salam sejahtera...
pernah dengar perkataan tahi lalat hidup?
saya tak pasti di kawasan atau negeri lain tapi ini adalah perkataan yang digunakan oleh orang-orang di tempat saya bagi merujuk kepada tahi lalat yang agak besar dan timbul dari permukaan kulit.
banyak tahi lalat di wajah...
ada orang yang suka dan ada yang tak suka....bergantung kepada kedudukan dan saiz tahi lalat tersebut.
ada yang kata tahi lalat penyeri wajah...
APA SEBENARNYA TAHI LALAT?
ia adalah merupakan sel-sel melanocyte (pigmen warna kulit) yang terkumpul.
ADAKAH IA BAHAYA?
kebanyakannya tidak merbahaya.
namun ada tahi lalat yang boleh berubah menjadi sel kanser (melanoma) dan ada juga yang terus bermula sebagai sel kanser.
BAGAIMANA MEMBEZAKAN TAHI LALAT BIASA
DENGAN SEL KANSER?
ada beberapa kriteria yang perlu diperhatikan bila terdapat tahi lalat yang besar di permukaan kulit kita.
secara mudahnya....ikuti aturan berikut:
A (asymmetry)
B (border)
C (colour)
D (diameter)
E (evolving)
1. Asymmetry (bentuk)
bukan kanser:
bentuk tahi lalat adalah sekata
kanser:
bentuk yang tidak sekata dan tidak seimbang
2. Border (permukaan tepi)
bukan kanser:
bahagian tepi lebih sekata dan jelas kelihatan
kanser:
bahagian tepi tidak jelas dan tidak sekata
3. Colour (warna)
bukan kanser:
hanya satu warna
kanser:
tahi lalat mempunyai berberapa tona warna
4. Diameter (saiz)
bukan kanser:
saiz kecil dan biasanya kurang dari 1/4 inci
kanser:
bersaiz lebih besar daripada 1/4 inci
5. Evolving (perubahan)
bukan kanser:
bentuk,saiz dan bilangan tidak berubah
kanser:
boleh berubah bentuk, saiz dan bilangannya
kanser (melanoma) |
satu lagi perubahan yang patut diambil perhatian adalah apabila tahi lalat yang ada di badan tiba-tiba membentuk ulser dan berdarah.
ia kemungkinan besar adalah dari jenis kanser.
rajin-rajinlah perhatikan badan sendiri.
andai terdapat perubahan yang mencurigakan, sila dapatkan pemeriksaan dari doktor bertauliah dengan segera.
untuk rawatan kosmetik, tahi lalat biasa boleh dibuang...namun dapatkan rawatan daripada doktor untuk mengelakkan berlakunya jangkitan dan parut yang tidak diingini.
*****************
INGINKAN KULIT YANG BEBAS CELA?
TANPA JERAWAT,JERAGAT DAN PARUT?
AMALKAN SET ASAS UNTUK KULIT INI
HARGA ISTIMEWA MASIH BERLANGSUNG SEMPENA PROMOSI
VITA C PLUS DAN VITA E
UNTUK MENDAPAT LEBIH PENJIMATAN HARGA BELIAN
DAN REBAT BELIAN PADA BULAN BERIKUTNYA
SEBAGAI AHLI
ANDA JUGA BOLEH MENJUAL KEPADA ORANG LAIN
UNTUK MENDAPAT
KEUNTUNGAN TUNAI
DAN
BONUS BULANAN
SERTAI KAMI UNTUK MENIKMATI PENDAPATAN
HANYA DARI RUMAH SENDIRI.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.