selamat pagi...
dah sarapan?
jangan biar perut kosong lama-lama......masuk angin susah pula.tapi tak perlu ambil sarapan yang berat jika ingin menjaga kesihatan.
kepercayaan bahawa mengambil sarapan dengan banyak dan makanan yang berat untuk bekalan tenaga sepanjang hari bekerja adalah sesuatu yang silap dalam usaha kita menjaga kesihatan.apabila mengambil makanan dengan banyak terutamanya yang mengandungi gula dan karbohidrat, badan juga akan mengeluarkan insulin dengan banyak untuk proses penyerapan gula.
bila kita melakukannya secara berulang-ulang, pada satu tahap kita akan berada dalam situasi "insulin resistant" di mana insulin tidak lagi berfungsi dengan sempurna.pada ketika itu kita akan mengalami gejala kencing manis.
gula yang berlebihan di dalam darah akan mencetuskan proses inflamasi (melalui proses-proses kimia yang lain) dan merosakkan saluran darah seterusnya membawa kepada pelbagai penyakit kronik.
insulin yang berlebihan (dicetuskan oleh pengambilan makanan yang banyak pada satu-satu masa) juga adalah agen kepada pengumpulan lemak yang menyebabkan obesiti.
jadi, mengambil sarapan yang berat dan meninggalkan pengambilan makanan pada waktu-waktu lain bukanlah cara yang baik untuk menguruskan dan menyihatkan badan.
mulakan hari kita dengan minum air kosong sebaik bangun tidur dan seterusnya mengambil sarapan yang ringan seperti sebiji telur rebus, oat, sepotong buah dan sebagainya.
amalkan pemakanan yang sederhana dan pilih makanan tinggi serat, kurang gula dan karbohidrat untuk tampil lebih sihat.
jangan lupa bersenam kerana ia menghasilkan hormon yang boleh membantu kita meredakan tekanan.
No comments:
Post a Comment