Wednesday 26 August 2015

KERADANGAN OTAK

salam sejahtera....

malam tadi sambil rehat-rehat saya melayan rangkaian Animal Planet, siri Monsters Inside Me.
bagus siri ni....kisah-kisah benar tentang jangkitan yang amat jarang berlaku.

salah satu kisah malam tadi adalah tentang kejadian yang menimpa seorang anak gadis berusia 16 tahun yang hobinya adalah berenang.
setelah berenang di sebuah tasik, beliau mengalami sakit kepala yang teruk....berlarutan sehingga koma dan membawa maut.

puncanya adalah jangkitan sejenis organisma kumpulan amoeba yang hidup di dalam air jernih bersuhu panas.
Naegleria Fowleri adalah nama organisma satu sel tersebut.ia boleh didapati di dalam air tasik atau sungai yang bersuhu panas/suam, kolam mandi yang tidak diselenggara dengan sempurna,sistem paip yang tercemar serta di dalam tanah.

ia masuk ke badan manusia melalui hidung kemudian terus memasuki otak dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sel otak.mangsa kebanyakannya (97%) meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang seminggu selepas mendapat jangkitan.
sistem imun badan tidak dapat membunuh organisma ini.ubat-ubatan yang digunakan juga tidak berupaya memberi jaminan untuk sembuh.

gadis di dalam kisah malam tadi mendapat jangkitan semasa mandi di tasik tersebut dan kebetulan semasa terjun dia tidak menutup hidungnya.
jangkitan ke otak (meningoencephalitis) menyebabkan pesakit mendapat sakit kepala yang teruk, muntah, tegang leher (neck stiffness), 'disorientation' serta koma seterusnya meninggal dunia.

saya tidak pernah mendengar kes ini berlaku di sini tetapi sebagai negara beriklim khatulistiwa, semestinya ia tidak mustahil.

oleh kerana jangkitan hanya berlaku melalui hidung, pastikan kita serta ahli keluarga menjaga keselamatan semasa mandi di sungai, tasik atau mana-mana pusat peranginan yang mempunyai kolam air panas.elakkan daripada air memasuki hidung.
seandainya berasa tidak sihat selepas melakukan aktiviti di kawasan berair, dapatkan rawatan dengan segera.

pesakit di atas didiagnosakan dengan jangkitan tersebut setelah melalui pemeriksaan air tulang belakang (lumbar puncture) di mana organisma tersebut ditemui di dalam air tulang belakangnya yang diperiksa di bawah mikroskop.

untuk sebarang jangkitan melibatkan otak atau selaput otak, pemeriksaan air tulang belakang atau lumbar puncture ini sangat penting.jangan ragu-ragu untuk memberikan kebenaran sekiranya doktor meminta untuk melakukan ujian ini.





Friday 21 August 2015

CEGAH GOUT

salam sejahtera:


antara masalah kesihatan paling utama adalah sakit sendi.
terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit sendi....antaranya adalah GOUT.

Gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik berlebihan yang kemudiannya membentuk kristal dan melekat pada mana-mana sendi di dalam tubuh manusia.Ia biasanya bermula dengan sendi-sendi kecil pada bahagian kaki dan jika tidak dikawal,ia boleh berlaku pada sendi yang besar seperti lutut dan siku.

Sendi menjadi bengkak, merah dan sakit yang kuat walaupun tanpa melakukan sebarang pergerakan (perbezaan dengan sakit sendi jenis lain yang sakit semasa bergerak).


PUNCA GOUT:

badan tidak boleh memproses makanan yang mengandungi purine menyebabkan asid urik terkumpul di dalam darah dan melekat pada sendi.


FAKTOR PENCETUS:
1. makanan yang mengandungi purine yang tinggi 
2. berat badan berlebihan
3. pengambilan alkohol berlebihan
4. ubatan seperti diuretik


CONTOH MAKANAN YANG MENCETUS GOUT

1. ikan bilis
2. sardin
3. sayuran seperti bayam, tomato, kumpulan kacang
4. buah-buahan seperti durian
5. daging serta organ dalaman seperti hati, limpa dan sebagainya
6. bun manis
7. makanan laut 


MENCEGAH SERANGAN GOUT

1. elak pengambilan makanan yang mengandungi purine yang tinggi
2. hentikan pengambilan alkohol
3. kurangkan berat badan
4. lebihkan pengambilan air untuk menggalakkan pembuangan asid urik berlebihan
5. mengambil makanan tambahan yang membantu mengeluarkan asid urik dari badan


RAWATAN GOUT:
rawatan adalah untuk mengawal kesakitan dan mengurangkan paras urik asid.
antara ubatan yang diberikan adalah untuk;
1. mengurangkan/melegakan kesakitan
2. melawan keradangan (anti inflammatory)
3. mengurangkan bengkak
4. mengurangkan asid urik

kadang kala pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan himpunan kristal asid urik pada sendi namun ia bukanlah satu pilihan yang lazim dilakukan.



Gout tidak boleh disembuhkan 100% tetapi boleh dikawal dengan sempurna (tiada serangan akut).