. buah-buahan seperti durian
5. daging serta organ dalaman seperti hati, limpa dan sebagainya
6. bun manis
7. makanan laut 


MENCEGAH SERANGAN GOUT

1. elak pengambilan makanan yang mengandungi purine yang tinggi
2. hentikan pengambilan alkohol
3. kurangkan berat badan
4. lebihkan pengambilan air untuk menggalakkan pembuangan asid urik berlebihan
5. mengambil makanan tambahan yang membantu mengeluarkan asid urik dari badan


RAWATAN GOUT:
rawatan adalah untuk mengawal kesakitan dan mengurangkan paras urik asid.
antara ubatan yang diberikan adalah untuk;
1. mengurangkan/melegakan kesakitan
2. melawan keradangan (anti inflammatory)
3. mengurangkan bengkak
4. mengurangkan asid urik

kadang kala pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan himpunan kristal asid urik pada sendi namun ia bukanlah satu pilihan yang lazim dilakukan.



Gout tidak boleh disembuhkan 100% tetapi boleh dikawal dengan sempurna (tiada serangan akut).




Tuesday, 14 April 2015

8 TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG

salam sejahtera...

sakit belakang
setiap hari kita akan berjumpa dengan orang-orang yang menghadapi masalah sakit belakang.tanpa mengira usia, ia boleh menyerang kana-kanak di awal persekolahan, remaja dan dewasa.


kebiasaannya sakit belakang disebabkan oleh posture atau kedudukan badan yang tidak sempurna.ia disebabkan oleh sikap,pekerjaan atau keperluan seperti pelajar yang setiap hari duduk terlalu lama.



TIPS MENGELAKKAN SAKIT BELAKANG


mencegah lebih baik dari merawat.sakit belakang ada kalanya membuatkan pengidap merasa tidak keruan dan mengganggu kualiti hidup seseorang.
jadi...
bagaimana caranya untuk kita mengelak daripada terkena sakit belakang ini?


1. pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul.
semasa duduk, sentiasa tegakkan badan.gunakan kerusi yang sesuai.ia sepatutnya mempunyai penyandar yang menyokong mengikut bentuk belakang kita.
apabial berdiri, juga berdiri dengan tegak.jika perlu berdiri lama kerana tuntutan kerja, pastikan kaki senitasa digerak-gerakkan untuk melancarkan pengaliran darah.


2. postur semasa tidur.
posisi tidur yang baik adalah secara mengiring.jika menelentang,boleh letakkan alas bantal pada bawah lutut untuk mengelakkan regangan otot di bahagian belakang.
tidur meniarap adalah sangat tidak digalakkan.ia menyebabkan postur tulang belakang terganggu dan boleh mendatangkan kesakitan.


3. senaman
jika belakang berada dalam eadaan sakit (ringan), kita perlu melakukan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan otot.ini dapat melegakan sakit belakang.


4. merokok
aktiviti merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan sukar membekalkan nutrient kepada tisu-tisu yang memerlukan terutamanya kepada cakera tulang belakang (spinal disc).ini akan mendatangkan kesakitan di bahagian belakang.


5. berat badan
berat badan yang berlebihan akan menyebabkan ketegangan di bahagian belakang.pastikan berat badan berada dalam julat yang ideal.


6. posisi semasa mengangkat benda berat
pastikan kita membengkokkan lutut semasa mengangkat benda berat.elak daripada membongkok kerana ia boleh mencederakan tulang belakang.
membengkokkan lutut dan mencangkung semasa mula mengangkat benda berat akan mengalihkan bebanan ke bahagian lutut dan melindungi keselamatan tulang belakang.


7. pakaian yang sesuai
i. elakkan kasut tumit tinggi kerana ia mengganggu postur tulang belakang.ketinggian tumit kasut seharusnya kurang daripada 2 inci.

ii. elakkan memakai jeans atau seluar yang terlalu ketat hingga menyukarkan pergerakan seperti untuk membongkok, berjalan dan duduk dengan selesa.


8.  dompet dan beg tangan yang sesuai
jangan biarkan dompet terlalu tebal kerana jika kita duduk dalam keadaan dompet tebal berada dalam kocek belakang, tulang belakang akan menjadi tidak selari dan akan mendatangkan rasa sakit.

untuk beg tangan, adalah lebih baik jika beg tangan mempunyai tali yang agak panjang dan boleh disilangkan ke leher dan bahu sebelah lagi.ini menjadikan berat beg tersebut disebarkan sama rata pada ke dua-dua belah bahu kita dan mengurangkan tekanan atau bebanan di belakang.



NAMUN
harus diingat, bukan semua sakit belakang disebabkan oleh ketegangan dan kedudukan yang tidak betul.
ada juga sakit belakang yang berpunca daripada penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser, jangkitan tuberkulosis, penyempitan saluran spina (spinal stenosis), cakera tergelincir dan sebagainya.

jika sakit terlalu kuat, berlarutan, atau disertai tanda-tanda lain seperti demam, hilang selera makan, kebas anggota badan dan sebagainya, perlulah dapatkan pemeriksaan daripada doktor bertauliah dengan segera.



jaga kesihatan tulang belakang...
elak lakukan pekara-perkara yang boleh mencederakan tulang belakang..





Saturday, 7 March 2015

DAH PUAS MENGGARU?...DAPATKAN PENYELESAIANNYA

salam sejahtera..

hives...urticaria...gegata....sopak garam.....kelopak garam...
pelbagai terma untuk penyakit yang serupa.


pada sesiapa yang pernah merasainya pasti tidak ingin ia berulang lagi.


APA ITU KELOPAK GARAM?

ia adalah situasi di mana berlakunya bintik merah yang besar pada kulit.
berpunca daripada tindakbalas badan terhadap alergen atau bahan yang menyebabkn berlakunya alahan kepada seseorang.tindakbalas menghasilkan HISTAMIN yang menyebabkan saluran darah bengkak serta kebocoran cairan dari dalam saluran darah ke kaasan di bawah kulit.

pesakit akan merasa gatal pada kawasan yang terlibat biasanya pada keseluruhan badan.

PUNCA KELOPAK GARAM

1. biasanya berpunca dari alahan seperti
*makanan
*habuk
*ubat-ubatan
*pengawet atau pewarna
*gigitan serangga


2. jangkitan virus
sesetengah orang akan mengalami kelopak garam apabila mendapat jangkitan virus seperti selsema


3. sentuhan dengan bahan tertentu seperti getah, tumbuhan,kosmetik,minyak,bahan kimia dan sebagainya.


RAWATAN KELOPAK GARAM

* pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
jika dapat mengenalpasti punca alahan, adalah lebih baik bagi seseorang itu untuk mengelakkan penggunaan bahan tersebut.

kelopak garam yang ringan biasanya akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 24 jam.
namun bagi kes yang teruk atau yang berlarutan, rawatan yang biasa diberikan adalah ubat anti histamin.ubat ini akan melawan tindakbalas histamin di dalam badan serta meredakan kegatalan.
untuk yang lebih serius terutamanya yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan, ubat steroid diberikan secara oral atau suntikan atau ke dua-duanya sekali. steroid hanya dimakan untuk jangka masa pendek kerana pengambilan berterusan mendatangkan pelbagai kesan sampingan.



SUPLEMEN UNTUK KELOPAK GARAM

antara suplemen yang membantu dalam mengawal kelopak garam (terutamanya jenis kronik) adalah ALFALFA.
bersifat sebagai tonik dalam membersihkan darah,alfalfa berupaya mengawal kejadian kelopak garam serta alahan terutamanya terhadap makanan.


untuk kegunaan luaran, krim HERBAL BLEND boleh digunakan untuk memulihkan serangan kelopak garam.
ini kerana terdapat bahan yang bersifat anti keradangan di dalam krim ajaib Shaklee ini.bahan ini adalah YARROW.


ini meyakinkan saya bahawa krim yang tak mahal ini sangat baik untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana.tindakbalas yang cepat dan berkesan.




***KRIM SUPERB
***ISTIMEWANYA ALFALFA


JIKA ADA DI DALAM KELUARGA YANG MENGALAMI MASALAH ALAHAN SEPERTI INI, PASTIKAN ANDA MENYIMPAN KRIM HERBAL BLEND SEBAGAI PERSEDIAAN DI WAKTU KECEMASAN.

ALFALFA HANYA SESUAI DIGUNAKAN OLEH REMAJA DAN DEWASA.UNTUK KESAN LEBIH BAIK IA PERLU DIAMBIL SECARA BERTERUSAN.


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

IEDA:0107796751 (SMS/WASSAP/TGM)
fb: ieda abdullah