Showing posts with label cerita lain. Show all posts
Showing posts with label cerita lain. Show all posts

Saturday, 30 April 2016

SARAPAN BERAT ITU PERLU.....BENARKAH?

salam sejahtera

semoga hari ini kita adalah insan yang lebih baik dari semalam...


selamat bercuti kepada semua...panjang weekend kali ini.dah sarapan?
agaknya apa sarapan pada pagi ni?
jika ingin menjaga kesihatan, ambillah sarapan yang ringan dan kurang kandungan karbohidrat serta gula.

jangan ledakkan kandungan gula dalam darah kita terutama sekali selepas semalaman tubuh berehat.pengambilan sarapan yang berat akan membuatkan insulin terpaksa bekerja keras.mengulangi perkara yang sama pada setiap waktu makan dan pada setiap hari akan menyebabkan kita mengalami situasi yg disebut "insulin resistance".
bila keadaan ini berlaku kita akan mengalami kandungan gula yang tinggi dalam darah (kencing manis).inilah permulaan kepada semua penyakit kronik.

antara pilihan yang baik untuk sarapan adalah telur rebus, buah-buahan, salad atau sekadar jus sayuran bagi yang berusaha menurunkan berat badan.

kepercayaa bahawa mengambil sarapan yang berat untuk keperluan tenaga semasa bekerja adalah tidak benar.ia sebenarnya membebankan organ tubuh kita. adalah lebih baik mengambil makanan dalam kadar yang sederhana serta seimbang untuk sepanjang hari.




marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula.lebihkan serat, lemak dan protein supaya badan kita dapat berfungsi dengan sempurna.


**saya sarapan jagung rebus dan air kosong hari ni.






Monday, 25 April 2016

TELUR OH TELUR......

salam sejahtera...


antara menu yang sesuai untuk berdiet ialah telur.
selain daripada pelbagai khasiat yg terdapat di dalamnya, telur juga membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

tetapi ramai yg takut nak makan telur sebab percaya ia akan meningkatkan kolesterol dalam darah.hakikatnya, kandungan kolesterol dalam sebiji telur adalah rendah sahaja.
yang paling penting, kolesterol bukanlah penyebab penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, darah tinggi dan seumpamanya.
malah kolesterol sangat penting dalam pembentukan hormon-hormon yang berperanan dalam menjaga kesihatan kita.


telur yang baik adalah yang mempunyai kuning telur berwarna terang (bright) kerana ia mengandungi omega 3 yang tinggi.omega 3 bersifat anti keradangan yang berupaya melindungi kerosakan saluran darah.


kebaikan dalam sebiji telur:


1. mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin A, D, E, B12, zat besi, folate, kalsium dan omega 3.vitamin-vitamin ini penting untuk kesihatan tulang, gigi dan rambut serta sel-sel tubuh yang lain.

2. kandungan protein yang tinggi berbanding daging merah.

3. mengandungi kolina (choline) yang sangat penting untuk sel-sel otak. ia penting dalam perkembangan memori kita.untuk ibu hamil, bekalan kolina sangat diperlukan untuk pembentukan sel otak bayi yg sempurna.

4. mengandungi antioksidan yg baik iaitu lutein dan zeaxanthin. dua bahan ini penting untuk menjaga kesihatan mata. memastikan penglihatan yang baik, mencegah katarak dan degenerasi makula.


ubahlah persepsi kita. amalkan pengambilan telur dengan sederhana dan konsisten.bagi yang tinggal di kampung atau mempunyai akses yang mudah, amalkan telur ayam kampung yang dipelihara secara lepas bebas. telur ini mengandungi khasiat yang lebih baik.


kegemaran saya:
1. telur rebus....taburkan lada sulah dan renjis sedikit kicap...mmmm.....

2. telur separuh masak....pecahkan atas sekeping roti bakar kemudian taburkan serbuk lada hitam...


****AWAS YA!!!
bila kita mengendalikan telur, pastikan ia dicuci dengan sempurna sebelum digunakan.
jangkitan kuman SALMONELLA mudah berlaku akibat dari pencemaran yang terdapat di kulit telur.jangkitan ini menyebabkan cirit-birit yang teruk dan boleh membawa kepada kematian.





  

BERDIET DENGAN PROTEIN.....AWAS PENGIDAP GOUT!

salam sejahtera:

pengidap GOUT....
salah satu cara nak kurangkan serangan gout adalah dengan menurunkan berat badan kepada berat yang ideal.


bagaimana nak kurus?
paling penting ialah elakkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, bihun, laksa, roti, kuih muih dan yang seangkatan dengannya.

apa yang tinggal untuk dimakan?
boleh ambil protein sebagai sumber tenaga.
makan sayur dan buah-buahan sebagai punca serat.walaupun buah-buahan mengandungi gula namun ia tidaklah sebanyak yang ada di dalam karbohidrat atau gula asas.
jangan lupa ambil juga makanan yang mengandungi lemak.


tapi AWAS....
bagi pengidap gout, jangan terleka.
pengambilan protein yang tinggi akan menyebabkan paras asid urik anda meningkat dengan mendadak.ini membolehkan anda mendapat serangan gout yang teruk secara tiba-tiba.
ini yang berlaku pada suami saya.



maka, 
1.bersederhanalah dalam pengambilan protein
2.banyakkan pengambilan serat
3.banyakkan minum air kosong
4.ambil makanan-makanan yang membantu menyingkirkan paras asid urik di dalam darah.





dinasihatkan juga mengambil suplemen yang membantu mengeluarkan asid urik seperti ALFALFA serta suplemen yang mengurangkan keradangan seperti minyak ikan OMEGAGUARD secara konsisten.









Sunday, 12 July 2015

BEKALAN TENAGA DI MUSIM PERAYAAN

salam sejahtera....

musim perayaan dah tiba....ada yang dah mula bercuti.mula bergerak untuk ke kampung halaman masing-masing.
di penghujung Ramadhan ni pastinya rata-rata tidak cukup tidur dan rehat.
sama ada yang berjaga malam untuk mendekati Allah swt ataupun yang bertungkus lumus mempersiapkan kediaman dan hidangan sempena lebaran.tak ketinggalan yang keluar menjejaki tempat-tempat jualan untuk melengkapkan keperluan.

apa pun tujuan kita, pastikan badan cukup segar dan bertenaga semasa berada di jalan raya terutamanya yang perlu memandu dalam jarak yang jauh.

elakkan kafein berlebihan kerana ianya hanya membuatkan kita segar untuk seketika sahaja.
lebihkan pengambilan jus buah-buahan yang mampu memberi kesegaran berpanjangan.

sebelum memandu jauh, dapatkan rehat yang mencukupi.rancang perjalanan agar tidak terperangkap dalam kesesakan.pastikan kenderaan dalam keadaan sempurna demi keselamatan diri dan ahli keluarga.
biarlah kita berkumpul dalam suasana ceria dan gembira.


dua jenis minuman tenaga untuk anda yang perlu memandu dalam jangka masa yang panjang....


perisa teh asli

perisa oren sejati

minum salah satu atau gabungan ke duanya untuk keselesaan dan kesegaran sepanjang perjalanan.

tiada yang lebih bermakna di musim perayaan ini selain daripada dapat bertemu dengan insan-insan yang disayangi....


SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN...
JAGA KESIHATAN...
JAGA KESELAMATAN...







Tuesday, 19 May 2015

SEORANG LEBIH KUAT

Salam sejahtera...

Kisah beberapa hari lepas..

Saya melihat seorang gadis kecil...lingkungan usia 10 ke 12 tahun, terbaring di atas katil wad hospital.

Di tangannya terpasang drip...seorang wanita menemaninya.


Seorang doktor wanita menghampiri dan melakukan pemeriksaan sewajarnya sambil bertanyakan sejarah penyakit gadis kecil tersebut.

Tiada diagnosis tepat dapat dilakukan selepas pemeriksaan dan ujian darah peringkat awal.maka ujian seterusnya perlu dilakukan.sejajar itu anak gadis tersebut perlu terus berpuasa sehingga lawatan doktor berikutnya iaitu pada waktu malam.jam ketika itu lebih kurang pukul 4.45 petang.


Sebaik doktor berlalu, penjaga berkata kepada anak gadis ini.....belum boleh makan lagi...

Anak gadis hanya mengangguk...tiada protes..tiada rengekan.


Kagum saya melihat ketabahan anak gadis ini...di saat badan panas membahang (demam panas yang tinggi) serta perut tidak selesa pastinya tekak terasa dahaga.namun dia pasrah tanpa banyak bicara bila dimaklumkan perlu berpuasa hingga ke malam.


Anak ini adalah penghuni rumah jagaan kanak-kanak.dia ditemani seorang wanita yang saya yakin adalah pekerja di tempat tinggal tersebut (keduanya jelas dari etnik yg berbeza).
Yang jelasnya...anak yang bersendirian tanpa ibubapa ini sangat tabah...sangat kuat jiwanya...



Saat melihat wanita yang menemaninya mengelap badan untuk menurunkan suhu, saya terbayang...alangkah bertuahnya anak-anak yang masih memiliki ibubapa yang pastinya berada di sisi saat susah dan senang.terfikir...apakah yg bermain di fikiran anak gadis tersebut di saat itu...



Moga Allah memberi kekuatan kepadanya...walau apa agamanya, moga Allah menyembuhkan penyakitnya dengan segera.moga kehidupan anak gadis ini penuh dengan kebahagiaan...



Saturday, 25 April 2015

KELUARGA ITU REZEKI

salam sejahtera..

terbaca tips rezeki saudara Irfan Khairi tadi....
salah satu daripadanya
"dalam kita mengejar kekayaan, usah abaikan keluarga kerana keluarga itu juga adalah rezeki"

terkesan sekali.......
ramai antara kita yang mengabaikan ahli keluarga atas tiket mencari nafkah kewangan.saya sendiri ada kala terleka dengan kerja.
usah takut untuk mengaku kesilapan kerana apabila kita mengakuinya bermakna kita sedar akan kesilapan.seterusnya berusaha untuk memperbaikinya.

kadang-kadang kita mengambil mudah dengan rezeki 'keluarga' ini sehinggalah kita kehilangan sebahagian daripadanya.maka, sedarlah sebelum terlewat.bila sebahagiannya telah tiada, ia sudah terlewat.masa tak dapat dikembalikan.

dari sudut lain:
rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.bukan sekadar dalm bentuk duit atau harta benda.
- ahli keluarga yang harmoni
- kesihatan yang baik
- sahabat yang prihatin
adalah antara anugerah rezeki yang sering kita terlepas pandang.

teringat satu kisah...
seorang anak lelaki yang telah berkeluarga yang dibiarkan bersendirian menjaga ibu yang sakit tanpa sokongan adik beradik yang lain.
alhamdulillah isteri dan anak-anaknya memahami.namun beliau tetap kecewa kerana terasa bersendirian memikul tanggungjawab.bukan kerana tidak mahu menjaga ibunya tetapi sekadar mahukan perkongsian tugas.

sahabat juga tidak banyak membantu dari segi emosi.berpeluang berbicara dengannya....memberikan panduan dalam melayani kerenah ibu yang sakit dan agak terganggu fikiran berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui telah sedikit sebanyak memberi semangat dan cahaya baru untuk pemuda ini.

antara yang saya katakan adalah...rezeki kamu diberi peluang untuk menjaga ibu kamu ini.tidak ramai yang mendapat peluang seperti kamu.
rezeki kamu memiliki isteri yang mahu sama-sama menjaga ibu kamu tanpa merungut.
tengok juga rezeki yang Allah bagi kepada kamu bila kamu melayani ibu kamu ini.kamu mungkin tidak nampak dari segi kebendaan tapi tengoklah kepada anak-anak kamu (3 orang yang masih kecil).semasa anak-anak orang lain sakit, demam dan sebagainya, anak-anak kamu sihat sahaja.

wajahnya kelihatan berubah lebih bersemangat bila disebutkan tentang rezeki kesihatan anak-anak.sungguhlah...bagi ibubapa, anak-anak adalah sumber semangat dan kekuatan.

ada kalanya kita terlupa perkara asas sebegini.hanya pengalaman hidup yang dapat mengajar kita untuk melihat dengan skala yang lebih meluas.


kesimpulannya...
rezeki hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa.dalam kita berusaha memenuhi tuntutan rezeki kewangan, janganlah kita terabai rezeki anugerah terhebat buat kita iaitu 'rezeki berkeluarga'.
ramai yang tidak memilikinya.



semoga kita semua berada dalam limpahan rezeki yang dirahmati Allah.




Thursday, 5 March 2015

SPM BUKAN SEGALANYA

salam sejahtera....

keputusan SPM telah diumumkan.
ramai yang mencatat kecemerlangan...ramai yang tidak mencapai target dan ramai juga yang kecundang.
walau apa jua keputusan yang diperolehi,semestinya ia berkadaran secara langsung dengan tahap usaha diri pelajar tersebut.
usaha banyak...banyaklah hasilnya
usaha kurang...kurang juga hasilnya

bagi yang tidak cemerlang, tidak perlulah terlalu kecewa dengan apa yang diperolehi.pandang ke hadapan....sangat banyak jalan dan pilihan yang boleh diambil.jadikan apa yang telah dilalui sebagai iktibar.bangun dari kegagalan dan ciptalah kejayaan.

bagi yang mencatat kejayaan dengan deretan A, tahniah atas kejayaan itu.jadikan ia sebagai lonjakan untuk melakukan yang lebih baik.pilihlah haluan atau bidang yang diminati bukannya kerana nak ikut kawan atau kerana nak ikut hajat ibubapa.
melakukan sesuatu yang tidak kita sukai tidak akan membawa kita ke mana-mana melainkan penuh dengan tekanan dan kekecewaan.


bagi pihak ibubapa, terimalah apa saja keputusan yang diperolehi anak-anak dengan hati terbuka.berikan sokongan dan panduan untuk mereka terus memajukan diri.kejayaan dalam hidup tidak bergantung 100% kepada keputusan SPM....banyak lagi perkara yang perlu mereka lalui dan hadapi.
paling utama, marilah kita bersama-sama melengkapi diri anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.kejayaan hidup bukan sekadar berjaya dalam akademik dan kerjaya tetapi juga berjaya menjadi hambaNya yang hidup berlandaskan agama.


semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

MULAKAN LANGKAH BARU YANG LEBIH BAIK SETIAP HARI.

Wednesday, 7 January 2015

SEDARKAH, UJIAN INI UNTUK KITA SEMUA?

salam sejahtera....

moga 2015 hadir bersama rahmat dari Allah buat kita semua setelah diuji dengan ujian hebat penghujung 2014.
mungkin secara kasar kita melihat keperitan dan ujian itu terhala kepada mangsa-mangsa banjir besar namun hakikatnya, ia ditujukan kepada kita semua....satu negara...rakyat dan pemimpin.

mangsa diuji dengan kehilangan...
kehilangan harta benda..
kehilangan tempat tinggal..
kehilangan ahli keluarga..
kehilangan sumber pendapatan...

moga mereka tabah dan mampu melepasi fasa kesukaran ini dengan bantuan dan sokongan kita semua.

kita yang jauh dari mereka...
teruji dengan penyebaran berita palsu..
teruji dengan bahasa yang tidak indah ditulis di FB dan group..

keimanan dah keikhlasan kita semua teruji...
pasca banjir...
ramai yang membantu...
namun di celah-celah itu ada yang was-was...bimbang duit yang disumbangkan disalah guna...

di kalangan yang dibantu...
ada kisah monopoli bantuan oleh sesetengah penerima...moga ianya hanya segelintir.kesukaran sama-sama dilalui maka biarlah bantuan yang sampai itu juga sama-sama dikongsi.
InsyaAllah banyak lagi yang akan tiba.




dipertontonkan kepada kita di penghujung 2014...
tiada yang mustahil bagi Allah...

bak kata sahabat saya...
"dah 50 tahun di sini...rumah kami tak pernah kena banjir...tapi kali ini kena teruk"

saya tiada saudara mara di kawasan yang dilanda banjir namun punya ramai sahabat di sana...sahabat yang melalui fasa kehidupan muda bersama...satu kuliah...satu asrama...satu kelas...bertahun-tahun bersama..sahabat ibarat saudara.di sana susah, di sini resah.

*yang bertugas berterusan di bilik gerakan banjir walau rumah sendiri dinaiki air
*yang berat hati untuk keluar dari kawasan kerana on-call keesokannya sedangkan air makin mencecah lantai rumah
*yang putus hubungan dengan ibubapa sejak hari pertama banjir melanda
*yang berusaha membantu orang lain dalam keadaan diri sendiri terperangkap
*yang bertungkus lumus memberi rawatan kepada yang memerlukan
*yang meredah air berarus deras memanjat 4WD menghulurkan bantuan kepada mangsa dan esoknya kembali ke dewan bedah meneruskan tugasan



moga Allah merahmati anda semua dan semua petugas lain yang bertungkus lumus membantu memberikan yang terbaik kepada mangsa banjir..

pasca banjir...proses pemulihan yang pastinya mengambil masa yang panjang.mari kita bersama terus membantu...banyak saluran yang boleh digunakan.tidak mampu banyak,kita beri sekadar yang ada asalkan ikhlas.




semoga apa yang berlaku kali ini membawa perubahan dalam jiwa kita..berubah kepada yang lebih positif.
menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya.


dari lensa orang lain yang saya ambil di fb dan page
(moga tuan punya gambar-gambar ini rela hati hak milik mereka dikongsi di sini)

boleh merasa debaran di hati mereka


atas & bawah
paras air banjir yang 'amazingly' tinggi

 total loss

 homeless & helpless


Tuesday, 23 December 2014

BANJIR BESAR DI PANTAI TIMUR

Salam sejahtera...
Sejak semalam group wassap dan telegram saya dipenuhi berita banjir besar di pantai timur semenanjung.hari ni keadaan menjadi semakin teruk.


Sahabat-sahabat sepengajian ramai yang bernastautin di pantai timur...risau dan sedih melihat gambar-gambar yang dihantar oleh mereka.


Fenomena air pasang besar yang bertembung dengan hujan berterusan menjadikan air cepat naik dan melimpah ke serata kawasan.
Khabar terkini, kawasan utara semenjung juga mungkin dibanjiri air yang melimpah dari selatan Thailand.tambahan pula dengan situasi paras empangan air yang meningkat.


Moga Allah melindungi kita semua.moga hujan berkurangan dengan segera dan paras air dapat surut dengan cepat.

Dalam situasi banjir besar seperti ini bekalan air bersih menjadi masalah utama.selepas banjir juga biasanya bekalan air tidak pulih dengan cepat terutama sekali jika kawasan tangki air turut terlibat banjir.ini yang berlaku di kampung saya pada 2010.


Semoga semua yang terlibat dengan banjir dapat menerima ketentuan ini dengan penuh ketabahan..
Jaga keselamatan diri dan keluarga...jaga kesihatan dengan sebaik mungkin.penyakit berjangkit mudah merebak walau selepas banjir reda.

Terus kita berdoa semoga musibah ini berakhir dengan segera....








Saturday, 20 December 2014

DEBARAN DI FINAL AFF SUZUKI

Salam sejahtera....

Sunyi saja di depan rumah malam ni...biasanya bising dengan bunyi motor budak-budak muda melepak..
Malam ni semua hadap tv gamaknya.tengok final AFF SUZUKI.
saya pun sama....


Now...gooollll!!!!
Yang ke 3 utk Malaysia malam ni....

Tapi belum selamat lagi...masa masih panjang....moga pemain Malaysia dapat terus bermain dengan cemerlang.
Separuh masa pertama banyak kelekaan dan kekasaran...harapnya separuh masa ke 2 ni semua lebih fokus...


Encik suami dan anak bujang pastinya tengah jerit pekik kat stadium...
Nak sambung tengok bola dulu...





Friday, 19 December 2014

REZEKI KITA SEBENARNYA MILIK SIAPA?

salam sejahtera...

hari ni saya nak berkongsi cerita....
cerita tentang hakikat rezeki dalam kehidupan kita.
tentang aturan Allah dalam perjalanan hidup kita.



berdasarkan kisah benar yang baru dialami...

suatu petang, seorang lelaki dalam kesibukan urusan kerja hariannya telah singgah di sebuah outlet mesin ATM yang terletak di pusat membeli belah untuk mengeluarkan wang.

setibanya di situ, terdapat pekerja syarikat keselamatan sedang berurusan dan outlet ditutut untuk sementara.sementara menunggu, lelaki ini masuk ke pusat membeli belah dan meninjau kedai jam.memang lelaki ini sedang mencari jam baru dan kebetulan kedai jam tersebut mengadakan promosi jualan dengan potongan sehingga 50%.sibuk memilih yang berkenan di hati. dia mendapat jam dengan rekabentuk diingini namun warna tidak bertepatan.ada yang dengan warna yang dihajati namun rekabentuk pula tidak bersesuaian.puas membelek, tiada yang menepati citarasa lelaki ini secara total.

dalam berlegar di situ dia disapa oleh pengawal keselamatan pusat membeli belah tersebut.rupanya pengawal tersebut mengenali lelaki ini dan telah memerhatinya sejak dari awal.
mereka berbual dan lelaki ini kemudiannya mengajak pengawal untuk minum di kedai berhampiran sementara menunggu untuk berurusan di mesin ATM.dalam mereka berbual itu, pengawal ini berkata yang beliau tidak mempunyai telefon dan kerana itu beliau sukar berhubung dengan kawan-kawan lama.

seperti ada satu dorongan dalam hatinya....lelaki ini bangun dan meminta pengawal itu tunggu sebentar di meja makan.alasannya dia ingin ke bilik air.namun sebenarnya lelaki ini menuju ke kedai telefon berhampiran dan terus membeli sebuah telefon bimbit biasa (bukan smartphone).sejurus dia kembali ke meja makan dan telefon itu diserahkan kepada pengawal tersebut.

lelaki itu kemudiannya ke mesin ATM semula untuk berurusan namun mesin pula mengalami kerosakan dan alarm berbunyi kuat.tidak selesa dengan bunyi yang kuat dan tidak tega menunggu,lelaki itu kembali kepada pengawal tadi. dilihatnya pengawal tersebut sedang membelek telefon dan memasukkan kad sim.
berbual seketika, mereka kemudian berpisah meneruskan tugasan masing-masing.






kesimpulannya:

lihat bagaimana Allah mengaturkan pergerakan lelaki tersebut.....digerakkan untuk ke mesin ATM di bangunan tersebut...mesinnya pula sedang diselenggara....ingin membeli jam tetapi tidak menepati citarasa...kemudian bertemu si pengawal keselamatan tersebut dan didorongkan hati lelaki itu untuk membeli telefon kepadanya.

tujuan asal untuk mengeluarkan wang di ATM tidak pun dapat dilakukan.


lihat juga bagaimana rezeki yang Allah berikan kepada pengawal keselamatan itu...hanya bermula dengan menegur teman lama.
mungkin setiap hari dalam doanya, si pengawal keselamatan itu memohon kepada Allah...maka akhirnya Allah menghadirkan rezeki kepada beliau melalui teman yang sudah bertahun tidak ditemui.




maka dalam setiap detik kehidupan kita, usah kita lalai dan leka dengan apa yang dimiliki.ingati Allah setiap waktu.sesungguhnya perjalanan hidup kita hanya Dia yang mengetahui.namun usah pula sekadar menadah tangan berdoa tanpa sebarang usaha.

berusaha/bekerja disertai doa dan kemudian bertawakkal kepadaNya....
moga hidup kita sentiasa dirahmatiNya.





Monday, 15 December 2014

GATAL MIANG MEXICO....BUKAN SEKADAR GATAL BIASA

salam sejahtera..

beberapa minggu kebelakangan ini kita dibawakan dengan penemuan tumbuhan yang merbahaya kepada manusia dan haiwan.
tumbuhan yang kelihatan seperti tanaman hiasan kerana mempunyai bentuk daun dan bunga yang menarik ini dikenali dengan nama Miang Mexico.nama saintifiknya adalah Parthenium Hysterophorus.daunnya kelihatan seperti daun Ulam Raja namun bentuk bunga adalah berbeza.
ia tersebar melalui udara menjadikan kadar penyebarannya adalah tinggi dan sangat cepat.

 rumpai miang mexico

bunga miang mexico



pokok ulam raja

bunga ulam raja



bahan kimia di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 'parthenin' menjadi punca berlakunya tindakbalas alahan.
pendedahan kepada Miang Mexico boleh menyebabkan seseorang itu mengalami:

* kegatalan kulit
* allergic rhinitis (alahan hidung/pernafasan)
* asthma
* allergic bronchitis
* pernafasan tersekat/sempit
* bintik hitam dengan rasa panas sekeliling mata
* cirit birit


pada haiwan ternakan yang termakan rumpai miang mexico ini, ia turut menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang dan hati serta penurunan pengeluaran susu.





kesan kegatalan pada kulit adalah serius dan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.





awasi kawasan sekeliling rumah dan padang permainan yang sering dikunjungi anak-anak kita.elakkan daripada menyentuh rumpai ini secara langsung.sekiranya anak-anak mengadu mengalami kegatan kulit selepas bermain di padang mainan sila tinjau kawasan tersebut untuk memastikan puncanya.

jika terdapat rumpai miang mexico ini di kawasan rumah, ia boleh dicabut namun pastikan kita menggunakan sarung tangan getah,kasut yang sesuai serta penutup hidung/mulut (mask) untuk mengelakkan berlakunya tindakbalas alahan.

pokok-pokok yang terlalu banyak dan matang boleh dihapuskan dengan penggunaan racun rumpai namun ia tidak mudah mati seperti rumpai biasa dan kadangkala memerlukan semburan berulang.



bagi orang yang gemar berkebun dan menanam pokok bunga seperti saya memang agak mudah terpedaya dengan kecantikan pokok dan bunganya....namun perlu lebih berhati-hati selepas ini.