Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, 12 May 2016

DUA PERKARA PENTING UNTUK BERAT BADAN IDEAL

salam sejahtera...
selamat pagi.

dah sarapan? selamat berpuasa kepada yang berpuasa.sesungguhnya berpuasa adalah satu cara untuk mengawal berat badan dan langkah detoks yang sangat berkesan.untuk anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan boleh amalkan berpuasa 2 kali seminggu secara konsisten.


TIPS DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL



dalam usaha mengawal berat badan serta mencapai berat yang ideal, ada dua perkara penting yang perlu kita lakukan.









1. KAWAL PEMAKANAN

* minimakan atau hentikan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat (nasi, roti, kuh muih, pasta, biskut serta semua makanan berasaskan tepung).
gantikan dengan protein dan makanan yang mengandungi lemak yang sihat.
di dalam badan, karbohidrat akan ditukarkan mnjadi gula.

*minimakan pengambilan gula ringkas dalam makanan dan minuman.

*kehadiran gula yang tinggi dalam darah akan meningkatkan paras insulin.
Insulin itu sendiri adalah penggalak kepada penyimpanan lemak di dalam badan kita.semakin banyak insulin dikeluarkan semakin banyak lemak tersimpan. maka semakin bertambahlah berat badan kita.





*pengambilan serat yang tinggi membantu usus kita bekerja dengan sempurna dalam menyingkirkan sisa kumuhan.









2.KAWAL STRESS

                                   

* stress atau tekanan meningkatkan paras hormon CORTISOL dalam darah.
bila paras hormon ini berada dalam keadaan yg tinggi ia meningkatkan penyimpanan lemak (visceral fat). 
kebanyakan visceral fat tersimpan di bahagian perut (abdomen).
* lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stress mengikut kesesuaian masing-masing.
senaman, yoga, berkebun adalah antara aktiviti sihat yang boleh mengurangkan tekanan.










KESIMPULANNYA:

MAKANAN RENDAH KARBOHIDRAT DAN GULA + BEBAS TEKANAN (STRESS) = BERAT BADAN IDEAL.


jom sama-sama usahakan...
moga berjaya.





Wednesday, 13 January 2016

"APPLE SHAPE"....BAGAIMANA MENGATASINYA?

Salam sejahtera:

tak kira lelaki atau perempuan, kawasan yang menjadi tumpuan utama lemak berlebihan berkumpul adalah di bahagian abdomen.
tanpa kawalan, ia akan menjadikan badan kita berbentuk seperti buah epal.....(apple shaped).

kegemukan di bahagian abdomen meninggikan risiko untuk serangan jantung dan berlakunya penyakit-penyakit kronik seperti darh tinggi dan kencing manis.

lihat video di bawah yang diambil dari you tube untuk mengetahui antara cara yang mudah untuk mengurangkan saiz di bahagian abdomen seterusnya menghilangkan "apple shape".








Antara caranya adalah dengan mengawal pemakanan.
elakkan pengambilan karbohirat dan gantikan dengan pengambilan lemak sebagai sumber tenaga.

Karbohidrat yang tinggi akan menaikkan paras insulin seterusnya menggalakkan penambahan lemak di kawasan abdomen.
Berbeza dengan lemak di mana lemak tidak akan meninggikan paras insulin.

Lemak berasaskan haiwan seperti daging lembu dan ayam (terutamanya yang tidak diberi dedak) adalah antara lemak yang baik. Begitu juga dengan lemak daripada santan kelapa.Tidak perlu risau dengan paras kolesterol kerana kolesterol sebenarnya turut mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan sel tubuh badan kita.

Senaman juga perlu digabungkan untuk mendapat hasil yang sempurna...namun jika hanya mengharapkan senaman tanpa melakukan perubahan pada amalan pemakanan, ia akan menjadi sia-sia kerana hasilnya lambat dan tidak seberapa.

Di dalam video ini juga dinyatakan keperluan mengawal tekanan kerana tekanan yang berlebihan akan menghasilkan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak di bahagian abdomen.


Bersama kita berusaha melakukan perubahan untuk kesihatan yang lebih baik.









Tuesday, 14 April 2015

8 TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG

salam sejahtera...

sakit belakang
setiap hari kita akan berjumpa dengan orang-orang yang menghadapi masalah sakit belakang.tanpa mengira usia, ia boleh menyerang kana-kanak di awal persekolahan, remaja dan dewasa.


kebiasaannya sakit belakang disebabkan oleh posture atau kedudukan badan yang tidak sempurna.ia disebabkan oleh sikap,pekerjaan atau keperluan seperti pelajar yang setiap hari duduk terlalu lama.



TIPS MENGELAKKAN SAKIT BELAKANG


mencegah lebih baik dari merawat.sakit belakang ada kalanya membuatkan pengidap merasa tidak keruan dan mengganggu kualiti hidup seseorang.
jadi...
bagaimana caranya untuk kita mengelak daripada terkena sakit belakang ini?


1. pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul.
semasa duduk, sentiasa tegakkan badan.gunakan kerusi yang sesuai.ia sepatutnya mempunyai penyandar yang menyokong mengikut bentuk belakang kita.
apabial berdiri, juga berdiri dengan tegak.jika perlu berdiri lama kerana tuntutan kerja, pastikan kaki senitasa digerak-gerakkan untuk melancarkan pengaliran darah.


2. postur semasa tidur.
posisi tidur yang baik adalah secara mengiring.jika menelentang,boleh letakkan alas bantal pada bawah lutut untuk mengelakkan regangan otot di bahagian belakang.
tidur meniarap adalah sangat tidak digalakkan.ia menyebabkan postur tulang belakang terganggu dan boleh mendatangkan kesakitan.


3. senaman
jika belakang berada dalam eadaan sakit (ringan), kita perlu melakukan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan otot.ini dapat melegakan sakit belakang.


4. merokok
aktiviti merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan sukar membekalkan nutrient kepada tisu-tisu yang memerlukan terutamanya kepada cakera tulang belakang (spinal disc).ini akan mendatangkan kesakitan di bahagian belakang.


5. berat badan
berat badan yang berlebihan akan menyebabkan ketegangan di bahagian belakang.pastikan berat badan berada dalam julat yang ideal.


6. posisi semasa mengangkat benda berat
pastikan kita membengkokkan lutut semasa mengangkat benda berat.elak daripada membongkok kerana ia boleh mencederakan tulang belakang.
membengkokkan lutut dan mencangkung semasa mula mengangkat benda berat akan mengalihkan bebanan ke bahagian lutut dan melindungi keselamatan tulang belakang.


7. pakaian yang sesuai
i. elakkan kasut tumit tinggi kerana ia mengganggu postur tulang belakang.ketinggian tumit kasut seharusnya kurang daripada 2 inci.

ii. elakkan memakai jeans atau seluar yang terlalu ketat hingga menyukarkan pergerakan seperti untuk membongkok, berjalan dan duduk dengan selesa.


8.  dompet dan beg tangan yang sesuai
jangan biarkan dompet terlalu tebal kerana jika kita duduk dalam keadaan dompet tebal berada dalam kocek belakang, tulang belakang akan menjadi tidak selari dan akan mendatangkan rasa sakit.

untuk beg tangan, adalah lebih baik jika beg tangan mempunyai tali yang agak panjang dan boleh disilangkan ke leher dan bahu sebelah lagi.ini menjadikan berat beg tersebut disebarkan sama rata pada ke dua-dua belah bahu kita dan mengurangkan tekanan atau bebanan di belakang.



NAMUN
harus diingat, bukan semua sakit belakang disebabkan oleh ketegangan dan kedudukan yang tidak betul.
ada juga sakit belakang yang berpunca daripada penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser, jangkitan tuberkulosis, penyempitan saluran spina (spinal stenosis), cakera tergelincir dan sebagainya.

jika sakit terlalu kuat, berlarutan, atau disertai tanda-tanda lain seperti demam, hilang selera makan, kebas anggota badan dan sebagainya, perlulah dapatkan pemeriksaan daripada doktor bertauliah dengan segera.



jaga kesihatan tulang belakang...
elak lakukan pekara-perkara yang boleh mencederakan tulang belakang..





Saturday, 11 April 2015

BAU BADAN MELOYAKAN...BAGAIMANA MENGATASINYA?

salam sejahtera...

pernah tak anda rasa tidak selesa berada bersebelahan dengan orang lain hanya kerana bau badannya yang tidak menyenangkan?

pernah tak anda rasa seolah-olah bau badan anda mengganggu orang di sekeliling?

mesti pernah kan?
sebab tu ramai yang menggunakan minyak wangi dan deodoran....budak sekolah pun dah guna dua benda ni.lelaki dan perempuan sama sahaja.
saya pun guna minyak wangi juga....deodoran hanya zaman sekolah dulu.sekarang tak guna dah....
sebab dot...dot...dot....

setiap dari kita ini ada bau badan yang tersendiri.cuma bila bau yang bercampur dengan yang tidak enak itu...ia amatlah tidak disenangi.




KENAPA BADAN BERBAU



badan kita sentiasa menghasilkan peluh.jumlah peluh berbeza antara individu.peluh secara asalnya tidak akan memberikan sebarang bau yang tidak enak tetapi apabila ia bertindakbalas dengan bakteria pada kulit, barulah bau badan yang tidak enak itu muncul.



PUNCA BAU BADAN

1.kurang penjagaan kebersihan
2.makanan yang mengeluarkan bau yang kuat seperti bawang, rempah ratus dan minuman berkafein
3.pekerjaan yang menyebabkan banyak kekotoran melekat pada badan atau pakaian
4.penyakit kulit seperti jangkitan kulat pada kaki atau celah paha
5.obesiti


BAGAIMANA MENGATASI BAU BADAN?


perkara yang paling utama adalah memastikan kita tidak mengalami penyakit-penyakit yang merbahaya.
contohnya:
penyakit kencing manis serta hati yang rosak boleh menyebabkan badan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

jika was-was, sila dapatkan pemeriksaan daripada doktor bertauliah (ada yang palsu juga sekarang ni).

tanpa penyakit merbahaya, bau badan boleh diatasi dengan kaedah-kaedah berikut:

1. penjagaan kebersihan.
mandi atau bersihkan badan dengan sewajarnya.pada musim panas seperti sekarang,mandi sebanyak 3 atau 4 kali sehari adalah munasabah.

2. pastikan tiada jangkitan kulat terutamanya pada celah jari kaki.jangkitan kulat mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan apabila seseorang itu memakai stokin dan berpeluh.sila dapatkan rawatan untuk jangkitan tersebut.

3. minum banyak air kosong
air membantu proses perkumuhan iaitu mengeluarkan sisa yang tidak dikehendaki oleh tubuh melalui air kencing, najis dan peluh.

4. jaga pemakanan
elakkan makanan yang menghasilkan peluh yang berbau seperti bawang,rempah ratus serta minuman berkafein.

5. tambahkan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan pembentukan bakteria pada kulit.
antara makanan yang membantu membunuh bakteria ialah yang berasaskan ALFALFA dan rosemary.alfalfa juga bertindak sebagai agen pembersihan dalaman (detoks)

6. pembersihan usus
amalkan pengambilan probiotik secara berkala untuk menghapuskan kuman yang tidak elok di dalam usus.



BAU BADAN boleh menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.

jaga kebersihan dan pemakanan untuk mendapatkan bau badan yang segar.


Antara suplemen yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan adalah Alfalfa dan Zink (kajian menunjukkan orang yang mengeluarkan bau badan yang tidak enak mengalami kekurangan zink di dalam badan mereka).









Saturday, 28 March 2015

TIPS KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBAT

salam sejahtera...

kita relax tengok nota bergambar hari ni...

TIPS MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBATAN



1. kurangkan pengambilan garam (SODIUM)

2. lebihkan pengambilan potasium

3. berhenti merokok

4. berhenti pengambilan alkohol

5. senaman secara tetap

6. atasi stress

7. kurangkan berat badan

8. berhenti pengambilan kafein



SELAMAT MENJALANI HIDUP DENGAN SIHAT DAN CERIA




Monday, 22 December 2014

BIBIR BERDARAH BILA TERSENYUM....8 TIPS ELAKKAN BIBIR KERING DAN MEREKAH

salam sejahtera...

"bibir merah bak delima merkah"
ungkapan orag lama yang menggambarkan antara ciri kecantikan seorang gadis.

bibir mulut, antara anggota badan yang besar fungsinya kepada kita.namun tidak ramai yang betul-betul mengambil berat tentang kesihatan ibir mulut berbanding jumlah yang memberi perhatian terhadap kecantikannya.majoriti wanita remaja dan dewasa menggunakan gincu bibir untuk kelihatan lebih menyerlah.

namun berapa ramai antara kita yang tahu bagaimana untuk menjaga bibir mulut agar tidak kering dan merekah?bibir yang kering dan merekah amat menyeksakan.susah untuk makan dan bercakap malah untuk tersenyum juga mampu mendatangkan keperitan.


bagaimana menjaga bibir mulut agar sentiasa lembap dan sihat?bibir mulut mempunyai kulit yang nipis, tiada liang roma dan kelenjar yang boleh memberikan kelembapan semulajadi seperti kawasan kulit yang lain.maka semestinya ia perlu diberi perhatian yang teliti.

8 TIPS ELAKKAN BIBIR KERING DAN MEREKAH


1. elakkan cuaca yang terlalu kering dan panas.
jika berada di negara beriklim sejuk yang udaranya kering pastikan menggunakan attire atau pakaian yang turut menutup bibir mulut daripada terdedah kepada angin kering tersebut.
di bawah sinar matahari pula pastikan menggunakan pelembap bibir yang mempunyai pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF15.bibir mulut tidak mempunyai sel melanin yang memberi perlindungan terhadap cahaya secara semulajadi.



2. gunakan pelembap bibir yang sesuai
ada pelembap bibir yang mengandungi phenols dan minyak pepermint yang membolehkah kulit merekah dikeluarkan dengan cepat.namun ia sebenarnya tidak membantu pemulihan sebaliknya menjadikan bibir semakin kering dan merekah.
berhenti gunakan pelembap yang memberikan kesan seperti itu dengan segera.
guna pelembap berasaskan minyak dan yang mengandungi bahan seperti petrolatum,shea butter, cocoa butter, beeswax, minyak almond atau jojoba.pastikan pelembap bibir juga mengandungi pelindung matahari.



3. berhenti amalan menjilat bibir mulut
ia seperti melembapkan bibir tetapi sebenarnya menjadikan bibir semakin cepat kering kerana air liur yang melekat pada bibir mulut cepat terpeluwap ke udara dan menarik bersama kelembapan pada bibir mulut.semakin kerap menjilat bibir mulut, ia akan semakin cepat kering dan merekah.
enzim yang terdapat dalam air liur juga mampu merosakkan kesihatan bibir mulut.


4.  elakkan bahan kimia yang mendatangkan alahan 
bahan-bahan kimia ini boleh didapati di dalam gincu bibir atau pelembap bibir, contohnya phenyl salicylate dan propyl gallate.
bahan kimia seperti sodium lauryl sulphate di dalam ubat gigi, pencuci muka dan syampu juga boleh mendatangkan alahan kepada bibir mulut bila tersentuh.


5.  elakkan bernafas melalui mulut
ia bukan sahaja menjadikan bibir mulut kering dan merekah malah boleh menyebabkan nafas berbau, kekeringan di dalam mulut serta nafas terhenti semasa tidur (sleep apnoea).


6.  keluarkan sel mati pada bibir mulut secara berkala
ia boleh dilakukan dengan menggunakan kain lembap yang digosok pada bibir mulut.berus gigi juga boleh digunakan.
selain itu pelembap bibir yang mengandungi phenols turut membantu mengeluarkan sel-sel mati dengan mudah.
pelembap yang mengandungi AHA bukan sahaja mengeluarkan sel mati malah membantu mengembalikan kelembapan kulit.


7.  minum air yang mencukupi mengikut keperluan badan masing-masing untuk memastikan kelembapan sel tubuh berada dalam keadaan sempurna.minum antara 2.5 liter ke 3 liter sehari.


8.  pemakanan seimbang
makanan yang mengandungi sumber vitamin B terutamanya niacin dan riboflavin adalah sangat baik untuk memastikan kulit sentiasa lembap.ia boleh didapati daripada sayuran hijau. jika merasakan tidak mampu mendapat sumber vitamin daripada sayuran dengan mencukupi bolehlah mengambil suplemen untuk menampung keperluan.B complex atau multivitamin boleh membantu keperluan vitamin kita.



mudah sahaja untuk menjaga kesihatan bibir mulut kan?
pastikan ia sentiasa dalam keadaan sihat dengan mengamalkan tips-tips di atas.



jika anda memerlukan suplemen B Complex bolehlah hubungi saya seperti di bawah.hanya sebiji sehari, B Complex Shaklee mampu membantu anda mendapatkan bibir mulut yang sihat dan menawan.
tanpa bahan kimia...terjamin berkesan dan selamat.

bukan hanya untuk melembapkan kulit,
vitamin B Complex Shaklee mempunyai banyak manfaat lain untuk kita...









UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 18 December 2014

TERDESAK UNTUK KURUS? KETAHUI CARA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

salam sejahtera...

terdesak untuk menurunkan berat badan dengan cepat?
awas!!!!
jangan terperangkap dengan ubat-ubat diet atau penahan selera yang boleh membawa kesan buruk kepada badan kita.
turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat.

bolehkah menurunkan berat badan dengan cepat tanpa diet yang teruk dan tidak menjejaskan kesihatan?
pasti boleh....
yang penting mesti ada semangat dan disiplin yang kuat.

BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT?


ubah amalan pemakanan.
caranya

1.  ambil sayur-sayuran dan buah-buahan.serat menjadikan kita kenyang dalam jangka waktu yang panjang.proses metabolisma serat yang agak perlahan berbanding karbohidrat menjadikan kita lambat terasa lapar.

2.  tambahkan pengambilan air tetapi pastikan bukan air bergula atau bergas.air membantu proses perkumuhan yang lancar serta menyegarkan sel-sel badan kita.jika bosan dengan air kosong, bolehlah ditambahkan potongan lemon sebagai perisa.

3.  sentiasa sibukkan diri.bila sibuk bekerja kita kurang mengingati tentang makanan.

4.  keluarkan makanan yang enak tetapi menggemukkan dari rumah kita.jangan beli dan simpan makanan seperti kerepek,coklat bar,biskut berlemak dan seumpamanya.

5.  bila tiba waktu makan pastikan kita makan dengan teratur.isikan makanan ke dalam bekas dan duduk untuk makan.elakkan makan sambil berdiri menghadap peti sejuk yang mengandungi pelbagai stok makanan tidak berkhasiat di dalamnya.

6.  yang paling penting, makan mengikut waktu yang ditetapkan.bila kita membiarkan perut kosong dalam jangka waktu yang lama, kita akan mengambil lebih banyak makanan pada masa berikutnya.




untuk meurunkan berat badan dengan cepat, elakkan pengambilan makanan berkanji/berkarbohidrat, gula, garam dan lemak haiwan.


tingkatkan pengambilan serat,soya,putih telur,ikan,dada ayam tanpa kulit atau makanan laut.



PERINGATAN PENTING

pastikan pengambilan kalori seharian tidak terlalu rendah.mengurangkan kalori dengan berlebihan contohnya sehingga di bawah 1000 kalori sehari akan menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan lemak tetapi juga kehilangan otot.Ini akan menjadikan kita lesu dan hilang tenaga untuk melakukan senaman.

Ia juga mengakibatkan proses metabolisma menjadi perlahan dan berat badan menurun dengan perlahan.



dalam proses menurunkan berat badan, senaman juga sangat penting terutama senaman cardio yang akan membakar kalori dengan cepat.



RINGKASNYA

UBAH TABIAT MAKAN
BERSENAM SECARA TERATUR
DISIPLIN YANG TINGGI

.............BERAT ANDA PASTINYA TURUN DENGAN CEPAT







ANDA JUGA BOLEH MENGAMBIL SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MEMBANTU MEMBEKALKAN TENAGA SEPANJANG PROSES PENURUNAN BERAT BADAN INI.







UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB 
(PM) iedaabdullah 



 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 21 November 2014

KECIL TAPI MENYEKSAKAN JIWA RAGA

salam sejahtera...

pantai timur dilanda banjir....sebelah sini bermula cuaca panas hampir sepanjang hari...tapi selesa sebab angin kuat.orang Kedah panggil 'angin timoq'.

APA YANG KECIL TAPI MENYEKSAKAN JIWA RAGA?

viruslah...
sempena musim berangin ni banyaklah virus berterbangan...mudah pula menyinggah kat perumah baru.
ada yang mula mengintai dan sikit-sikit dah menyinggah di badan ni.malam tadi sakit tekak tapi lepas masuk kerja pagi tadi tekak elok dengan sendiri.masuk ke petang kepala ting tong sikit.macam nak selsema tapi tak bersungguh pun.gatal hidung dan gatal tekak.

saya adalah spesies yang tak boleh makan ubat selsema.bagilah jenis apa pun.bila makan memang lega selsema untuk hari tu tapi esoknya hidung tersumbat,kahak jadi banyak dan pekat...tambah pula dengan berat kepala....sangat tak selesa.jadi memang saya elakkan ubat selsema.

TIPS MUDAH KAWAL DEMAM SELSEMA

amalan saya bila selsema 
atau nak selsema atau nak demam

* lebihkan minum air kosong
* mandi lebih kerap dan basahkan kepala
* mandi awal pagi dengan air sejuk (air paiplah...tak yah letak ais..hihi)
* tidur...yang ni penting sebab nak badan kita berehat daripada aktiviti supaya boleh tumpukan kepada melawan virus tersebut.



suplemen macam vitamin C boleh diteruskan macam biasa.kalau dah kena selsema baru nak pulun vitamin C memang tak berapa nak menjadi...bolehlah bantu juga tapi tak 100%...lebih baik ambil secara berterusan supaya kalau terkena selsema pun ia akan cepat dan mudah sembuh.

petang ni saya top up dengan Cinch Energy Tea Mix + daun pudina yang lebih dari bancuhan hari Rabu baru ni....last sachet....memang berjimatlah.
mujur jugak simpan separuh.
lepas minum teh tu kepala rasa lebih 'ringan'....baru datang mood nak buat kerja.
gatal tekak dan hidung pun hilang....
cepat la pula...alhamdulillah.

cinch tea


sekarang dalam bilik beraircond tapi berpeluh...bukan aircond rosak yerr...hahaha....kesan dari cinch tea ni.


jadi...bagi sesiap yang nak tingkatkan ketahanan badan melawan virus bolehlah juga ambil Cinch Tea Shaklee ni....
sekarang tak ada stok...so takyah la nak klik2 order...
masukkan dalam list barang perlu dibeli dulu...
nanti dak ada stok boleh contact saya...

macam mana nak tau ada stok?
kita akan update di blog dan FB...





UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 20 November 2014

MULUT SUAMI BERBAU.....ISTERI MULA MENJAUH

salam sejahtera.

***
jika suatu hari anak anda yang masih di bawah umur mula merokok, bagaimana anda hendak menegurnya?
kerana dia berkemungkinan besar akan menjawab teguran anda dengan ayat "AYAH PUN HISAP ROKOK"...

mulakan usaha ke arah bebas rokok dari sekarang.





masa belajar...bila merokok dengan kawan-kawan dirasakan diri hebat sekali...
bila dah bekerja...rokok menjadi penghilang stress
dah kahwin....isteri mula merungut tak tahan bau asap dan harga rokok makin meningkat
bila ada anak....anak mudah kena selsema dan batuk...adakala meleret sehingga lelah.anak pun tak rapat dengan ayah sebab bau asap rokok...

ayah mula terfikir untuk berhenti merokok....
sudah lama nak berhenti tapi tak bersungguh-sungguh...
demi ahli keluarga...kini ayah bertekad untuk berhenti merokok.

sukarkah untuk berhenti merokok?
semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.
"hendak seribu daya..."

di bawah ini antara tips untuk berhenti merokok yang mudah dan berkesan untuk dipraktikkan.



TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

1. hebahkan
apabila membuat keputusan untuk berhenti merokok sebaiknya hebahkan kepada orang-orang yang hampir dengan kita, contohnya ahli keluarga atau teman rapat.apabila dihebahkan, kita akan menjadi lebih tekad untuk melakukan sesuatu kerana ia seolah-olah satu perjanjian.

2. tetapkan masa
tetapkan dengan jelas masa yang akan diambil untuk bebas sepenuhnya dari merokok misalnya dua minggu.jangan amalkan "aku akan brhenti merokok tahun ini"....tiada jangka waktu yang tetap akan membuatkan kita menangguhkan tindakan.

3. kenalpasti punca
cuba untuk mengenal pasti punca atau pencetus kepada keinginan untuk merokok contohnya merokok apabila duduk bersama kalangan yang merokok, stress, tidur lewat dan sebagainya.
apabila telah dikenal pasti, cuba elakkan untuk berada di dalam situasi tersebut.
elakkan berkumpul bersama kawan-kawan yang merokok,cuba atur jadual harian supaya tidak berhadapan dengan stress/tekanan dan tidur lebih awal.

4. ubah tabiat
jika anda menjadikan merokok sebagai tabiat selepas makan, ubahlah tabiat tersebut dengan aktiviti lebih berfaedah seperti meluangkan masa bersama anak-anak atau gantikan merokok dengan mengambil gula-gula.

5. zon larangan merokok
jadikan kawasan rumah sebagai zon larangan merokok.begitu juga di dalam kereta. disiplinkan diri untuk mematuhi larangan yang kita tetapkan sendiri itu.
jika berada di luar,luangkan lebih banyak masa di kawasan yang tidak dibenarkan merokok.bila keluar minum bersama kawan-kawan, pilih kedai yang mempunyai kawasan tidak merokok dan gunalah kawasan tersebut untuk berbual.

6. elakkan "satu batang rokok sahaja"
elakkan daripada terjebak dengan situasi ini.hanya dengan satu batang rokok ini akan menggagalkan anda dari mencapai matlamat berhenti merokok.

7. hadiah
apabila mencapai sesuatu tahap misalnya tidak merokok untuk seminggu, hadiahkan diri sendiri dengan apa sahaja yag dirasakan sesuai misalnya bercuti ke tempat tertentu atau membeli barang yang dihajati.ia menjadi lebih mudah jika bentuk hadiah ini telah ditetapkan di peringkat permulaan iaitu semasa membuat keputusan untuk berhenti merokok.

8. sabar, yakin dan positif
memang tidak mudah untuk menghilangkan tabiat atau ketagihan ini.sabar dengan kesan sampingan yang dialami seperti pening,resah, batuk dan sebagainya kerana ia bersifat sementara.bersabar juga menghadapi gangguan orang keliling yang berusaha untuk menggagalkan misi kita.jadikan gangguan itu sebagai cabaran.
tanamkan sifat positif dalam diri kita "orang itu boleh berhenti..aku juga boleh"...
sematkan di dalam fikiran bahawa merokok itu tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk kesihatan kita malah memudaratkan lagi.bukan sahaja diri sendiri tetapi kesihatan orang-orang yang hampir dengan kita terutamanya anak-anak kecil juga terganggu.




yang paling utama adalah NIAT....
apabila kita meletakkan niat untuk melakukan sesuatu demi kebaikan semua orang maka sedaya upaya kita berusaha untuk melakukannya.
jangan lupa sentiasa berdoa memohon kekuatan daripadaNya.



saya melihat ramai perokok tegar yang berjaya berhenti merokok tanpa menggunakan sebarang terapi atau alat gantian rokok.mereka bermula dengan satu punca/push factor kemudian berusaha menjayakan niat mereka itu dan kekal tidak merokok.


SELAMAT BERUSAHA

UDARA BERSIH TANPA PENCEMARAN ASAP ROKOK