salam sejahtera...
setelah lama berpanas, hujan kembali turun.
syukur alhamdulillah.
DEMAM DENGGI
cuma satu yang perlu diberi perhatian.negara kita merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kes denggi yang tinggi.bila ada hujan, air akan mula bertakung dan membolehkan pusingan pembiakan nyamuk aedes bermula kembali.
ledakan demam denggi berkemungkinan berlaku lagi.
semasa saya di Klang suatu ketika dahulu, kes denggi meningkat dengan mendadak pada sekitar bulan Julai dan Ogos.
bagi yang menakung air untuk kegunaan harian, eloklah diperiksa dengan lebih kerap.jika air takungan dijangka tidak digunakan setiap hari, pastikan bekasnya ditutup rapat agar nyamuk tidak boleh membiak di dalamnya.
peminat-peminat tanaman hiasan, pastikan kawasan sekitar bersih dan tiada air bertakung.
demam denggi secara umumnya tidaklah mendatangkan masalah yang serius tetapi apabila ia memasuki fasa komplikasi (bukan semua pengidap akan mengalaminya) maka situasi yang mengancam nyawa boleh berlaku.
pendarahan bukan sahaja berlaku di kulit tetapi juga di bahagaian anggota dalam yang boleh menyebabkan kematian.
sesungguhnya ajal maut di tangan Allah namun kita manusia sewajarnya berusaha menjaga kesihatan masing-masing.
sekiranya ada ahli keluarga yang mengalami demam berlarutan melebihi 3 atau 4 hari walaupun telah mengambil rawatan, segeralah jalani pemeriksaan darah untuk memastikan adanya jangkitan virus denggi ataupun tidak.
rawatan peringkat awal biasanya berunsur 'supportive' iaitu mengawal suhu serta hidrasi tubuh. pemeriksaan berkala (harian) bilangan sel darah beku (platelet) dilakukan sebagai penanda aras. semakin menurun paras platelet, semakin perlu pesakit diawasi. ada ketikanya transfusi platelet dilakukan untuk mengelakkan berlakunya pendarahan.
apa yang penting adalah pengambilan air yang mencukupi, makan makanan yang memberi tenaga serta rehat yang banyak.
SUPLEMEN UNTUK DEMAM DENGGI
suplemen yang baik YANG BOLEH digunakan pengidap demam denggi sebagai ikhtiar membantu pemulihan dan mengelakkan komplikasi adalah:
1. NUTRIFERON
membantu meningkatkan aktiviti sistem imuniti tubuh dengan segera bagi membantu melawan jangkitan virus.
2. PERFORMANCE DRINK
menambahkan serta mengekalkan hidrasi tubuh agar pesakit merasa segar dan mengelakkan kelesuan.sangat sesuai bagi yang mengalami muntah atau cirit-birit serta demam panas.
ia membekalkan elektrolit kepada tubuh badan, menggantikan air yang hilang serta mengembalikan tenaga kepada sel tubuh.
pengidap demam denggi juga digalakkan mengambil buah-buahan segar kerana kandungan vitamin serta airnya yang tinggi.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/BELIAN:
WASSAP IEDA aka CIKTER @ 0107796751