salam sejahtera...
moga anda sihat dan bahagia sepanjang masa.
pernah dengar istilah 'rahim jatuh'? (prolaps uterus @ uterine prolapsed @ UV prolapsed).
pasti ramai yang pernah mendengarnya terutamanya kaum wanita.
APAKAH MAKSUD RAHIM JATUH?
Rahim adalah salah satu organ dalam sistem peranakan dan ia terletak di dalam bahagian/ruang pelvis.kedudukan rahim distabilkan oleh otot-otot serta ligamen-ligamen di sekelilingnya. seseorang itu dikatakan mengalami situasi rahim jatuh apabila rahim tidak lagi berada di dalam pelvis sebaliknya menggelungsur ke dalam saluran peranakan/vagina.
1. pangkal rahim berada di dalam vagina
2. pangkal rahim berada di bukaan luar vagina
3. pangkal rahim berada di luar vagina
4. keseluruhan rahim berada di luar vagina
PUNCA BERLAKUNYA RAHIM JATUH
1. banyak kali bersalin
2. mengalami proses kelahiran yang sukar/panjang
3. peningkatan usia
4. menopos
5. meningkatnya tekanan di dalam abdomen seperti sering mengangkat benda berat,batuk berpanjangan,sembelit yang kronik (sering meneran) atau ketumbuhan dalam abdomen
6. obesiti
7. pembedahan pada bahagian pelvis yang mencederakan otot atau ligamen
(**peningkatan usia dan menopos akan menyebabkan otot menjadi lemah dan tidak mampu menampung rahim pada kedudukan yang sepatutnya)
TANDA-TANDA RAHIM JATUH
1. terasa seperti ada sesuatu di dalam faraj/vagina
2. terasa seperti sengkak[adat di dalam pelvis semasa duduk
3. sakit belakang di bahagian bawah
4. sakit semasa hubungan intim
5. kesukaran membuang air kecil dan besar
6. sukar untuk berjalan kerana ada sesuatu/ketulan dalam saluran peranakan
7. pengeluaran cecair atau darah melalui faraj/vagina
RAWATAN UNTUK RAHIM JATUH
1. tanpa pembedahan
a. mengurangkan berat badan
b. senaman KEGEL (pelvic floor exercise) untuk menguatkan otot saluran peranakan
c. rawatan gantian hormon estrogen
d. menggunakan gelung yang disebut ring pessary yang diletakkan pada pangkal rahim untuk mengelakkan rahim daripada menggelungsur ke bawah.
penggunaan pessary |
2. pembedahan
a. membuang rahim
b. menguatkan semula otot dan ligamen yang kendur/lemah
pembuangan rahim adalah cara yang paling berkesan namun jika seseorang itu masih mahukan anak maka cara lain seperti pembedahan menguatkan otot berkenaan akan dibuat.pembedahan untuk membuang rahim biasanya dilakukan melalui faraj sahaja tanpa memerlukan pembedahan di abdomen (perut).
untuk golongan warga emas dan tidak sesuai untuk menjalani pembedahan,biasanya doktor akan menggunakan kaedah ring pessary/gelung.
Jika dibiarkan tanpa rawatan rahim yang berada di luar saluran peranakan (prolaps peringkat ke 4) akan lama kelamaan mengalami ulser dan menyebabkan jangkitan kuman.
ESP mengandungi phytoestrogen yang boleh membantu wanita yang telah menopos mendapatkan kembali sumber estrogen untuk keperluan badan mereka.
Vivix yang tinggi kandungan antioksida bertindak pada peringkat DNA untuk mengembalikan keremajaan sel dan melambatkan proses penuaan.
KLIK GAMBAR DI BAWAH
UNTUK MEMBELI
ESP DAN VIVIX
MELALUI ESELL
dapatkan suplemen yang sesuai untuk kesejahteraan kesihatan anda.
suplemen ini bukan untuk merawat tetapi lebih kepada usaha untuk pencegahan.
UNTUK KONSULTASI BOLEH HUBUNGI SAYA DI:
0107796751 (SMS/WA/TGM)
FB: ieda abdullah
0107796751 (SMS/WA/TGM)
FB: ieda abdullah
1 comment:
vivix terbaik..!!!
http://bit.ly/1lwa95x
Post a Comment