Showing posts with label nabila. Show all posts
Showing posts with label nabila. Show all posts

Sunday, 23 November 2014

SEGALANYA ISTIMEWA TENTANG ANAK ISTIMEWA

salam sejahtera...

apabila ada anak istimewa...segala tentang dia adalah istimewa....

petang semalam masa saya tengah buat entry blog, si budak kecik bambam turut menyibukkan diri.menempel nak kacau ummie.
dia sibuk nak guna laptop juga...nak taip.
bila ummie tak bagi dia minta kertas dan pensil...nak lukis.

bab tu boleh la...tak ada masalah.
bagi dia sekeping kertas A4...dia ambil pensil abahnya....kemudian mula melukis.

siap melukis terus tunjuk kat ummie...
"ummie...ni...passs..."
ummie pun tengoklah...
biasanya dia buat bentuk bulat lonjong ja penuh kertas...mulut sebut A,B,C,enam,tujuh...tapi semua bentuk sama ja...hehe
tapi semalam lain jadinya...ada bentuk ni....

lipas....tapi terlebih kaki...

wallaaaa......!!!....
ummie suka sangat.
tak diajar pun...dari pemerhatian sendiri saja.

kemudian lukis ni pula...
muka katanya...
"ukaaa....ijammm...adong...mulut...."
(muka...mata...hidung...mulut)


pandai anak ummie ni...



pada orang lain tak tahulah...tapi pada saya......membanggakan....
self learning.
(dia banyak belajar hanya dengan memerhati)

apakah ini kesan daripada pengambilan Omega Guard Shaklee?
tidak mustahil...

minyak ikan tulen dalam omega guard membantu anak-anak untuk lebih menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan meningkatkan kebolehan daya fikir mereka

ada beberapa botol suplemen Shaklee dalam bilik saya...
ummie dan abah punya...tapi bila pegang botol Omega dia akan kata itu dia punya...
semalam pun dia ambil sendiri ja dan terus makan (gigit)...
....bahaya ni...kena sorok sikit....kot nanti terlebih dos.



***selain pemakanan....positive remarks yang selalu kita bagi pada mereka turut membantu meningkatkan keyakinan dan kreativiti anak-anak.


ALHAMDULILLAH DENGAN ANUGERAH DARI ALLAH INI....






Sunday, 16 November 2014

TEST ANAK TENGOK WAYANG

salam sejahtera...

aktiviti keluarga di hujung minggu semalam.
waktu pagi ummie dan abah masih ada tugasan....keluar berasingan selesaikan tugas masing-masing untuk jimatkan masa.lebih kurang jam 2 petang ummie dah settle tapi abah sambung sikit lagi kerja dia hingga waktu asar.

plannya....abahnya ajak keluar petang ronda-ronda ke Penang tapi ummie tak setuju sebab macam sekejap sangat masa yang ada.maka bertukarlah menjadi aktiviti tengok wayang.

dah lama tak tengok wayang sekeluarga sebenarnya....last masa Pengembaraan Upin dan Ipin dulu.bawa budak kecik tapi dia ketakutan dek bunyi yang kuat...berpeluk dengan abah sepanjang show.sebab tu macam tak confident nak bawa.malam tadi tawakkal saja...dengan harapan dia tak ketakutan lagi.

alhamdulillah kali ni dia seronok...tak takut dengan bunyi kuat lagi.
kami tengok cerita ni...

Big Hero 6...

cerita kartun tapi kelakar dan ada pengajaran di sebalinya.
kisah tentang seorang budak berusia 14 tahun yang genius dan tak minat nak sekolah tapi sangat bijak dalam membina robot.
cuba membalas dendam atas kematian abangnya dalam satu kebakaran.
bangkit dengan semangat dan bantuan sahabat-sahabat sejati abangnya serta robot ciptaan abangnya.dendamnya dikawal oleh sahabat-sahabat abangnya agar tidak terbawa-bawa sehingga mencederakan musuhnya.

menerapkan nilai kemanusiaan iaitu tidak menyakiti orang lain sekalipun musuh sendiri.
juga menyemai semangat keyakinan diri agar sentiasa berusaha tanpa putus asa.melihat dan mencari jalan penyelesaian sekalipun dalam keadaan yang dirasakan 'tiada harapan lagi'.

gabungan episod kelakar dan sedih walaupun hanyalah kartun.memang terhibur.pada yang ada anak kecil atau yang bersekolah memang elok tengok cerita ni...pengajaran dalam hiburan.



animation memang best terutama sekali bab terbang-terbang...nabila sampai lintuk liuk ikut pergerakan gambar.

penuh panggung juga malam tadi walaupun show jam 9.30 malam.plannya nak tengok yang pukul 8.45 malam tapi dah penuh.





"LOOK FROM DIFFERENT ANGLE"  





Wednesday, 15 October 2014

CORAT CORET BAMBAM

salam sejahtera...

beberapa hari ni saya stayback masa rehat tengah hari.keluar sekejab untuk lunch dgn suami kemudian masuk semula ke ofis buat kerja apa yang patut.
tapi hari ni tak boleh tahan dah...
teringat kat my budak kecik bambam....
balik malam biasanya dia dah tidur.waktu pagi & tengah hari saja boleh main dengan dia.
kebetulan hari ni abahnya sibuk,maka ummie take turn untuk ambil si kecik dari pengasuh sementara dan yang besar2 dari sekolah.

sedang ummie dok buat kerja kat dapur tiba-tiba dengar budak kecik melalak kat depan.mulanya degar dia main sorang-sorang...macam happy ja.bila dah melalak macam bunyi orang marah ummi pun jengoklah...
tengok dia tengah pegang jari...ada kucing dalam oven mainan dia.
hahaha...rupanya tengah masak kucing....oven tu kecik ja...dah main sumbat-sumbat mana tak kucing tu naik angin.berdarah jugaklah jari manis kiri si kecik ni.
terus ummie bawa mandi dan sapu ubat.ingatkan dia ok macam tu ja...rupanya habis mandi dia mengadap kucing yang tengah tidur tu sambil jerit-jerit marah...sambung nangis plk dah...
terkebil-kebil kucing tu tengok dia...
nak tergelak plk jadinya.

dah tak larat dengar dia marahkan kucing tu (suara mmg power habis) ummie suruh masuk tidur dgn kakak....sampai ummie masuk ofis semula dia masih lg tidur...
tak tercapai hajat nak main dgn dia tengah hari tadi.harap-harap malam ni dia tidur lambat...boleh main polok polok.
my angel



lebih banyak kisah angel di blog ini
dah lama jugak tak update blog ni...huhu