Saturday 1 November 2014

PUTING BELIUNG KOTA SETAR

salam sejahtera....


cuti hujung minggu hari ni...bercuti dari kerja hakiki tapi tetap ada tugasan yang perlu diselesaikan.
awal pagi siapkan sarapan aka lunch untuk budak-budak...masak nasi lemak ja.makanan kegemaran seisi rumah.
selesai semua terus balik kampung tolong settlekan urusan kakak.niat di hati nak ke Taman Inang melawat jiran lama tapi tak sempat sebab perlu balik rumah awal untuk settlekan hajat mak mertua pula.

kenapa nak ke Taman Inang?
petang semalam dapat wasap video dari suami ada puting beliung di daerah Kota Setar..(group wassap suami memang cepat dapat berita).kemudian masa berita TV3 tengah malam tadi terdengar pembaca berita sebut Taman Inang sebagai salah satu lokasi kejadian.dulu saya pernah tinggal di kawasan perumahan ini.kejiranan yang sangat baik dan aman damai.kawasan perumahan yang kecil saja jadi kebanyakan kami saling mengenali.bila berpindah tempat kerja saya jual rumah di situ (sekarang macam menyesal pun ada jual rumah tu...hihi...that was my first house).rumah biasa saja tapi kejiranan terbaik.

jadi bila ada kejadian macam ni teringat nak ziarah.namun apakan daya...tak berkesempatan.bila baca berita tak ada mangsa yang parah dan yang cedera ringan pun bukan dari kalangan jiran dahulu.

moga mereka semua tabah menghadapi dugaan ini.moga ia tidak berulang lagi.

bergerak balik  pun agak awal tadi sebab nak settlekan hajat mak mertua tambahan pula tiap-tiap petang hujan agak lebat di sini...lemah sikit nak drive dalam hujan ni.

alhamdulillah...tugasan untuk keluarga selesai untuk hari ini.
sekarang tengah buat kerja sambil melayan si kecik bambam.

***gambar dari google




1 comment:

Unknown said...

moga semua dilindungi Allah s.w.t, moga baik2 sahaja :)

http://cahayaummurizqi.blogspot.com/search/label/Rugi%20membeli%20Set%20Berpantang%20Shaklee