Monday 21 July 2014

PENDARAHAN BERLEBIHAN SELEPAS BERSALIN

salam sejahtera..

kelahiran bayi adalah satu detik yang sangat membahagiakan pasangan suami isteri.namun bukan semua kelahiran berlaku secara lancar tanpa sebarang masalah.
salah satu masalah yang boleh timbul adalah pendarahan berlebihan selepas bersalin (POST PARTUM HAEMORRHAGE/PPH).
pendarahan berlebihan adalah bila volum darah lebih daripada 500 ml.
ia disebut sebagai minor jika mencecah 1000ml dan major sekiranya melebihi 1000ml.

pendarahan berlebihan selepas bersalin ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1.primer
berlaku dalam masa 24 jam selepas kelahiran

2. sekunder
berlaku selepas 24 jam kelahiran sehingga 6 minggu tempoh berpantang

punca pendarahan berlebihan selepas bersalin
1.rahim gagal mengecut
2.kecederaan/luka
3.tertinggal uri/serpihan uri atau darah beku yang banyak
4.masalah pembekuan darah

pendarahan sekunder biasanya disebabkan oleh:
1. jangkitan dalam rahim (endometritis)
2. tertinggal sebahagian daripada uri atau membran


antara faktor risiko yang boleh membawa kepada berlakunya pendarahan berlebihan selepas bersalin:
1. pernah engalami pendarahan semasa hamil
2. uri di bawah (placenta praevia)
3. uri lekang sebelum kelahiran berlaku (abruptio placenta)
4. kandungan kembar
5. kandungan ke 5 dan ke atas
6. air ketuban berlebihan (polyhydramnions)
7. darah tinggi semasa hamil dan pre eklampsia
8. pernah mengalami pendarahan berlebihan semasa kelahiran sebelumnya
9. ibu yang obese
10. rahim yang tidak normal (mengganggu pengecutan rahim)
11. masalah dengan sistem darah sejak sebelum hamil (anaemia,haemophilia dsb)

selain itu,faktor seperti berikut juga boleh meningkatkan risiko pendarahan berlebihan:
1. bersalin secara pembedahan 
2. tertinggal uri
3. bersalin paksa (induced labour)
4. bersalin menggunakan bantuan peralatan seperti forcep/vakum
5. sakit bersalin yang panjang (lebih dari 12 jam)
6. bayi besar (lebih dari 4 kg)


apabila berlaku pendarahan berlebihan selepas bersalin,nyawa ibu berada dalam bahaya.ia perlu ditangani dengan segera oleh doktor bertauliah.
proses pemulihan ibu-ibu ini juga biasanya agak lambat berbanding kelahiran tanpa komplikasi.




Shaklee menyediakan beberapa suplemen lengkap yang boleh diambil oleh mana-mana ibu selepas melahirkan untuk memulihkan kesihatan dengan segera dan selamat.




                                    SAYA NAK SET BERSALIN LENGKAP SHAKLEE








These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Friday 18 July 2014

BISUL (ABSCESS)

salam sejahtera buat semua..

anda pernah kena bisul/abscess? mesti ramai yang dah pernah alami..kecil atau besar,tetap menyakitkan.

apa itu bisul?
bisul adalah satu proses pengumpulan nanah di dalam tisu badan yang berpunca dari jangkitan bakteria.kawasa yang terlibat akan menjadi merah,panas,bengkak dan sakit.
jika bisul berlaku di bahagian dalam badan contohnya di abdomen,hati atau otak,akan ada tanda-tanda lain seperti demam berpanjangan serta kelesuan,rasa tidak selesa atau sakit pada bahagian terlibat juga boleh berlaku.bagi bisul di dalam otak,pesakit boleh mengalami lemah anggota badan di kawasan yang terbabit.

google pic

bagaimana bisul berlaku?
1. kemasukan secara terus (direct) oleh organisma ke dalam tisu badan
2. kuman yang merebak dari jangkitan di kawasan berhampiran
3. jangkitan yang merebak melalui saluran limfatik atau saluran darah

kenapa bisul berlaku?
1. daya tahan badan yang lemah
2. kehadiran bendasing
3. sekatan pada aliran yang normal contohnya sekatan pada saluran kencing
4. kederaan tisu
5. kehadiran tisu yang rosak atau pengumpulan darah beku

google pic

bila berlaku pembentukan nanah dan kerosakan/kematian tisu di sekelilingnya, tisu konektif yang mempunyai banyak saluran darah akan mengelilingi kawasan kerosakan tisu terbabit untuk mengawal jangkitan daripada merebak ke kawasan lain.

bagaimana bisul di diagnosa?
1.di kawasan kulit,pemeriksaan fizikal akan mengesahkannya
2. bagi bisul di kawasan yang lebih dalam seperti abdomen dan otak,ultra sound, CT Scan dan MRI dapat membantu

rawatan
1. antibiotik untuk bisul yang ringan di kulit
2. bisul yang lebih besar dan di kawasan dalaman, pembedahan untuk mengeluarkan nanah diperlukan.


NOTA:
pesakit kencing manis lebih mudah mengidap bisul kerana daya tahan badan menjadi lemah.jika anda kerap mengalami bisul,sila periksa kandungan gula di dalam darah anda.

tingkatkan daya tahan badan dengan pengambilan makanan yang seimbang.

Vitamin C Shaklee mampu membantu meningkatkan daya tahan badan terhadap jangkitan dengan syarat ia diambil secara berterusan.


Jika anda mengalami Kencing Manis,pastikan paras gula sentiasa terkawal.
VIVIX boleh membantu dalam mengawal paras gula anda dan juga memperbaiki sel-sel badan anda.






These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
 IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

MH17 TERHEMPAS

salam buat semua...
lagi kisah sedih pesawat MAS selepas kehilangan misteri MH370 yang masih belum selesai.

Boeing 777. MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 krew dalam perjalanan dari Armstedam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine-Rusia dipercayai ditembak jatuh.laluan yang diambil oleh MH17 adalah laluan biasa bagi pesawat namun berada di kawasan bergolak, MH17 telah menjadi sasaran.

masih mengikuti perkembangan terkini di media masa.

moga semua ahli keluarga yang terlibat dapat menempuh detik ini dengan tabah.



Tuesday 15 July 2014

PROMOSI VIVIX 2014

salam sejahtera untuk semua yang hadir di sini..
terimakasih dengan kunjungan anda..

memasuki pertengahan Julai....cepat saja masa berlalu.
promosi Julai masih berlangsung..
VIVIX...beli 6 percuma satu.
promosi yang sangat berbaloi untuk direbut.
kenapa?
sebabnya:
1. khasiat VIVIX yang sangat banyak dan sangat tidak wajar untuk diabaikan andainya kita mementingkan kesihatan dan mahu sentiasa sihat dan cergas.

2. harga yang ditawarkan untuk promosi ini adalah sangat berbaloi jika dibandingkan dengan harag jualan biasa untuk sebotol VIVIX.

3. belian set promosi ini melayakkan anda untuk mendapat keahlian percuma secara aotomatik dan layak juga menerima bonus tunai dari Shaklee yang akan dibayar kepada anda pada pertengahan bulan Ogos.


keuntungan dari segi nilai ringgit untuk belian set promosi VIVIX Shaklee:
*harga jualan biasa VIVIX adalah RM 475 .
Jika anda beli sebotol sebulan maka modal adalah RM3325 untuk 7 botol, tapi dengan belian promosi ini anda dapat 7 botol pada harga RM 2280 sahaja....dah untung RM1045 di situ (untuk pengguna jangka panjang).
kalau beli harga ahli pun RM380 x 7 botol = RM 2660
masih untung/jimat RM380 (sebotol vivix) dengan belian set promosi.
* RM 75 (keahlian percuma)
* nilai UV adalah sebanyak   708 UV.. maka bonus tunai anda adalah sekitar RM 200+  

maka jumlah penjimatan anda adalah sebanyak RM ???? (jimat 4 angka)
sila hitung sendiri....banyakkan?




jika anda tidak mahu keluarkan modal yang banyak (NAMUN BERBALOI) ini,anda masih boleh membeli pada harga ahli dengan mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu 
atau
beli 2 botol VIVIX untuk keahlian percuma.

rujuk:

selamat bertindak cemerlang..




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Sunday 13 July 2014

SEMBANG RAMADHAN


salam buat semua..
dah berada di pertengahan Ramadhan hari ni...
moga semuanya sejahtera...
ramai yang dah sibuk buat persiapan hari raya kan?
semalam keluar ke pekan waktu tengah hari...tengok shopping complex dah sesak.ada yang pasang lagu raya...terasa meriahnya.keluar semalam cari baju untuk kaum lelaki kat rumah ni...haiii....sabaq ja laahhh...punya lama nak pilih baju depa.
dari tengah hari sampai petang...dapatnya..jeans untuk abahnya & satu t shirt untuk anak teruna...tambahan..satu jeans untuk anak dara..
kemudian ummie sempat capai satu sling bag untuk anak dara kecik...itu saja....ponat dennn....
budak kecik tak sabar2 nak raya...dapat sling bag terus sibuk nak kutip duit raya.minta kat abahnya dulu.
masa berhenti kat bazar ramadhan sempat lagi dia ajak abahnya pergi rumah orang kat tepi2 bazar tu...nak beraya...hehehe...sabaq cek oii...posa tak habis lagi.

solat semua kot jalan ja....balik rumah ngam2 waktu berbuka..malam dok rumah sajalah...tak daya nak meronda lagi...mata pun kuyu...budak kecik ja yang segar memanjang.
abahnya sempat lagi entertained kawan kat rojak popular bulan Ramadhan ni..pukul berapa balik pun tak tau...ummie buka pagar ja...tak tengok jam.
dan untuk pertama kalinya...termiss sahur malam tadi..sedar2 dah jam 6 pagi...selamat..


***bau makanan sedap2 dah mula merebak dari bazar ramadhan ke dalam ofis ni...hishhh...


Wednesday 9 July 2014

MANFAAT VIVIX

salam...
tiada yang lebih bermakna daripada dianugerahkan kesihatan yang baik...

kali ini kita lihat tentang golongan yang boleh mendapat manfaat daripada VIVIX Shaklee.
Vivix sesuai diambil oleh semua golongan yang berusia 18 tahun ke atas.
namun ibu hamil dan ibu menyusu tidak digalakkan untuk meminumnya.
Ia bukan sahaja elok untuk membantu menyembuhkan penyakit malah lebih utama berfungsi dalam mencegah penyakit-penyakit berkaitan kerosakan sel akibat proses penuaan (ageing process).


golongan yang mendapat manfaat dari pengambilan Vivix Shaklee:
* pesakit kencing manis
* pesakit jantung
* pesakit darah tinggi
* pengidap SLE
* pengidap barah atau yang mempunyai ahli keluarga yang mengidap barah
* pengidap gout atau sakit-sakit sendi yang lain
* perokok (boleh membantu berhenti merokok)
* pengidap Alzheimer's Disease
* pesakit strok
* untuk awet muda
* membantu kesuburan lelaki dan wanita
* lelah/asthma
* masalah rabun penglihatan
* kelesuan
* untuk kesihatan umum








These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

CARA MINUM VIVIX SHAKLEE

salam penuh keberkatan...
moga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

VIVIX Shaklee...

minuman tonik kesihatan terbaik untuk semua.
dah minum?
atau masih keliru tentang cara minum?
mudah saja sebenarnya.

pastikan VIVIX anda disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan khasiatnya.
goncang botol sebelum minum.
tuangkan sebanyak satu sudu teh.
minum....
boleh dicampur dengan air...terpulang kepada masing-masing.
boleh diminum sebelum atau selepas makan.
ada yang minum sebelum sarapan atau selepas sarapan...ada juga yang minum sebelum tidur.
mana-mana pun boleh..
cuma pastikan anda minum air masak yang mencukupi iaitu sekitar 3 liter sehari supaya badan dapat berfungsi dengan sempurna.

satu botol mengandungi 150 ml VIVIX...dengan pengambilan 1 sudu kecil sehari,ia boleh bertahan selama sebualan.
rasanya?....tak ada rasa pelik-pelik.
rasa seperti ribena yang pekat...masam manis.

selamat minum untuk semua..
HANYA YANG TERBAIK DARI SHAKLEE



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Tuesday 8 July 2014

BELIAN SECARA TERUS

SHAKLEE SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMUDAHKAN PELANGGANNYA.

KINI SHAKLEE HADIR DENGAN APLIKASI BARU  "esell".
IA MEMBOLEHKAN PENGGUNA MEMBELI SECARA TERUS DARI PIHAK SHAKLEE DENGAN MENEKAN (KLIK) LINK YANG DIBERI OLEH PENGEDAR (SID).

SEMUA URUSAN BAYARAN (DEBIT @ CREDIT CARD) ADALAH SECARA TERUS ANTARA PEMBELI DAN PIHAK SYARIKAT.MAKA PEMBELI TIDAK PERLU RISAU TENTANG KETELUSAN PENGEDAR.PENGIRIMAN BARANG JUGA AKAN DIBUAT OLEH PIHAK SHAKLEE 
KE RUMAH PEMBELI.

APABILA ANDA KLIK KEPADA LINK YANG DIBERIKAN,ANDA AKAN TERUS DIBAWA KE LAMAN WEB SHAKLEE..
ANDA BOLEH MENGGUNAKAN BAHASA MALAYSIA ATAU BAHASA INGGERIS.
IKUT SEMUA ARAHAN YANG DIBERIKAN.
PILIH BARANGAN YANG DIKEHENDAKI.

SELAMAT MEMBELI BELAH DI LAMAN NIAGA SHAKLEE.
KLIK LINK DI BAWAH



APABILA ANDA MEMBELI DARI LINK INI,ANDA ADALAH SECARA AUTOMATIK MENJADI PELANGGAN SAYA DAN
BERHAK MENDAPAT KHIDMAT NASIHAT PERCUMA DARI SAYA.

SEBARANG MASALAH ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA SECARA
SMS/WASAP: 0107796751
PM DI FB ieda abdullah




KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE

salam kebahagiaan buat semua...
menghampiri pertengahan Ramadhan..moga kita semua sihat dalam menjalani ibadah puasa ini.

sempena Ramadhan ini Shaklee membawakan promosi istimewa untuk semua pelanggannya.
VIVIX...beli 6 percuma 1.
banyak nilai dalam belian promosi ini....sebelum tengok tentang nilai belian lebih baik kita tengok kelebihan & nilai-nilai kebaikan yang ada dalam VIVIX Shaklee ini.

apakah VIVIX?

vivix adalah suplemen eksklusif yang telah dipatenkan yang mengandungi polyphenol resveratrol iaitu sejenis phytonutrient  yang bersifat antioksida yang kuat.Ia diperolehi dengan banyak dari anggur merah terutamanya dari bahagian kulit dan bijinya.resveratrol juga boleh didapati dalam buah-buahan beri yang lain namun dalam kuantiti yang lebih rendah.Vivix juga mengandungi Ellagic Acid dan Anthocyanin.

MUSCADINE GRAPE digunakan sebagai sumber utama sebatian polyphenolnya. Muscadine Grape adalah tumbuhan semualajadi yang mengandungi polyphenol unik dan berkualiti tinggi.Ia mampu hidup dalam cuaca yang ekstrem dan tahan menghadapi jangkitan bakteria dan fungus.berbanding anggur lain,muscadine adalah tumbuhan yang sangat tahan lasak.
Muscadine mengandungi bilangan kromosom yang berbeza iaitu 20 pasang (lain2 anggur mengandungi 19 pasang kromosom).Ini menjadikan bahan phytochemicalnya berbeza dan lebih berkualiti.

kelebihan muscadine grapes:
*kandungan resveratrol 6 kali lebih tinggi daripada anggur lain
*mengandungi Ellagic acid (tidak terdapat dalam anggur lain)
*kandungan fiber/serat yang lebih tinggi berbanding beras dan oat
*mengandungi Quercetin yang tinggi (sejenis flavonoid)
*sifat antioksidanya 40 kali lebih tinggi daripada anggur lain


Apa itu Ellagic Acid
*sejenis bahan kimia tumbuhan (phytochemical)
*anti-oksida
*anti kanser - 
kajian makmal menunjukkan ia mampu membunuh sel kanser. 
Ia juga mengurangkan kesan oestrogen dalam menggalakkan pertumbuhan sel kanser payudara
dipercayai membantu hati mengeluarkan bahan-bahan yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser dari badan.
*mengurangkan kejadian sakit jantung,kerosakan hati,mencegah pembentukan janin yang tidak normal dan mempercepatkan penyembuhan luka

Bagaimana VIVIX bertindak
secara umumnya,Vivix bertindak dalam empat mekanisma utama sel iaitu meningkatkan sistem pertahanan sel,meningkatkan tenaga sel,meningkatkan baik pulih sel dan meningkatkan aktiviti sel.


Ia melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA sel, meningkatkan bilangan mitokondria sel untuk peningkatan tenaga dalam sel dan mengurangkan pembentukan AGE protein.

apa itu AGEs protein?

AGEs adalah singkatan kepada Advanced Glycation Endproducts iaitu bahan yang terhasil akibat penyatuan molekul gula (fruktos atau glukos) dengan molekul lemak atau protein tanpa kehadiran enzim.Ia boleh berlaku di dalam badan atau di luar badan.

terdapat banyak jenis endproducts yang menyebabkan pelbagai kerosakan kepada sel tubuh manusia seperti:
* penyakit cardiovascular (kerosakan saluran darah serta lapisan kolagen)
* Alzheimer's disease
* kanser
* hilang penglihatan
* hilang pendengaran
* kerosakan saraf (kebas)
* strok
* darah tinggi
* kencing manis
* proses penuaan yang cepat

Gabungan resveratrol dan phytonutrient lain  di dalam VIVIX Shaklee mampu mengurangkan proses pembentukan AGEs protein ini.



tidak perlu menunggu sehingga jatuh sakit...dapatkan pencegahan berkesan dengan mengamalkan pengambilan VIVIX setiap hari.

Anda boleh beli sendiri VIVIX dari link di bawah






These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Wednesday 2 July 2014

RESEPI ESP SHAKLEE UNTUK SAHUR


salam...
moga anda sihat dan bahagia....

alhamdulillah....dikurniakan kesihatan yang baik.kesihatan adalah antara perkara penting dalam kehidupan kita.klau dah dihinggapi penyakit, segala yang lain kelihatan suram.hanya iman yang menjadi kekuatan.moga yang selalu mengidap sakit ulu hati @ gastrik juga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ini.

ESP Shaklee boleh membantu menghilangkan gejala gastrik anda jika diambil semasa sahur.
saya tidak mengalami gastrik yang teruk.hanya sekali sekala jika terlalu lewat makan.masalah bermula semasa belajar..maklumlah jadual kelas sentiasa padat.sepanjng berpuasa sebelum ini saya mengamalkan meminum susu tepung semasa bersahur.maka perut tidak terganggu.namun dengan adanya produk Shaklee,saya beralih kepada ESP kerana sudah pasti ianya tidak mengandungi gula berbanding susu tepung.

ini adalah juadah sahur awal pagi tadi..
sebelum masak sahur untuk ahli keluarga yg lain, saya ambil cinch energy tea mix untuk menambahkan tenaga.
dah selesai semua baru saya sediakan minuman ini...


gabungan ESP (3 sudu),milo (1 sudu),kurma (saya guna 2 biji shj) dan timun (beberapa hiris)..kenapa tambah timun?kerana ada banyak khasiat dalam timun ni.lagipun ia menambahkan kandungan serat dalam minuman.blend semuanya dengan menambah air masak.saya buat cukup2 satu mug tersebut.agak pekat tapi senang diminum sebab tak banyak.kemudian tu cuma minum air kosong sebagai tambahan.perut rasa selesa..tidak padat & tidak juga lapar.

yang dah ada ESP boleh cuba.milo tu terpulanglah kepada diri masing-masing.tak letak pun tak mengapa.tapi jangan guna banyak-banyak sebab manis.
yang belum ada ESP boleh order sekarang.
hubungi saya seperti di bawah.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Tuesday 1 July 2014

CINCH ENERGY TEA MIX

salam sejahtera...

berpuasa hari ke 3 berbeza dengan hari ke 2...
agak mengantuk hari ni.
puncanya?
tak minum Cinch Energy Tea Mix masa sahur tadi...kalut-kalut masak (terlebih menu) terus makan.
Cinch biasanya saya minum masa perut kosong.selesa begitu....kata nak kurangkan inci kannn....
ESP baru nak bawa balik dari ofis hari ni...bukan terlupa tapi semalam hujan lebat.leceh nak angkut barang banyak-banyak ke kereta (parking jadi jauh sebab ada bazar ramadhan).

maka sahur nanti adalah seriously weight management diet...(iyer...iyer la tu)
"cinch inch loss" 

nak sama-sama merasai kehebatan Cinch Energy Tea Mix?
hubungi saya seperti di bawah.
FREE!!!......
  *
  *
  * 
  *
  *
  *
  *
...consultation..(hihihi)

kalau nak beli sendiri pun boleh...klik link di bawah dan ikut arahan yang diberikan.

SAYA SUKA SEMUA TENTANG CINCH



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah